Bismillah..assalamualaikum! Banyak pula nak update post hihi. Sekarang ni tengah cuti. Jadi, saya cuba nak tulis sebanyak yang mampu kat blog ni untuk kenang kenangan. Bolehlah anak saya baca nanti bila dia dah besar. Blog ni memang tak menarik pun sebab saya tak reti nak cantikkannya. Biarlah, asalkan tulisan-tulisan saya dapat diabadikan di sini. Kita mulakan dengan sepotong ayat cinta daripada Allah. Surah An-Nahl ayat 125.
ٱدۡعُ Ø¥ِÙ„َÙ‰ٰ سَبِيلِ رَبِّÙƒَ بِٱلۡØِÙƒۡÙ…َØ©ِ ÙˆَٱلۡÙ…َÙˆۡعِظَØ©ِ ٱلۡØَسَÙ†َØ©ِۖ ÙˆَجَٰدِÙ„ۡÙ‡ُÙ… بِٱلَّتِÙŠ Ù‡ِÙŠَ Ø£َØۡسَÙ†ُۚ Ø¥ِÙ†َّ رَبَّÙƒَ Ù‡ُÙˆَ Ø£َعۡÙ„َÙ…ُ بِÙ…َÙ† ضَÙ„َّ عَÙ† سَبِيلِÙ‡ِÛ¦
.ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø£َعۡÙ„َÙ…ُ بِٱلۡÙ…ُÙ‡ۡتَدِينَ
Serulah ke jalan Rabbmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Rabbmu, Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada jalan-Nya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.(Surah An-Nahl: 125)
Dalam ayat ini, Allah memerintah Nabi-Nya melaksanakan tugas dakwah dengan hikmah dan bijaksana. Tugas ini adalah amanah buat kita semua yang bergelar khalifah di atas muka bumi ini. Kita tidak perlu jadi baik dahulu baru boleh ajak orang lain. Nabi saw kata, sampaikanlah dariku walaupun satu ayat. Perlu kita faham, tugas manusia adalah untuk menyampaikan dan bukannya mengubah manusia. Kita sama sekali tidak boleh ubah orang lain, namun kita boleh ubah diri kita. Jika akhlak kita baik, ianya akan dapat dilihat dan diikuti oleh orang sekeliling. itu namanya qudwah hasanah (contoh teladan yang baik). Qudwah terbaik pula pastinya datang daripada penghulu kita, Rasulullah saw. Hidup kita adalah suatu proses tarbiyah (pendidikan) Tarbiyah itu datang dalam bermacam cara. Boleh jadi ia datang dalam bentuk ujian. Susah atau senang kita akan diuji. Kesusahan yang kita alami adalah untuk dapatkan darjat yang mulia di sisi Allah. Layakkah kita? InshaAllah, Nabi kata kalau kita bercita-cita nak masuk syurga, pintalah syurga Firdaus. Syurga tertinggi yang dikelilingi oleh syurga-syurga yang lain. Hmm..panjang pula tazkirah ni.
Berbalik semula kepada topik hari ini. Saya mula mengajar anak-anak bermula tahun 2013. Selepas tamat belajar, saya bekerja selama setahun di tadika Smartreader Pengkalan Chepa. Jawatan saya di situ adalah sebagai kerani namun pada masa yang sama saya mengajar kelas Fardhu Ain untuk anak-anak berumur enam tahun. Itulah pertama kali saya berhadapan dengan kanak-kanak. Masa itu, saya masih boleh mengawal mereka kerana jumlah yang sangat sedikit sahaja dan mata pelajaran itu hanya sekali seminggu. Inilah hakikat sebenar, kelas fardhu ain kurang dititikberatkan manakala subjek akademik ditekankan. Ya! Saya agak terkejut apabila budak yang baru berumur empat hingga enam tahun itu perlu menghabiskan 'worksheet' yang sangat banyak. Soalan pula seperti peringkat darjah satu atau dua. Pihak sekolah fikir mereka harus jaga reputasi dan prestasi anak semata. Yuran tadika yang beratus ringgit dibayar oleh ibu bapa perlu mereka buktikan dengan kejayaan anak dalam akademik. Walhal banyak lagi perkara yang boleh dijadikan kayu pengukur kejayaan anak-anak. Contoh, kemajuan dalam adab dan sahsiah mereka. Mereka belajar adab-adab sebelum makan atau tidur. Ilmu itu sunnah diamalkan seumur hidup.
Budak comel ni namanya Afif. Kalau dia mengamuk, habislah. Guru-guru suka usik dia.
