Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2020

Hanya di tangan

Banyak perkara dalam dunia ini kita sayang. Terlalu sayang. Sehinggakan tidak ingin berpisah dengannya. Bebaskan dunia daripada hatimu. Letakkan semua hal berkaitan dunia hanya di tangan. Jika tidak, dunia menjerat kita dengan pelbagai ujian. Emosi,hati dan perasaan kecewa dan sedih apabila berlaku kehilangan. Jangan sesekali masukkan dunia di hati. Sakitnya itu amat berbeza. Sakit di tangan adalah berbeza dengan sakit di hati. Sakit di hati mengambil masa yang lama untuk sembuh. Sahabat,letakkan duniamu hanya di tangan. -Reclaim your heart,Yasmin Mogahed.

Resepi tidak bahagia

Rasa putus asa. Serik dengan dunia ini. Betul Allah jadikan dunia dengan pelbagai perhiasan yang bersifat sementara. Orang-orang yang hadir dalam hidup kita adalah untuk membetulkan kita. Baik atau buruk pasti ada kebaikan. Namun,diri sendiri sentiasa gagal menerima semua itu dengan hati terbuka. Hanya bertahan dengan keadaan,bukannya redha. Yasmin Mogahed,dalam bukunya Reclaim Your Heart. Beliau tulis, jangan berharap dengan emosi,momen,manusia dan hubungan untuk rasa bahagia. Itu semua dunia. Dunia akan pergi. Bahagia hanya datang daripada Allah. Mengharapkan terlalu banyak daripada orang-orang di sekitar kita dan hidup,akan menambahkan kekecewaaan. Pengharapan seperti ini adalah palsu. Sebab, orang-orang yang hadir saling meninggalkan. Hidup ini memang tak sempurna. Jika ia sempurna, kenapa akhirat itu dijadikan Allah? Berpeganglah pada tali Allah (agama) (2:256). Pengharapan selain daripada Allah adalah resepi untuk tidak bahagia. 

Pertarungan

Dalam diri,sering berlaku pertarungan emosi. Antara fikir benda baik atau buruk. Setiap kali hati memutuskan untuk memilih kebaikan, buat dan bertahan dengan keputusan yang dibuat. Akhirnya, belajar untuk redha. Namun,tewas jua dengan mudah. Bantu aku Ya Allah. Aku tersepit. Semestinya, hidup ini tidak diberi banyak pilihan. Sama ada, ubah cara atau bertahan saja? Berpisah mengikut haluan masing-masing? Nak bangkit semula, dan cuba sekali lagi itu amat payah. Nak sayang selepas disakiti itu susah. Bantu aku Ya Allah. 

Jika ini post terakhir

Ada ke orang nak baca blog ni? Sahabat paling rapat sendiri pernah cakap, dia tak suka baca blog saya. Tak faham. Tiba-tiba,rasa down. Kenapa saya tulis di blog? Saya tak ada apa-apa akaun media sosial. Harapannya, nak sebarkan ilmu. Walaupun penulisan tak seberapa, lebih baik kita tulis perkara yang kita tahu. Yang pernah alami sendiri. Kalau mati hari ni, ada peninggalan dalam bentuk tulisan untuk anak saya. Dan orang-orang yang digerakkan hati oleh Allah untuk buka dan baca. Itu saja. InshaAllah.

Bertumbuh

Bertumbuh ialah salah sebuah buku yang saya baca. Ianya dipinjam daripada seorang sahabat. Buku ini sejenis buku motivasi santai ditulis oleh penulis dari Indonesia. Saya pun tak catat pula nama beliau. Saya baca dalam penghujung tahun lepas.  Saya ingin berkongsi serba sikit berkenaan kandungan atau ilmu yang ada dalam buku tersebut. Kata penulis, kita tak perlu berubah menjadi orang yang lain. Sebab, lama-kelamaan kita akan jadi seperti kita yang dulu juga. Iaitu yang hina, malas, sombong, syok sendiri, angkuh dan lain lain.  Perkara yang kita perlu buat ialah bertumbuh. Dalam konteks, menjadikan masalah dan pengalaman dalam hidup kita untuk fokus pada matlamat, jiwa jadi besar, tidak mudah mengalah, matang, berani, dan banyak lagi nilai positif yang lain. Bertumbuh itu besar, besar amal, besar ikhtiar, besar tawakal dan syukur pada Allah. Kita tidak pernah terlambat untuk melakukan semua itu . Ciri-ciri bertumbuh yang ditulis dalam buku ini ada lima. Satu, bangun

