Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

"Hfmd? Jangan risau..."

Penyakit hfmd disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus. Ianya menular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus hfmd. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, ulcer di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. Hfmd selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan  boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung. Penyakit tangan,kaki dan mulut ini senang dijangkiti oleh kanak-kanak. Mereka mudah terdedah dengan pelbagai virus di pusat jagaan atau tempat terbuka yang lain. Mereka juga belum ada antibodi yang kuat untuk melawan jangkitan virus. Anak saya sendiri, mengalami simptom demam dengan suhu yang mencecah 39 darjah celcius. Sebelum tanda demam, sudah ada beberapa bintik merah yang muncul bahagian mulut dan di tepi bibir.

Stress ke sekarang?

Dalam menjalani kehidupan, ada sahaja perkara berlaku di luar jangkaan. Di sini, ada beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan. Ianya adalah berdasarkan pengalaman sendiri, orang sekeliling dan juga berdasarkan pembacaan. Selamat menelaah. 1. Kenali diri sendiri ketika menghadapi situasi yang sukar. Kenali diri anda. Ada sesetengah orang, apabila berada dalam keadaan yang stress dan sukar,mereka suka meluahkan perasaan mereka. Dengan luahan itu,terasa lebih lega dan bersemangat. Namun, ada orang tidak suka meluahkan. Mereka lebih suka menghadapi situasi itu sendiri kerana dia tahu dia boleh tanganinya. Mereka yang tidak suka meluahkan masalah mereka kepada orang lain, kerana akan menyebabkan kemarahan dilepaskan kepada orang tidak bersalah, atau mungkin aura yang negatif itu akan tersebar kepada yang lain. Jadi, lebih baik ambil masa untuk bertenang dahulu, kemudian fikir langkah seterusnya.  2. Tinggalkan sebentar pekerjaan itu. Jika waktu itu kita letih kerana me

Berkawan seperti budak sekolah rendah

Macam mana budak sekolah berkawan sebenarnya? Apabila saya lihat murid saya, sekilas dua akan menyebabkan kenangan waktu saya budak-budak dulu terimbau kembali. Ketika saya berhadapan dengan murid tahun 3, buat saya terfikir, macam mana saya waktu seusia mereka? Maka, keluarlah segala bagai bayangan mengusik jiwa itu. Mereka yang berada dalam darjah tiga ini, selalu ada masalah dengan kawan-kawan. Ada seorang murid perempuan kelas saya, selalu menangis. Sensitif sangat gayanya. Bila saya tanya, macam-macam kerenah yang diceritakan tentang kawannya si A. Si B kawan dengan si A, maka tinggallah dia sendirian. Merajuk. Rupanya, masalah mereka bertiga ini sejak dari darjah satu lagi.  Mereka seringkali bergaduh, kemudian esoknya kawan semula. Agak susah juga sebab mereka tiga orang. Jarang sekali boleh setia. Biasanya, dua orang sahaja yang boleh jadi best friends. Mengikut pengalaman saya, begitulah. Apa yang istimewanya persahabatan budak-budak ini? Jika berlaku salah faham, mer

Bahagia dengan memberi

Dalam sebuah buku tulisan Ustaz Pahrol, ada membincangkan tentang tajuk ini. Biasa kita dengar, tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Tak silap saya, bukunya bertajuk Mukmin Profesional. Banyak lagi buku-buku lain yang membicarakan tentang tajuk ini seperti buku 'Di mana Dia di hatiku'. Manusia suka bercakap mengenai bahagia. Setiap insan di dunia ini pasti ingin bahagia dalam hidupnya. Mana mungkin ada manusia yang memilih untuk hidup sengsara. Cuma salahnya kita apabila kita meletakkan syarat tertentu untuk bahagia. Sedangkan apabila kita sudah membuat pilihan untuk bahagia, maka kita akan bahagia dengan apa yang kita ada sekarang. If you choose to be happy, then you are happy. Kadangkala syarat yang kita tetapkan untuk bahagia itu ialah ketika mempunyai gaji yang besar, pasangan yang hensem kacak bergaya, anak yang pandai, kereta mewah atau bercuti di Melbourne. Akhirnya, jika kita tidak dapat apa yang diimpikan, sehingga roh terpisah daripada jasad pun kita

Kesabaran yang terbatas

Biasa kita dengar, "senanglah cakap sabar sebab tak pernah rasa macam saya rasa". Apabila ada orang lain meluahkan masalah kepada kita, ayat yang mampu keluar daripada mulut ialah "sabar, sabar dan sabar". Betul. Kita tidak tahu apa yang dia alami. Kesukaran dan masalahnya hanya dia yang tahu. Dan hanya Allah yang Maha Tahu. Namun, kita cuba untuk faham keadaannya dan cuba mencadangkan beberapa solusi. Tetapi akhirnya, bergantung kepada individu tersebut mahu ikut atau pun tidak. Allah juga berfirman, bermaksud  " tidak ada yang mampu mengubah nasib suatu kaum itu, melainkan dia sendiri". Ketika bertanya khabar tentang sahabat saya, dia meluahkan masalahnya pada saya. Saya tahu, saya juga naif tentang kehidupan. Belum cukup ilmu dan pengalaman. Meskipun begitu, saya cuba memberi kata-kata motivasi dan solusi kepada masalahnya itu. Kadang-kadang, kita perlu cuba meletakkan diri kita di tempat dia. Jangan sesekali bandingkan hidup kita dengan orang lain

