Bismillah..segala puji bagi Allah yang mengatur setiap gerak langkah kita setiap masa. Dia sentiasa jaga kita walaupun kita seringkali lupa padaNya. Ampunkan kami Ya Allah.
Kali ni saya nak cerita bagaimana saya mengenali usrah atau saya panggil bulatan gembira. Tidak semua yang tahu kecuali sahabat terdekat sahaja. Semoga terselit sedikit ibrah melalui perjalanan hidup saya ini. Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Ibu ayah bekerja sendiri. Sejak kecil, saya melihat mereka berhempas pulas bekerja mengerah keringat demi membesarkan tujuh anak. Antara kerja yang pernah mereka buat ialah kerja sawah, menanam ubi keledek, tembakau, kacang tanah, jagung dan sayuran yang lain. Tanaman ini bersilih ganti mengikut musim. Saya masih ingat kami berlari-lari dan bermain dalam petak sawah, penuh dengan lumpur sambil menangkap ikan. Sungguh indahnya waktu itu. Terima kasih wahai ibu dan ayah kerana besarkan kami dengan penuh kasih sayang.
Seperti kanak-kanak yang lain saya juga ada cita-cita. Apabila guru tanya di sekolah, saya pasti jawab nak jadi doktor. Ada sebabnya. Sebab bila pakai kot putih tu nampak 'cool'. Pastu, orang yang kerja doktor biasanya nampak bergaya dengan stetoskop tersangkut di leher. Peliknya, sehingga sekarang saya gementar jika berhadapan dengan doktor atau sakit dan terpaksa ke hospital. Lebih-lebih lagi, kalau sakit gigi.
Sejak sekolah rendah, entah kenapa saya suka lihat orang yang bertudung labuh dan menutup aurat. Semestinya,apabila dah habis UPSR, saya nak sambung ke sekolah agama. Apakan daya, tiada rezeki buat saya. Saya menyambung pelajaran sekolah menengah di sekolah menengah harian biasa sahaja. Ulang alik daripada rumah ke sekolah dengan menaiki basikal. Lebih kurang 3 klometer atau 15 minit perjalanan bersama rakan sekampung saya.
Keputusan SPM saya boleh dikatakan hebat juga. Paling cemerlang di sekolah saya waktu itu. Saya terus melanjutkan pelajaran ke matrikulasi atas nasihat guru 'Add Math' saya sebab dia yakin saya boleh belajar dengan baik. Dia guru yang paling saya suka. Apabila dah suka, saya selalu dapat A untuk subjek dia. Hehe.
Jalan masuk ke rumah saya di kampung. Sekarang jalan ini sudah di turap. |
Semasa di matrikulasi, saya tidak dapat mengikuti pengajian dengan baik. Gred saya jatuh. Saya stress. Setiap hari saya fikir untuk lari daripada kolej itu. Saat menyedihkan apabila ibu saya datang melawat saya dalam keadaan sedih dan ada tangisan di wajahnya. Saya teruskan juga pengajian di situ selama setahun. Setelah lama saya meninggalkan jejak di situ, ada banyak hikmah lain yang saya dapat. 'Roomate' saya seorang yang bertudung labuh pernah mengajak saya menyertai usrah bersamanya. Itu kali pertama saya bersama-sama mereka yang berjuang di jalan Allah. Berada dalam satu bulatan gembira. Sama-sama baca al-Mathurat dan solat berjemaah di surau blok. Di situ juga, saya berjinak-jinak dengan pemakaian tudung labuh juga. Alhamdulillah. Meskipun hanya sempat mengenali mereka dalam beberapa bulan sahaja, tetapi saya mengenal nilai ukhuwah itu adalah semata-mata kerana Allah. Sungguh, kasih sayang Allah itu amat luas.
Sebenarnya, Allah dengar doa saya untuk bersama-sama dalam suasana yang solehah. Walaupun saya tidak meminta bersungguh-sungguh, Allah tetap kabulkan. Usrah atau bermaksud keluarga. Ada tiga rukun iaitu taaruf (saling mengenali), tafahum (saling memahami) dan takaful (saling membantu). Usrah menjadi satu waktu rehat untuk kita sama-sama mengingati Allah. Sejak itu, saya tekad untuk teruskan berusrah walaupun sudah bekerja nanti. Kawan saya pernah pesan, sekiranya nak cari sahabat yang baik, carilah di taman-taman syurga iaitu majlis ilmu atau usrah. InshaAllah. Meskipun saya sudah tidak berhubung lagi dengan sahabat yang bersama di kolej itu, namun saya ingat pesannya itu sebagai prinsip hidup saya.
Allah tidak pernah tinggalkan kita walau sekelip mata sekali pun. Allah sayang kita. Dia sentiasa meletakkan kita di tempat yang terbaik untuk mendidik kita mengenali siapa Pencipta. Memang saya tidak mendapat sebarang kejayaan semasa di matrikulasi tetapi, saya telah mendapat suatu jalan untuk mencintai Allah dan kekasihnya, Muhammad saw.
Tazkirah yang disampaikan oleh sahabat saya bersama pelajar al Amin Kuantan. Gambar ini diambil pada tahun 2015 tak silap saya. Pelajar tahap 2 hanya 16 orang. Rindu mereka. |
Salah satu aktiviti usrah. Beriadah sambil mendengar perkongsian. Pastu, dapat makan sama-sama. Indah sekali. Gambar ini di ambil di sebuah taman di Kuantan.
Alhamdulillah..Allah memakbulkan doa sis untuk berada dalam 'circle' sahabat dan rakan yang sama2 berusaha mencari redha Allah..semoga sis terus istiqamah dan dapat mengajak Dan mempengaruhi orang lain yang berada di sekeliling sis juga.
ReplyDeleteMemang kita perlu hidup dalam kalangan mereka yang sentiasa ingat pada Allah, yang boleh beri nasihat dan sokongan pada kita apabila iman kita mula menipis. Sebab kita tahu, kita lemah. Sis juga.
DeleteAlhamdulillah anakanda Anis juga sahabat pernah sama mengajar .. sama dalam happy circle .. setiap aktiviti di Sriaapb .. moga Kita sama² istiqomah atas jalan Nya .. dunia & akhirat .. sayang Anis
DeleteInshaAllah amin.
DeleteAlhamdulillah...semoga kita semua diredhai Allah
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga terus istiqamah <3
ReplyDelete