Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021

Perginya Sebutir Mutiara

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus menjalankan amanah sebagai hamba Allah dan khalifah di atas muka bumi ini.  Sejak akhir-akhir ni, banyak khabar kematian orang terdekat yang diterima. Mengingatkan diri ini bahawa dunia ini hanya sementara. Ajal itu datang bila-bila masa. Baru semalam, boleh datang kerja dan bercakap dengan kita. Esoknya,sudah dijemput Allah.   Entri kali ni, nak abadikan sedikit coretan berkenaan perginya seorang sahabat,kakak,rakan sekerja yang peribadinya sangat mulia dan disanjung ramai orang sehinggalah hari pengebumiannya. Saya sendiri terkejut mendapat berita daripada group sekolah selepas beberapa hari saya bersalin.  Arwah masih lagi sempat masuk bekerja dan mengajar macam biasa memandangkan sekolah baru sahaja dibuka secara bersemuka.  Arwah juga mengandungkan seorang khalifah berusia lapan bulan. Khabar mengatakan arwah mengalami pendarahan dalam kandungan pada jam 3 pagi. Kemudian, terus dikejarkan ke Hospital

Anugerah tak ternilai

Bismillah. Syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Alhamdulillah. Thumma alhamdulillah. Dah lama tak update blog setelah sekian lama. Ianya adalah disebabkan tidak ada perkara utama yang nak dikongsikan dan dijadikan kenangan dalam bentuk tulisan. Hari-hari berlalu dengan kelas dalam talian sambil melayan kerenah anak, menempuh fasa akhir kehamilan dengan penuh kesabaran yang ada dan makan segala macam benda yang terlintas di hati.  Setiap kali hamil, saya sememangnya tidak ada sebarang masalah besar. Cuma setakat berat badan naik secara mendadak atau dipantau paras gula selama seminggu. Itu adalah biasa. Namun, saya tidak terlepas daripada ujian ketika melahirkan seperti kelahiran anak pertama. Azzam dilahirkan secara pembedahan (emergency czer) disebabkan berak terlalu awal.  Walaupun impian kali ini ingin melahirkan anak secara normal pula, saya memujuk hati supaya redha atas apa sahaja nasib yang bakal saya hadapi. Normal atau pembedahan, saya redha dengan ketetapan Allah.