The day you went away

Pertama kali saya dengar lagu 'the day you went away' ini ialah ketika menuntut di UM Terengganu lebih kurang sepuluh tahun yang lepas. Apabila saya masuk sahaja bilik sahabat saya, dia selalu dengar lagu ini. Jadi, saya pun terjebak sama. Lagu ini memang tersimpan dalam handphone saya. Rindu betul zaman belajar. Sama-sama makan meggi kari,minum air vico dan bersengkang mata siapkan assignment berkumpulan. Tetapi sayalah orang pertama yang suka tidur awal. Tabiat itu saya masih amalkan sehingga sekarang. Tidur dan bangun awal. Kalau tidak cukup tidur, semuanya jadi tidak tentu arah pada esoknya. Teringat lagi ketika saya baru bergelar seorang ibu. Saya tidak dapat lelapkan mata kerana asyik terjaga apabila baby menangis. Esoknya, saya jadi moody. Masalahnya, kalau saya qada tidur pada esoknya, masih juga tidak dapat tidur kerana kepala sangat pening. Betapa indahnya nikmat tidur itu. Kata orang, katil yang empuk tidak dapat membeli tidur yang lena. Allah swt yang mengurniakan

Pelangi petang

Ada apa dengan pelangi waktu petang? Kita tahu, pelangi akan muncul sekejap sahaja setelah hujan reda dan apabila mentari kembali bersinar. Indahnya warna pelangi mampu mendamaikan hati yang resah. Meskipun sebentar, namun mampu memberi berjuta pengertian kepada insan yang melihatnya.  Setiap pertemuan di dunia ini, akan berakhir dengan sebuah perpisahan. Ada pertemuan yang boleh membuatkan kita bahagia, ada juga pertemuan yang bisa mendukakan hati kita. Setiap pertemuan itu telah ditentukan oleh Allah swt. Tidak ada satu pun pertemuan dan perpisahan yang terjadi secara kebetulan. Tidak sepatutnya muncul persoalan "suratan atau kebetulan". Bertemu dan berpisah kerana Allah swt. Apabila berlakunya perpisahan, barulah kita mengenal erti nikmatnya ukhuwah itu. Manisnya sebuah ukhuwah kerana Allah swt. Semuanya untuk kita memahami, semua apa yang ada di dunia hanya suatu pinjaman. Berharganya sebuah pertemuan itu, apabila kita berpisah dengan orang kita yang sayang. Sema

Ragam darjah 1

Sejak bermula sesi persekolahan 2020, pelbagai kerenah anak-anak yang dihadapi oleh guru-guru. Paling seronok ialah 'menikmati' ragam anak-anak darjah satu. Banyak isu tentang mereka ini. Antara isu yang paling panas di dalam 'group telegram' ibu bapa dan guru ialah isu makan tengah hari di kantin. Di sekolah kami, ibu bapa tidak mewajibkan membayar makan tengah hari. Mereka mempunyai pilihan untuk membawa duit saku lebih atau membawa bekal dari rumah. Pihak kantin telah menyediakan tag nama kepada mereka yang membayar makanan ini. Jadi, guru-guru boleh kenal mereka yang patut diberi makan atau tidak. Masalahnya ialah, ada mereka yang keciciran mendapat tag nama, ada yang tidak suka makan makanan di kantin, ada yang tidak mahu makan langsung. Apabila anak-anak ditanya oleh ibu bapa, mereka akan beritahu tidak dapat makan tengah hari di sekolah. Ibu bapa pula beranggapan anak-anak mereka kelaparan kerana tidak makan seharian di sekolah. Sedih sekali. Seorang m

#moveon

Kekecewaan tentang perkara yang dilalui pada masa lalu sangat menghantui hati dan perasaan. Ia menyebabkan seseorang itu tidak dapat meneruskan fokus utama dalam hidup. Buang segala rasa kecewa. Maafkan. Apatah lagi apabila kecewa dengan manusia. Saya pernah mengalami kekecewaan yang masih saya rasa hingga sekarang. Mengganggu. Saya pernah berharap pertemuan saya dengan orang pernah kecewakan saya itu tidak berlaku. Namun, ia sebenarnya mengajar saya untuk lebih matang dengan kehidupan.  Saya selalu membayangkan, apabila menghadapi sesuatu musibah, saya ingin pergi ke suatu tempat yang sangat jauh untuk tenangkan diri. Sebenarnya, perasaan itu ialah keinginan untuk lari daripada masalah. Saya yakin ada juga sahabat-sahabat yang pernah fikir seperti itu. Perlukah kita pergi semata-mata takut untuk hadapi masalah itu? Fikiran yang kurang rasional ini datang apabila kita sudah malas, putus asa dan tidak lagi mahu berusaha mengatasi masalah tersebut. Ustazah Asma Harun, penceramah b

Sweet 30

Bismillah..segala puji bagi Allah swt yang masih memberi peluang kepada kita untuk memperbaiki diri dan menambah kecintaan hanya kepadaNya. Jika kita cinta pada manusia, kita akan kecewa. Tetapi cinta kepada Allah swt tidak akan pernah buat kita sedih, malah lebih membuatkan jiwa kita lagi besar. Cinta pada dunia, akan membuatkan kita leka. Semua yang datang dalam hidup kita adalah ujian. Letaklah dunia dan segalanya isinya di tangan, bukannya di hati. Barulah kita tidak kecewa dan sedih dengan dunia yang sifatnya hanya sementara. Datanglah ombak atau taufan, kita pasti berjaya mengharunginya dengan tenang. Akhirat jua lebih utama dan berkekalan.  Dua hari lepas, saya dan sahabat baru sahaja meraikan usia kami yang sudah menjangkau 30 tahun. Tidak tahu hendak rasa gembira atau sedih? Tujuan apa kami meraikan? Sebenarnya, kami sekadar membeli sebiji kek, kemudian makan bersama-sama. Kami berkongsi bayaran dalam RM 10 setiap orang. Bilangan kami semua ialah tujuh orang. Semuanya lah