Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2019

Refleksi Saya Tahun 2019

Semoga refleksi yang dibuat ini dapat saya syukuri pada masa akan datang. Selain itu, dapat saya lihat pencapaian yang saya capai untuk tahun tersebut. Walapun pencapaian itu adalah kecil, tetapi wajib untuk saya hargai. Bergelar seorang ibu Tanggal 6 April 2019, seorang mujahid dilahirkan ke dunia. Fasa yang menguji nikmat sihat itu telah berjaya dilalui.  Guru akidah Sudah dua tahun saya mengajar akidah tahun 3. Topik beriman kepada hari akhirat itu semakin seronok saya ajar. Murid-murid pula begitu teruja nak tahu tentang rukun iman yang satu ini. Tahun 2020, subjek sirah dan akhlak pula yang saya ajar, mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Hoho. Pemanah tradisional Dua tahun juga saya menjadi guru pembantu bagi kelab Metra atau memanah tradisional. Kemahiran saya juga bertambah sedikit daripada tahun sudah. Apabila jurulatih mengajar anak-anak, saya juga dapat belajar daripada situ. InshaAllah, tahun 2020 akan lebih 'terer' dalam sukan sunnah ini.   Gu

Ibrah memanah

Memanah merupakan sukan yang disukai oleh Nabi saw. Sukan amat penting untuk memberi kekuatan pada jasmani. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah SAW bersabda: ‘Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada Mukmin yang lemah. Satu masa Nabi saw pernah berjalan-jalan, kemudian jumpa sekumpulan sahabatnya yang sedang mengadakan pertandingan memanah, lalu Nabi saw memberi sokongan dengan sabdanya,''Lemparkanlah panahmu itu, saya bersamamu.''(Riwayat bukhari). Sukan memanah adalah kesukaan Nabi saw dan ianya sunnah Nabi saw.  Sudah dua tahun saya mengiringi pelajar memanah mengikuti pertandingan memanah peringkat antarabangsa yang dianjurkan sendiri oleh pusat. Dalam satu perkongsian malam bersama pelajar, seorang guru memberi sedikit motivasi kepada para pelajar. Beliau menegaskan bahawa setiap anak panah yang dilepaskan, kita akan dapat satu pahala. Ganjaran pahala yang dikurniakan Allah swt tidak mengambil kira anak panah tepat terkena sasaran ata

Keadaan yang memaksa

Keadaan persekitaran sangat mempengaruhi tingkah laku seseorang. Jika kita belajar teori perkembangan kanak-kanak, faktor yang sangat mempengaruhi perkembangan ialah faktor baka dan persekitaran. Namun, apabila seseorang itu telah meningkat dewasa, keadaan persekitaran banyak mengubah sikap seseorang itu. Contoh, anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang berpecah belah, memberi kesan emosi kepada mereka. Mereka mungkin akan menjadi pendiam, pendendam dan pemarah. Sebalikya, anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang, akan melahirkan anak yang bertimbang rasa dan berakhlak mulia. Faktor baka hanya mewarisi bentuk fizikal daripada ibu bapa seperti rupa paras, intelek atau sesetengah penyakit. Selebihnya, keadaan sekeliling yang banyak menyumbang kepada perubahan tingkah laku dan emosi mereka.  Apabila kita berhadapan dengan cabaran dalam hidup, dengan tidak sengaja kita telah berjaya mengembangkan potensi diri. Ketika berdepan dengan suatu tekanan, kita aka

Sabar dan redha

Assalamulaikum dan selamat pagi. Syukur pada Allah kerana masih lagi beri peluang untuk kita berpijak di atas muka buminya bagi meneruskan baki usia yang semakin singkat. Suatu hari saya melangkah masuk ke kelas 3 Maryam. Belum sempat lagi saya beri salam, seorang murid perempuan tanya saya,''Muallimah, apa beza sabar dan redha?'' Saya agak kagum dengan soalannya. Saya pun terangkan dengan ringkas kerana keadaan kelas pada ketika itu agak bising. Sabar dan redha adalah suatu sifat yang perlu ada pada orang mukmin. Sabar biasanya kita menahan diri daripada melakukan perkara yang Allah murka apabila berhadapan dengan situasi yang kita tidak suka. Orang yang sabar dalam keadaan marah dapat menahan dirinya daripada marah. Sabar bukan maksud kita menerima keadaan itu. Tetapi kita memilih untuk tahan seketika dan berfikir tindakan seterusnya. Contoh, ketika ada pelajar yang tidak bawa buku ke sekolah setiap hari. Tambahan pula, pelajar tersebut tidak fokus semasa saya

