Skip to main content

Umrah untuk tersayang

Bismillah. Segala puji bagi Allah swt dan selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad saw. Alhamdulillah, Dia masih lagi bagi peluang untuk kita perbaiki diri dan pada masa yang sama mengajak orang lain ke arah kebaikan. Teringat tentang satu taklimat tarbiyah, yang saya hadiri pada tahun 2016. Islah  nafsak wad'u ghairak yang disampaikan oleh Syeikh Hamid. Nanti jika ada peluang, saya akan cerita tentang ini dalam slot yang lain. 

Setiap tahun, sejak saya pindah ke Bangi, saya menulis senarai perkara yang saya hendak capai dalam tahun tersebut. Kemudian, saya tampal kertas tersebut pada pintu almari baju. Pintu almari saya sentiasa terbuka sebab senang bagi saya untuk ambil pakaian. Selain itu juga, saya dapat melihat kembali sasaran yang saya gariskan untuk tahun tersebut. Moga menjadi satu doa dan azam bagi saya untuk terus berusaha ke arah itu. 

Ada satu impian saya yang juga merupakan impian ibu saya. Sudah dua tahun satu tulis impian tersebut di  tempat yang pertama, namun belum lagi diizinkan oleh Allah. Saya yakin Allah akan kurniakan pada masa yang sesuai. Apakah azam saya tersebut? Jeng jeng jeng.. Impian saya ialah, saya ingin menunaikan umrah bersama ibu saya. 

Pada tahun 2018, impian itu tidak dapat dilaksanakan apabila abang sulong saya berpendapat lebih baik terus ke sana untuk menunaikan ibadah haji berbanding umrah. Pendapat ini beliau utarakan apabila saya cuba berbincang dengannya untuk bawa ibu ke umrah. Nyaris, anak saudara sulong saya yang akan menemani ibu saya ke sana. Namun, apabila cadangan untuk menunaikan haji itu dicadang, saya cuba penuhkan tabungan haji ibu saya. Saya baru juga dapat tahu, ibu saya masih belum mendaftar haji. Saya berasa agak kesal kerana kami adik-beradik tidak pernah mengambil tahu tentang perkara ini. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Apatah lagi saya yang baru mula bekerja dan berkahwin. Alhamdulillah, tabungan sudah penuh tetapi tetap juga perlu tunggu giliran untuk ke Mekah. Rayuan boleh juga dibuat tetapi saya masih belum fokus ke arah itu memandangkan tabungan saya pula berkurangan.. 

Kisah ini tamat buat sementara memandangkan saya pula hamil dalam pertengahan tahun 2018. Setelah saya selamat melahirkan, saya ingin meneruskan hajat ini. Saya mula menghubungi agensi umrah Quds and Travel di Kota Bharu. Beliau menghantar pakej, harga dan semua maklumat pendaftaran. Apabila memaklumkan kepada ibu, saya terus membuat pendaftaran untuk kami. Ketika menghantar pendaftaran kepada agen umrah tersebut, saya hampir terlupa tentang suatu perkara. Wanita berumur 45 tahun ke bawah perlu ada mahram bersamanya untuk ke Mekah. Hajat itu terhenti di situ. Saya cuba cari jalan siapa yang perlu menemani ibu saya. Akhirnya, hajat itu terpaksa saya ketepikan dahulu.

Baru-baru ini, saya cuba berbincang dengan suami saya untuk melaksanakan impian ibu saya ini. Suami saya akan jadi mahram saya. Kami masih belum cukup wang untuk ke sana. Namun, kami berazam untuk melaksanakan hajat ini. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 159, ''setelah berazam maka bertawakallah kepada Allah''. Kami mencari maklumat tentang beberapa agensi umrah untuk membuat perbandingan harga, tempat menginap, makanan disediakan dan tarikh. Antara agensi yang diteliti ialah Emraz Travel, Az Zuha Travel dan Haramain Travel. Buat masa ini, kami masih belum ke agensi untuk buat 'confirmation'. InshaAllah, kami akan cuba sedaya upaya kami untuk merealisasikan impian ini. 

