Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

Manfaatkan dirimu

 Azzam bersama Miss Carrot Nak hadap rutin setiap hari ni pun,kita perlu ada semangat. Duduk rumah buat aktiviti yang sama akan bosan juga. Bekerja pun akan sama.  Sehingga rasa stress. Stress tanpa buat apa-apa berbanding kerja yang bertimbun itu beza. Serba tak kena manusia ni.  Sebab itu mesti banyak bersyukur. Rasa tak sedap hati mula datang sebab banyak masa lapang di rumah. Memang saya bekerja dari rumah, tapi bermalas-malasan itu tetap ada. Lagi pun, ada si kecil yang baru boleh berjalan. Ujian masa banyak. Tak bermanfaat dekat orang lain sangat. Tapi boleh manfaatkan diri pada keluarga sepenuhnya. Syukur sebab si kecil tu pun sihat saja sebab banyak duduk di rumah. Dia hanya perlu ke taska sekali atau dua kali sahaja dalam seminggu apabila saya perlu bertugas di sekolah. Alhamdulillah.  Sahabat semua,mari kita terus buat baik dengan ruang hidup yang kita ada sekarang. Kita ada keluarga, jiran dan sahabat terdekat. Manfaatkan. Terus berkhidmat untuk keluarga. Teru

Persiapan nak mati

Bicara tentang mati boleh menggetarkan hati. Ada orang tidak suka menceritakan soal ini kerana boleh mengganggu suasana yang menyeronokkan. Mati bukan suatu perkara untuk ditakut-takutkan. Malah Nabi saw menyuruh kita sentiasa ingat mati dan buat persiapan untuk menghadapinya. Manusia seperti inilah yang dikatakan paling bijak. Saat diri menghadap di hadapan Allah, tidak tergambar perasaan waktu ini. Sudi ke Allah pandang wajah yang hina ini? Dalam hati saya, "aku perlu bersiap sedia." Jika kita nak masuk periksa sekalipun, kita perlu baca nota dan buat ulangkaji,barulah dapat melangkah ke dewan peperiksaan dengan tenang. Sama juga dengan menghadapi kematian. Pasti kita tidak mahu berjumpa Allah tanpa persiapan rapi. Kita tak mahu mati dalam keadaan tidak  bersedia. Kematian akan menjemput kita bila-bila masa saja. Ada beberapa cara untuk kita menghadap Allah dalam keadaan kita redha dengan Allah, dan Allah juga redha dengan kita. 1. Solat. Amalan pertama yang akan dih

Kejayaan kecil bagi orang biasa-biasa

Assalamualaikum. Harap semua baik-baik saja. Segala rasa syukur hanyalah pada Allah atas pinjaman anggota badan yang sihat dan segala macam nikmat lain.  Jika ditulis dengan air laut sebagai dakwat sekalipun, masih tak cukup lagi nak senaraikan nikmat Allah ini.  Sejak saya menghadiri satu bengkel penulisan yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya dapat sedikit gambaran untuk menulis. Jadi, terhasillah blog ini yang hanya dijadikan tempat pengumpulan rasa dan perasaan dalam bentuk tulisan. Hanya dibaca oleh diri saya sendiri dan beberapa orang terdekat. Jumlah pengikut juga ada kosong (0). Hihi.  Saya ada seorang sahabat yang juga bekerja di tempat yang sama dengan saya. Beliau juga suka membaca dan menulis. Ada beberapa buah buku saya pinjam daripada beliau. Beliau ada berkongsi dengan saya iklan untuk hantar kepada sebuah web yang juga pengumpul dan menjual buku-buku inspirasi dari Malaysia dan Indonesia. Artikel yang dapat tersiar dalam laman web tersebut akan dapat hadiah

Resensi: Isteri dominan Part 1

Alhamdulillah, selesai sudah membaca buku Isteri Dominan, hasil penulisan Bonda Nor dan Farizah Shamsudin. Buku ini mempunyai 206 muka surat. Untuk bahagian pertama, saya akan fokuskan pada tulisan oleh Bonda Nor dahulu. Terima kasih kepada si pembeli buku ini,  ganjaran terbaik hanyalah daripada Allah. Saya akan hadiahkan kepada beliau sepinggan nasi apabila beliau pulang dari kerja nanti. Terima kasih, abang.  Buku ini berkisar tentang peranan suami dan isteri dalam mengemudi bahtera rumah tangga. Namun, ianya lebih mengetengahkan tentang peranan seorang isteri sebagai penasihat utama dalam medan ini. Saya yakin semua sudah sedia maklum bahawa cuaca dalam rumah tangga ini ditentukan oleh isteri. Suami adalah ketua dan isteri adalah nadi kebahagiaan dalam rumah tangga tersebut. Bagaimana? Ianya akan dikupas secara ringkas di mana kuasa isteri amat besar sekali dalam menentukan hala tuju sebuah perkahwinan itu. Matlamatnya adalah syurga. Si isteri berkuasa, tapi tak perlu menjadi

Puisi: Pilu

Termenung aku sendiri Mengenangkan dosa-dosa lalu Dosa yang tersembunyi di sebalik kebaikan Wuduk yang tidak sempurna Solat yang tidak menghadirkan roh Puasa yang hanya ada lapar dahaga Mengalunkan ayat suciNya tanpa memahami Pilu rasanya hati ini Berbangga dengan amalan yang sedikit Belum pasti ada ganjaran di sisiNya Aku tidak mahu menjadi muflis di sana Tatkala menghadap dua malaikat di barzakh nanti Sukar menjawab soalan bocor dan mudah itu Bantu hambaMu yang hina ini Ya Tuhan Jangan biarkan aku sendiri Bimbing aku Ya Rabbi Hanya padaMu aku menyerah diri.

Muhasabah Part 2

Dengan nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Nama Allah itu ada 99 nama. Allah suka apabila kita memuji-muji namanya ketika meminta atau berdoa padaNya. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud. Nama-nama Allah ini boleh dijadikan zikir dan diamalkan. Betapa Allah Yang Maha Berkuasa menentukan segala apa yang ada di bumi dan di langit. Syukur atas segala nikmatNya dan ujian yang datang silih ganti. Ujian datang untuk melorongkan kita menuju syurga. Kenapa kita saja diuji dengan berat? Jangan risau. Semua manusia diuji sesuai dengan kemampuan masing-masing. Allah itu Maha Baik kerana menghadiahkan kita ujian untuk membawa kita ke syurga. Subhanallah.  Catatan ini adalah buat saya sendiri yang masih banyak kelemahan. Hakikatnya, kita semua tidak pernah sempurna. Namun, pentingnya kita memuhasabah diri sentiasa supaya kelemahan tadi boleh diperbaiki. Mohonlah pada Allah supaya dikurniakan kekuatan untuk terus berada dalam kebaikan. Niat yang baik-baik dulu.  Setiap benda baik