Umrah untuk tersayang

Bismillah. Segala puji bagi Allah swt dan selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad saw. Alhamdulillah, Dia masih lagi bagi peluang untuk kita perbaiki diri dan pada masa yang sama mengajak orang lain ke arah kebaikan. Teringat tentang satu taklimat tarbiyah, yang saya hadiri pada tahun 2016. Islah  nafsak wad'u ghairak yang disampaikan oleh Syeikh Hamid. Nanti jika ada peluang, saya akan cerita tentang ini dalam slot yang lain.  Setiap tahun, sejak saya pindah ke Bangi, saya menulis senarai perkara yang saya hendak capai dalam tahun tersebut. Kemudian, saya tampal kertas tersebut pada pintu almari baju. Pintu almari saya sentiasa terbuka sebab senang bagi saya untuk ambil pakaian. Selain itu juga, saya dapat melihat kembali sasaran yang saya gariskan untuk tahun tersebut. Moga menjadi satu doa dan azam bagi saya untuk terus berusaha ke arah itu.  Ada satu impian saya yang juga merupakan impian ibu saya. Sudah dua tahun satu tulis impian tersebut di  tempat

Orang beriman selalu diuji

Bismillah..assalamualaikum. Semoga semua baik-baik sahaja. Rasa syukur dipanjatkan kepada Allah swt kerana masih diberi peluang untuk terus hidup di dunia ini. Selagi kita hidup, selagi itu kita akan terus diuji. Apabila kita beriman padaNya, kita pasti akan diuji untuk membuktikan keimanan kita hanyalah kepada Dia Yang Maha Esa. Allahuakbar.  Sudah dua hari saya mula bekerja bagi sesi 2020 walaupun kita belum lagi masuk ke dalam tahun itu. Kerja seorang guru memang semakin hari semakin mencabar. Apabila dunia semakin maju, penggunaan ICT sangat diketengahkan dalam semua pendokumentasian. Ianya termasuklah pengisian data murid, keputusan ujian atau segala bagai pentaksiran di sekolah. Impaknya, kerja guru makin bertambah. Kata-kata, guru itu adalah kerani, doktor, jururawat atau 'cleaner' semakin saya hadam. Semua kerja di dunia ini adalah milik seorang guru. Bunyinya agak hebat juga. Di situlah,  ujian untuk kami dalam mendidik anak bangsa.  Setelah pulang daripada cu

Bintik merah

Bismillah..segala rasa syukur hanyalah milik Allah subhanahu wa taala. Sungguh hinanya diri ini apabila berdiri di hadapanMu. Segala ilmu dunia dan akhirat hanyalah milik Dia. Nikmat Allah itu sangat luas. Jika jari ini dicelup dalam segelas air, dan diangkat itu sahaja ilmu kita. Selebihnya adalah kepunyaan Allah.  Sejak saya bergelar seorang ibu, semuanya kali pertama bagi saya. Ilmu 'parenting' sangat diperlukan. Apabila anak demam atau sakit, mulalah saya tidak senang hati. Perasaan ihsan seorang ibu itu jika boleh mahu digantikan dirinya yang sakit berbanding anaknya yang sakit. Tidak sampai hati apabila Azzam batuk sehingga dia tidak dapat tidur yang nyenyak.  Baru-baru ini, tangan dan kaki Azzam mengalami bengkak-bengkak merah. Pada mulanya, saya beranggapan akibat gigitan nyamuk. Kemudian, bengkak merah tadi keluar menjadi bintik-bintik, berisi air dan beberapa hari ianya pecah. Saya ada juga bertanya rakan sekerja berkenaan ini, ada yang mengatakan terkena jan

Apa yang dibawa dan ditinggalkan?

Bismillah..assalamulaikum. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Sedar atau tidak, tahun 2019 akan melabuhkan tirai. Masa semakin mencemburui kita setiap hari. Kita dikejar dengan pelbagai urusan kerja yang tidak pernah tamat. Sahabat saya pernah cakap, '' Buat apa kuat kerja kalau kesihatan sendiri tak dijaga. Nanti kalau kau tiada atau mati, tidak ada siapa pun kisah. Orang lain akan ganti tempat kau dan sekolah akan tetap berjalan seperti biasa''. Begitulah lebih kurang bebelannya pada saya ketika saya mengadu sakit-sakit badan tetapi tidak ada masa untuk buat pemeriksaan di klinik. Saya akur dan terima. Lagi pun saya tahu, dia berkata begitu sebab dia sayang dan ambil berat. Rutin harian kita setiap hari membuatkan kita terlupa akan tujuan utama kita berada di dunia ini.  Pertama, Allah jadikan kita untuk menjadi hambaNya kepadaNya (Az-Zariyat:56). Kedua adalah untuk menjalankan amanah sebagai khalifah di atas muka bumi ini (Al-Baqarah: 3