Baiklah. Kita sambung semula sebelum saya terbabas daripada tajuk. Saya berhenti bekerja di situ atas beberapa sebab. Pertama, saya ingin berhijrah. Kedua, saya nak berada dalam usrah semula setelah lama jiwa saya kering dengan makanan rohani. Saya dapat tahu ada seorang sahabat satu universiti yang bekerja sebagai guru di salah sebuah sekolah swasta Kuantan, Pahang. Saya hadir temuduga untuk pengambilan guru baru bagi tahun 2014. Saya diterima bekerja di situ.
Maka bermulalah kerjaya saya sebagai guru biasa-biasa yang tidak ada ilmu perguruan atau pendidikan. Saya mengikuti beberapa kursus yang dianjurkan oleh pihak pengurusan sekolah. Di situlah saya mula belajar pedagogi, psikologi kanak-kanak dan lain-lain. Tahun pertama masuk mengajar, saya diamanahkan sebagai guru kelas Tahun 1. Mereka ini datang daripada pelbagai latar belakang keluarga. Pandangan orang ramai, apabila anak dihantar ke sekolah swasta ianya bermaksud ibu ayah mereka kaya raya. Hakikatnya, tidak. Ada anak yang asalnya dari Kemboja, ada juga dari Indonesia. Mereka masuk ke sekolah tersebut sebab belum dapat taraf warganegara Malaysia. Ayah kepada anak-anak ini mencari rezeki dengan bisnes kecil-kecilan seperti menjahit, jual aiskrim dan lain-lain.
Setiap kali masuk kelas, kegagalan seorang guru ialah apabila dia tidak dapat kawal kelas tersebut dan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan lancar. Itulah yang saya alami. Kelas bising. Kali pertama saya dicerap, saya yakin markah saya paling rendah berbanding guru lain. Saya berhadapan dengan macam ragam budak-budak yang saya perlu faham setiap daripada mereka. Masing-masing ada kebolehan tersendiri. Memang betul! Kita perlukan mereka yang bagus dan bermasalah. Kedua-duanya. Setiap keadaan berguna untuk setiap orang Muslim.
Ada yang cepat merajuk. Macam mana saya nak tangani? Ada yang sangat matang dan bijak. Bagi kerja, siap. Bagi lagi, siap. Dah siap, nak main pula. Macam mana saya nak buat mereka yang dah siap kerja perlu duduk dan diam di kerusi? Ada yang tidak minat langsung belajar. Buku tidak dibawa. Alat tulis tiada. Memang pening kepala. Saya juga yang perlukan sediakan kertas putih dan pensel untuk mereka. Saya yang kena belajar dan kreatif. Semuanya bermula dengan ilmu. Apa perkara pun kena ada ilmu. Kemudian, praktikkan. Huh..kesabaran saya biasanya kecundang apabila menghadapi pelbagai situasi dalam kelas.
Bersama kelas saya yang pertama, Tahun 1 Al-Hudaibi 2014 dan bersama beberapa guru senior yang banyak beri tunjuk ajar pada saya. |
Sahabat-sahabatku yang sabar, inilah proses tarbiyah. Pendidikan untuk saya dan mereka. Allah yang hantar mereka pada saya supaya saya belajar mengawal kesabaran. Bertegas pada tempatnya. Memujuk apabila tiba masanya. Malah, untuk mengembangkan potensi saya. Bukan dalam bidang ini, tetapi menyeluruh. Saya banyak belajar daripada murid-murid saya. Ada murid saya yang suka tegur saya. Selalu senyum. Saya marah pun, dia senyum, Ada murid saya yang ringan tulang. Setiap masa, nak menyapu lantai. Apabila diminta sapu papan putih, berebut-rebut nak padam. Sebenarnya, mereka berlumba-lumba nak buat kebaikan. Sungguh suci sungguh murni. Ehh..? Ya! Fitrah mereka suci. Tiada dosa. Kita yang penuh dosa ini yang perlu banyak perbaiki diri dan amalan.
Sudah enam tahun saya menjadi guru. Walaupun sekolah yang berbeza, situasinya sama. Saya masih lagi belajar bagaimana menjadi seorang guru yang bukan sekadar mengajar Sains atau Bahasa Melayu. Tetapi menjadi seorang murabbi. Tugasnya mendidik. Seorang murabbi akan mengajar subjek Sains, tetapi mengaitkan Allah atau mana-mana ayat Al Quran dalam pengajarannya. Tugas ini amat berat. Anak-anak pula makin mencabar. Adab dan tingkah laku dengan guru makin kurang. Perbualan mereka bukan lagi berkisar tentang ilmu, tetapi facebook, k-pop, insta dan media sosial yang lain.
Sahabat-sahabatku yang baik, marilah berusaha sehabis baik untuk membentuk diri dan anak-anak kita. Mereka akan menggantikan kita pada hari esok. Mereka pula yang akan membentuk generasi baru mengikut acuan yang kita tinggalkan. Acuan yang Nabi saw tinggalkan iaitu Al-Quran dan Sunnah.
Comments
Post a Comment