Usrah membina rijal

Tahun lepas, usrah adalah gabungan guru-guru yang mengajar dalam darjah yang sama. Saya mengajar tahun tiga. Jadi, kumpulan usrah kami adalah dalam kalangan muallimah tahun tiga sahaja. Ada Umi, Kak Zirawatul, Kak Jue, Kak Laila, Kak Ain Madiha, Asyaza dan Kursiah. Saya ingin menulis sedikit tentang usrah kami untuk dijadikan memori dalam perjalanan hidup yang singkat ini. Saya fikir dengan cara menulis semula tentang peristiwa yang berlaku, akan membuatkan saya lebih bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Apabila baca semula, biar pun ayat tunggang langgang. Sungguh, Allah Maha Baik. Banyak sekali nikmat dan kebaikan yang diberi pada saya untuk menjadikan saya hambaNya yang lebih baik. Terasa lemahnya iman dalam jiwa ini apabila tidak bersetuju dengan setiap ketentuan yang Allah tetapkan.  Usrah membina rijal ini diberi nama oleh Umi Kalsum, naqibah kami. Kenapa rijal? Bukannya nisa? Umi pernah beri jawapan. Tapi saya dah lupa dan tak pasti. Saya fikir, mungkin tugas para lel

Bingkisan rindu

Mukhayyam guru dan staf kali ini diadakan di Lembah Azuwen Hulu Langat. Ada beberapa pesan buat diri saya supaya mukhayyam yang saya ikuti ini ada makna. Suatu peringatan buat diri sendiri untuk meneruskan baki usia yang ada.  Hadis Nabi saw Dari Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Setiap ruas tulang pada manusia wajib atasnya bersedekah setiap hari mulai terbitnya matahari. Seseorang yang mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah dan menolong seseorang untuk menaiki kenderaan tunggangannya lalu mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaan tunggangannya adalah sedekah dan ucapan yang baik adalah sedekah dan setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan membuangkan sesuatu yang boleh menyakiti atau menghalangi orang dari jalan adalah sedekah”.(HR Bukhari No: 2767)  Hadis ini dikongsikan oleh Ustaz Sazali. Katanya, setiap ruas tulang kita yang bergerak untuk buat suatu kebaikan,akan dicatat ganjaran di sisi Allah. Ianya di

Secebis kisah

Betullah. Ujian ini benda yang berulang-ulang saja. Orang lain dah pernah alaminya. Tiba masa kita, dapat juga la merasa. Sebab itu, jangan risau. Usah khuatir. Saya nak menulis sesuatu tentang persahabatan. Namun, rasa seperti tak layak nak tulis. Sahabat tersayang saya, ada tulis satu manuskrip tentang persahabatan. Dia minta saya sambung beberapa bahagian untuk melengkapkan manuskrip tersebut. Dua tahun sudah berlalu tapi saya masih belum sentuh lagi manuskrip itu. Pertama, saya tidak mahir menulis. Tulis ikut suka itu boleh. Namun, nak hasilkan sebuah penulisan yang bagus, belum capai tahap itu lagi. Kedua, pengalaman ketika ada seorang sahabat yang sangat rapat membuat saya bersedih hati selepas kami mengikut takdir masing-masing. Kami masih lagi berhubung. Tapi, banyak perkara membuat kami semakin jauh. Saya sayang sahabat itu. Dia banyak tolong saya. Tahu kebaikan mahu pun keburukan saya. Disebabkan komitmen dan amanah yang sangat banyak, saya tidak dapat lagi menjalani

100% milik Allah

Orang yang kita sayang adalah milik Allah. Anak, harta, rumah dan semua yang ada adalah pemberian sementara daripada Allah. Apabila pinjaman, maka Dia boleh ambil semula bila-bila masa Dia mahu. Jadi, bersyukur selagi nikmat itu masih lagi ada dengan kita. Udara yang kita sedut. Anggota badan. Tangan dan kaki semua milik Allah. Biasanya, kita akan diuji dengan benda yang kita sayang. Sejauh mana sayang kita itu? Adakah semata-mata kerana Allah? Atau sayang sehingga melupakan Allah? Duit yang banyak membuat kita lalai? Semua datang daripada Allah, dan akan kembali padaNya. Apabila kita meletakkan kecintaan kita tidak melebihi daripada cinta Allah, maka senang bagi kita jika Allah tarik semula pinjamanNya. Orang yang kita sayang akan tinggalkan kita. Orang yang kita harapkan, akan kecewakan kita. Jadi, letak Allah di dalam hati. Di hadapan segalanya. Tiada yang lebih kasih sayangnya pada kita selain Allah. Allah tidak pernah kecewakan kita. Dia juga faham segala masalah kita. Sebab itul