Sahabat-sahabat yang saya hormati, mari kita muhasabah diri semula. Walaupun Allah belum mengizinkan kita dapat apa yang kita idamkan, namun ada perkara lain yang Allah rancang untuk kita dan kita sudah milikinya sekarang. Meskipun saya belum mencapai hajat yang satu ini, tetapi Allah telah mengurniakan sesuatu yang lain daripada senarai yang saya tulis. Antaranya, saya sudah daftarkan diri mendapatkan takaful secara tidak sengaja. Saya juga telah habiskan satu semester mengambil kursus pendidikan yang dikelolakan sendiri oleh sekolah. Saya juga berjaya belanja ahli keluarga saya makan KFC dan mengadakan aktiviti bakar ayam, sotong dan udang  bersama ahli keluarga saya. Syukur untuk itu. 

Mari kita bulatkan niat, tekadkan azam dan berusaha mencapai impian yang kita belum lagi laksanakan. Ketepikan segala rasa sedih, kecewa dan duka. Usah layan segala perasaan ini. Ceria dan bersemangat. Doa dan merintih kepada Allah. Peringatan untuk diri saya juga. Lets do it! Memburu impian menunaikan umrah bersama tersayang. Jumpa lagi. 

Tarikh yang kami pilih ialah antara 28 Mei-7 Jun. Tetapi agensi ini tidak termasuk dalam senarai sebab tempat menginap di Mekah agak jauh. Ada yang lebih dekat, iaitu Hotel Safwah. 

Comments

Popular posts from this blog

Penutup 2024

Sedikit coretan untuk diri sendiri terutamanya. Sebagai muhasabah diri untuk terus bertahan di jalan hidup masing-masing.  Pertama, kita perlu yakin dan berani apa saja yang kita buat pasti akan dapat balasannya suatu hari nanti. . Kebaikan mahupun kejahatan semua diambil kira dan dicatat. Jadi, jangan pernah berkira dengan membuat kebaikan . Buatlah baik semampu kita. Buat jahat jangan sekali.  Next, apa sahaja halangan, ujian ataupun kita nak best sikit kita sebut cabaran hidup yang kita hadapi, bergantung kuatlah hanya pada Allah . Jangan pernah berharap pada makhluk. Apabila namanya makhluk ciptaan, mereka sendiri juga perlukan sesuatu untuk berpaut. Kita ni asalnya lemah dan selamanya lemah. Jangan bermimpi nak jadi kuat. Betul, Allah akan hadirkan manusia-manusia lain di sekeliling kita tetapi bukannya pergantungan 100% kepada mereka. Berdoa dan berharap hanya pada Allah. Kita hanya perlukan sedikit nasihat dan sokongan daripada ahli keluarga dan sahabat. Selebihnya, h...

Patau

Bismillah. Lama sungguh saya tidak menjenguk blog ini. Coretan kali ini ialah sekadar catatan pengalaman dalam hidup di dalam dunia fana ini untuk tatapan hari tua nanti. Tahun 2024 tahun ujian buat saya dan keluarga kecil kami. Sungguh berat sekali ujian ini.  Hujung december lepas, 2023 saya disahkan hamil buat kali ketiga. Rancangnya, ini adalah kandungan saya yang terakhir disebabkan saya akan elective czer buat kali ketiga. Dan, akan memandulkan diri sendiri dengan kaedah pemandulan kekal iaitu ikat peranakan atau bilateral tubal ligation (btl).  Apabila kandungan masuk 23-25 minggu, saya akan buat detail scan untuk setiap anak untuk memastikan keadaan baby sihat dan normal sebaik saja dilahirkan. Keputusan mendapati ada beberapa abnormal pada otak, jantung dan juga buah pinggang. Doktor atau sonografer di klinik swasta mencadangkan untuk buat detail scan buat kali kedua dalam masa dua minggu lagi. Waktu ini, saya tidak begitu risau tentang ini kerana anak kami sebel...

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.