Skip to main content

Menjelang Subuh

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Ada seorang sahabat pernah perkenalkan saya pada puisi. Sejak itu, saya cuba buat puisi. Khas untuk dia, iaitu sahabat saya. Ada juga puisi bertemakan ketuhanan atau persahabatan. Saya tulis sekadar untuk meluahkan rasa dan perasaan. Selamat berpuisi. 


Indahnya waktu dinihari

Dingin dan sejuk
Sunyi dan sepi
Tatkala manusia masih dibuai mimpi
Rasa keinsafan meresap ke dalam jiwa
Muhasabah diri yang lemah
Berdiri di hadapan Tuhan Maha Kuasa
Jiwa ini terasa tenang
Segala kekusutan lenyap seketika
Berduaan dengan Maha Pencipta
Melantun ayat-ayat cinta dariNya
Syukurku adanya waktu ini bersamaMu.



Sahabat sekalian, seperti mana kita maklum bahawa waktu dinihari ialah antara jam 3 hingga 5 pagi. Apa yang kita lakukan waktu ini? Saat manusia tidur lena, ada sebahagian manusia yang bangkit daripada tidurnya untuk merintih, berdoa dan mengadu pada Allah Yang Satu. Allah sangat memuliakan hambaNya yang bangun untuk beribadah dalam waktu itu meskipun hanya menunaikan solat dua rakaat. Allah juga meninggikan darjat mereka yang bangun malam dengan ganjaran pahala yang sangat banyak. Orang yang solat sunat pada jam 3 petang tidak sama darjatnya dengan orang yang solat sunat pada jam 3 pagi. Sama juga, orang yang baca Quran pada waktu tengah hari tidak sama dengan darjatnya orang yang baca Quran pada jam 4 pagi. Begitulah Allah menunjukkan sifat rahmatNya malah Allah berjanji akan memakbulkan semua doa hambaNya yang berdoa dalam waktu dinihari. 


Surah AlIsraa'. Ayat 079.
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.


''Saya bukan tak nak bangun, tapi tak pernah terjaga dan biasanya terbabas.'' Begitulah keluhan yang biasa kita dengar. Jika kita sudah berazam untuk bangun malam kerana Allah, niat sungguh-sungguh, kunci jam dan mintalah pada Allah supaya kita terjaga. InshaAllah. Allah akan memudahkan urusan kita untuk bangun mengabdikan diri kepadaNya. Apabila kita sudah terbiasa dan menjadi rutin harian dalam hidup kita untuk bangun solat dua rakaat, kita pasti akan terjaga dengan sendirinya. Badan kita pun ada 'sensor' tau. Allah akan bantu kita apabila niat kita ikhlas dan bukan untuk menunjuk-nunjuk. Sekiranya kita tertinggal amalan ini, kita rasa seolah-olah hidup kita tidak lengkap pada hari itu. Ada saja yang tidak kena. Rasa kusut, marah saja memanjang dan urusan menjadi kelam-kabut. Macam mana nak tahu? Kenalah cuba dulu. Cuba amalkan. Amalan ini juga amalan para nabi dan sahabat. 

''Ya Allah, sudilah pandang kami. Bantulah kami. Bimbinglah kami di jalan kebaikan dan jangan sesekali tinggalkan kami''

Siapakah dua bayang manusia ini? Hehe. Sebenarnya gambar ini bukan diambil waktu menjelang Subuh, tetapi memang pencahayaannya agak gelap. Waktu dinihari ialah waktu yang tenang dan sepi, juga waktu untuk muhasabah diri.
p/s: gambar diambil di puncak Bukit Pelindung Kuantan. 

Comments

Popular posts from this blog

Pahala freedom

Banyak kali dah saya mencari sesuatu nak buat supaya dapat pahala berterusan walaupun saya dah mati nanti. Dalam kelas pun, saya terangkan kepada murid tentang ini sebab ada tajuk yang berkaitan. Ada topik tentang mengingati mati dan juga tentang amal jariah dalam menuntut ilmu.  Kita tak selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa akan pergi dan tak mampu lagi nak buat ibadah seperti waktu hidup. Terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah atau infaq. Semua orang nak financial freedom, tapi kadang-kadang tidak terfikir untuk dapat pahala freedom ini.  Apa yang saya dah ada sekarang dan akan cuba lagi buat yang terbaik: 1-Ada anak soleh solehah, usaha dan doa supaya di didik menjadi anak yang boleh mendoakan ibu bapa buat selamanya.  2- Jadi guru, ajar ilmu yang baik. Buat yang terbaik dan jangan sambil lewa.  3. Guru Al-Quran, ajar betul-betul anak murid supaya boleh baca Quran dengan baik. Ajar anak sendiri juga.  ...

Bila bangun pagi

Bagaimana tidur anda semalam? Lena atau tidak. Apa pun,ucapkanlah syukur kerana diberi peluang lagi untuk terus hidup pada hari ini.  Bacalah doa bangun tidur yang anak-anak kita sudah hafal sejak tadika lagi. "Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepadaNyalah kami dibangkitkan." Anak-anak kat sekolah biasanya baca doa sebelum saja,doa sebelum makan, sebelum tidur, sebelum masuk tandas. Doa yang selepas perbuatan biasanya mereka lupa sebab tidak dibaca. Begitulah, hafal tapi tak diamalkan. Lama-lama lupa.  Jadi,amalan mudah yang kita boleh buat,kita buatlah setiap hari. Rugilah jika tak diamalkan.  Semangat! Semangat! 

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.