Senyuman yang mahal

Assalamualaikum semua! Bagi salam pada semua tapi rasanya saya syok sendiri je kat sini. Hajat di hati nak buat blog ni sebagai buah tangan kepada orang-orang yang pernah hadir dalam hidup saya. Semua 'post' di sini berkisar tentang pengalaman saya yang diselitkan dengan serba sedikit pengajaran dan hikmah. Saya banyak belajar daripada mereka. Tidak kisahlah mereka yang sebaya, budak-budak atau orang lama. Tiada pertemuan yang sia-sia. Allah menemukan kita dengan seseorang itu pasti ada sebabnya. Dalam kisah saya ada cerita mereka. Saya bercita-cita untuk lulus dalam  universiti yang dinamakan universiti kehidupan. Ada seorang rakan sekerja saya, berpangkat mak cik pada saya. Semua orang panggil beliau dengan panggilan Ummi. Katanya, beliau belajar sampai STPM saja. Tidak ada ilmu banyak mana pun. Tapi dia punya pengalaman, masyaAllah. Macam-macam ilmu beliau ada. Ilmu mengajar itu satu. Boleh berbahasa Inggeris dengan fasih. Cara nak masak rendang pun ada. Seronok berborak de

Menjelang Subuh

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Ada seorang sahabat pernah perkenalkan saya pada puisi. Sejak itu, saya cuba buat puisi. Khas untuk dia, iaitu sahabat saya. Ada juga puisi bertemakan ketuhanan atau persahabatan. Saya tulis sekadar untuk meluahkan rasa dan perasaan. Selamat berpuisi.  Indahnya waktu dinihari Dingin dan sejuk Sunyi dan sepi Tatkala manusia masih dibuai mimpi Rasa keinsafan meresap ke dalam jiwa Muhasabah diri yang lemah Berdiri di hadapan Tuhan Maha Kuasa Jiwa ini terasa tenang Segala kekusutan lenyap seketika Berduaan dengan Maha Pencipta Melantun ayat-ayat cinta dariNya Syukurku adanya waktu ini bersamaMu. Sahabat sekalian, seperti mana kita maklum bahawa waktu dinihari ialah antara jam 3 hingga 5 pagi. Apa yang kita lakukan waktu ini? Saat manusia tidur lena, ada sebahagian manusia yang bangkit daripada tidurnya untuk merintih, berdoa dan mengadu pada Allah Yang Satu. Allah sangat memuliakan hambaNya

Aku, guru biasa-biasa

Bismillah..assalamualaikum! Banyak pula nak update post hihi. Sekarang ni tengah cuti. Jadi, saya cuba nak tulis sebanyak yang mampu kat blog ni untuk kenang kenangan. Bolehlah anak saya baca nanti bila dia dah besar.  Blog ni memang tak menarik pun sebab saya tak reti nak cantikkannya. Biarlah, asalkan tulisan-tulisan saya dapat diabadikan di sini. Kita mulakan dengan sepotong ayat cinta daripada Allah. Surah An-Nahl ayat 125. ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَٰدِلۡهُم بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ  .وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ Serulah ke jalan Rabbmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Rabbmu, Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada jalan-Nya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petu

Bulatan gembira itu!

Bismillah..segala puji bagi Allah yang mengatur setiap gerak langkah kita setiap masa. Dia sentiasa jaga kita walaupun kita seringkali lupa padaNya. Ampunkan kami Ya Allah.  Kali ni saya nak cerita bagaimana saya mengenali usrah atau saya panggil bulatan gembira. Tidak semua yang tahu kecuali sahabat terdekat sahaja. Semoga terselit sedikit ibrah melalui perjalanan hidup saya ini. Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Ibu ayah bekerja sendiri. Sejak kecil, saya melihat  mereka berhempas pulas bekerja mengerah keringat demi membesarkan tujuh anak. Antara kerja yang pernah mereka buat ialah kerja sawah, menanam ubi keledek, tembakau, kacang tanah, jagung dan sayuran yang lain. Tanaman ini bersilih ganti mengikut musim. Saya masih ingat kami berlari-lari dan bermain dalam petak sawah, penuh dengan lumpur sambil menangkap ikan. Sungguh indahnya waktu itu. Terima kasih wahai ibu dan ayah kerana besarkan kami dengan penuh kasih sayang.  Seperti kanak-kanak yang lain saya j