Skip to main content

Refleksi Saya Tahun 2019

Semoga refleksi yang dibuat ini dapat saya syukuri pada masa akan datang. Selain itu, dapat saya lihat pencapaian yang saya capai untuk tahun tersebut. Walapun pencapaian itu adalah kecil, tetapi wajib untuk saya hargai.

Bergelar seorang ibu
Tanggal 6 April 2019, seorang mujahid dilahirkan ke dunia. Fasa yang menguji nikmat sihat itu telah berjaya dilalui. 

Guru akidah
Sudah dua tahun saya mengajar akidah tahun 3. Topik beriman kepada hari akhirat itu semakin seronok saya ajar. Murid-murid pula begitu teruja nak tahu tentang rukun iman yang satu ini. Tahun 2020, subjek sirah dan akhlak pula yang saya ajar, mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Hoho.

Pemanah tradisional
Dua tahun juga saya menjadi guru pembantu bagi kelab Metra atau memanah tradisional. Kemahiran saya juga bertambah sedikit daripada tahun sudah. Apabila jurulatih mengajar anak-anak, saya juga dapat belajar daripada situ. InshaAllah, tahun 2020 akan lebih 'terer' dalam sukan sunnah ini.  

Guru kelas 3 Fatimah
Terima kasih pada ibu bapa yang menghantar pelbagai jenis ragam anak-anak kepada saya. Banyak saya belajar dengan anak-anak 3 Fatimah ini. Saya juga dapat belajar daripada 'partner' kelas saya, Muallim Zulkifli tentang kaedah beliau mendidik anak-anak.  Beliau sudah berpengalaman lebih 25 tahun mengajar anak-anak sekolah rendah. Beliau banyak memberi nasihat dan peringatan yang berterusan tentang jaga solat dan Al-Quran. Katanya, jika kedua kewajipan ini dijaga, kejayaan dalam akademik akan menyusul. Saya sokong 200%. 

Ptptn berjaya dilunas
Hutang PTPN akhirnya dapat dilangsaikan menggunakan simpanan Tabung Haji dan KWSP. Lebih kurang 10 k baki yang saya setelkan. Alhamdulillah, bebas hutang. 

Pandu kereta
Sejak hamil lima bulan, saya tidak lagi menunggang motosikal. Saya bukannya minah rempit ya, saya adalah muslimah rider. Hehe. Saya pandu kereta sendiri dan sudah ada sedikit kemajuan dan kecekapan. Ok la tu. 

Daftar umrah
Alhamdulillah, saya berjaya membayar deposit untuk menunaikan umrah bersama ibu saya. Doakan semoga impian ini tercapai. Rancang untuk pergi pada bulan Mei 2020, lepas raya puasa. InshaAllah.

Anugerah kualiti
Anugerah pertama yang saya dapat setelah setahun berkhidmat di Al-amin Bangi ialah anugerah kehadiran terbaik. Kekalkan prestasi dan kurangkan kontroversi. Haha.


Inilah hadiahnya. Tunggu 2020, apa pula anugerah untuk 2019?


Banyak lagi pencapaian lain yang tidak dapat diukur dan tidak dinyatakan di sini. Dengan izin Allah, kita semua dapat kecapinya. Malah, Allah bagi lebih lagi daripada apa yang kita nak. Dia lebih tahu sedang kita tidak tahu. Jom! Hadapi cabaran pada 2020 dengan lebih semangat. Perbaharui niat. Urus stress dengan baik. Semangaaaaaat!

Comments

Popular posts from this blog

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.

Bertumbuh

Bertumbuh ialah salah sebuah buku yang saya baca. Ianya dipinjam daripada seorang sahabat. Buku ini sejenis buku motivasi santai ditulis oleh penulis dari Indonesia. Saya pun tak catat pula nama beliau. Saya baca dalam penghujung tahun lepas.  Saya ingin berkongsi serba sikit berkenaan kandungan atau ilmu yang ada dalam buku tersebut. Kata penulis, kita tak perlu berubah menjadi orang yang lain. Sebab, lama-kelamaan kita akan jadi seperti kita yang dulu juga. Iaitu yang hina, malas, sombong, syok sendiri, angkuh dan lain lain.  Perkara yang kita perlu buat ialah bertumbuh. Dalam konteks, menjadikan masalah dan pengalaman dalam hidup kita untuk fokus pada matlamat, jiwa jadi besar, tidak mudah mengalah, matang, berani, dan banyak lagi nilai positif yang lain. Bertumbuh itu besar, besar amal, besar ikhtiar, besar tawakal dan syukur pada Allah. Kita tidak pernah terlambat untuk melakukan semua itu . Ciri-ciri bertumbuh yang ditulis dalam buku ini ada lima. Satu...

Muhasabah

Apabila lihat kembali ke belakang, banyak perkara yang berlaku adalah ketetapan terbaik buat diri saya. (mungkin juga buat kita semua). Saya sedar, Allah sebaik-baik Perancang. Ketika saya sudah putus asa, tidak mahu lagi berusaha dan merancang ,tetapi Allah tak pernah berhenti merancang untuk saya. Tugas saya ialah, menerima dengan hati terbuka bahawa semuanya ada hikmah. Ada kebaikan di sebalik kejadian. Susah hidup sekarang,susah lagi hidup mak ayah saya dulu. Memang cabarannya tidak sama. Namun, ingatlah wahai Anis, Allah uji sesuai dengan kemampuan kita. Susah hidup saya sekarang,ramai lagi orang susah di luar sana. Tak ada makanan,rumah tak ada air dan elektrik. Tandas pun tak ada. Kata Ustaz Ebit, "apa saya nak jawab depan Allah nanti?". Saya wajibnya bersyukur. Menangisi benda yang belum ada, sedangkan banyak lagi nikmat lain Allah bagi. Orang kata, kita kena syukur nikmat yang kecik-kecik dulu sebelum yang lebih besar. Contoh, bekalan oksigen yang kita dapat. Ki...