Skip to main content

Bintik merah

Bismillah..segala rasa syukur hanyalah milik Allah subhanahu wa taala. Sungguh hinanya diri ini apabila berdiri di hadapanMu. Segala ilmu dunia dan akhirat hanyalah milik Dia. Nikmat Allah itu sangat luas. Jika jari ini dicelup dalam segelas air, dan diangkat itu sahaja ilmu kita. Selebihnya adalah kepunyaan Allah. 

Sejak saya bergelar seorang ibu, semuanya kali pertama bagi saya. Ilmu 'parenting' sangat diperlukan. Apabila anak demam atau sakit, mulalah saya tidak senang hati. Perasaan ihsan seorang ibu itu jika boleh mahu digantikan dirinya yang sakit berbanding anaknya yang sakit. Tidak sampai hati apabila Azzam batuk sehingga dia tidak dapat tidur yang nyenyak. 

Baru-baru ini, tangan dan kaki Azzam mengalami bengkak-bengkak merah. Pada mulanya, saya beranggapan akibat gigitan nyamuk. Kemudian, bengkak merah tadi keluar menjadi bintik-bintik, berisi air dan beberapa hari ianya pecah. Saya ada juga bertanya rakan sekerja berkenaan ini, ada yang mengatakan terkena jangkitan bakteria. Bakteria ini boleh jadi datang daripada tempat tidurnya, pakaian, makanan dan lain-lain. Lalu, saya beli krim untuk baik daripada gigitan serangga  di farmasi. Namanya 'Hydrocortisone cream'. Azzam masih lagi ke taska seperti biasa kerana dia sihat dan tidak demam. Lagi pun, saya masih lagi ada kelas selama dua minggu sebelum bercuti. 

 Pada hari esoknya, cikgu taska Azzam mesej saya, saya harus ambil Azzam segera kerana beliau percaya bintik merah Azzam itu ialah 'chicken pox'. Beliau risau sekiranya dijangkiti oleh kanak-kanak lain. Jadi, Azzam di bawa ke sekolah  saya kerana pada hari tersebut saya ada pembentangan untuk subjek pembangunan murabbi. Beberapa rakan saya gilir-gilir jaga Azzam sementara saya berada di kelas. Kelas petang saya terpaksa ponteng untuk jaga Azzam di rumah. Sebelum itu, saya sudah ke klinik untuk sahkan Azzam dijangkiti 'chicken pox'. Doktor juga mengatakan sedemikian.

Cabaran seterusnya ialah Azzam tidak boleh di hantar ke taska. Siapa nak jaga Azzam? Saya hubungi beberapa orang pengasuh. Mereka tidak dapat jaga Azzam, sebab mereka juga mengasuh anak-anak lain. Saya juga hubungi pengurus taska Azzam untuk memberi keizinan Azzam ke taska tetapi diletakkan di bilik yang berlainan. Beliau memberi cadangan supaya Azzam dijaga oleh salah seorang cikgunya tetapi di rumahnya sendiri. Saya pula agak keberatan. Akhirnya, adik ipar saya datang untuk jaga Azzam.. Adik ipar saya ini masih lagi dalam proses menyiapkan tesis di peringkat sarjana. Alhamdullilah, cabaran selesai. Beliau jaga Azzam di rumah saya selama lima hari. Kemudian, saya pun bercuti dan kami pulang ke kampung. Dalam tempoh tersebut, Azzam pernah demam dalam dua hari. Dia dibawa ke klinik yang sama untuk periksa 'chicken pox' pada kaki dan tangan Azzam. Pada bahagian badan yang lain tidak ada bintik merah. Doktor bagi krim Acyclovir untuk disapu pada bintik merah tersebut. Keadaan ini berlarutan selama dua minggu. Bintik itu masih keluar sebutir atau dua setiap hari. Hmmm...lama pula ya? Biasanya, menurut pembacaan saya, 'chicken pox' akan tumbuh di seluruh badan dan hanya ambil masa dua minggu sahaja untuk sembuh apabila kanak-kanak tersebut dikuarantin dan dijaga dengan baik. Kejadian 'pelik tapi benar' ini kerap datang dalam hidup saya. Huhu. 

Azzam kelihatan ceria dan sihat apabila pulang ke kampung. Kali ini, ramai sepupu-sepupunya yang lain turut ada di kampung. Meriah betul rumah mak saya kali ini. Sungguh, percutian di rumah mak setanding dengan percutian di hotel lima bintang. Siap dengan kolam mandi lagi depan rumah. Makanan dihidang oleh kakak saya, chef terkenal sejak turun temurun. Rasa meggi belut yang dimasak olehnya tempoh hari dapat saya ingat lagi kelazatannya. Terbaik. Pipi Azzam juga makin kembung. Seleranya bertambah-tambah. Azzam masih lagi makan bubur nasi bersama sayuran.

Bintik merah pada kaki dan tangan Azzam masih belum baik. Bintik yang lama sudah berparut. Namun, keluar pula bintik yang baru. Saya membuat keputusan untuk bawa Azzam ke klinik sekali lagi sebelum bertolak ke Bangi esoknya. Doktor pertama yang periksa Azzam. masih dengan pernyataan habawa Azzam dijangkiti 'chicken pox' dan perlu dikuantinkan. Saya akur. Dalam kepala, siapa pula nak jaga Azzam? Dalam beberapa kilometer kami pulang dari klinik, kami dihubungi oleh staf klinik tadi. Kami diminta patah balik semula untuk memeriksa Azzam oleh doktor yang lain pula. Kali ini, doktor yang bertauliah barangkali. Tadi, mungkin doktor muda yang kurang pengalaman periksa Azzam. 

Doktor mengajukan saya beberapa soalan. Keadaan Azzam sudah berlarutan lebih kurang sebulan. Dipendekkan kisah, Azzam bukan dijangkiti 'chicken pox' tetapi jangkitan bakteria. Fuh..lega. Azzam boleh ke taska macam biasa. Surat pengesahan juga ditulis oleh doktor. Kebersihan wajib diutamakan untuk pastikan Azzam cepat sembuh. Antaranya, kebersihan botol susu, tilam, mainan, makanan dan pakaian Azzam. Baiklah. Krim Acyclovir tadi ditukar dengan pelbagai ubat yang lain untuk disapu selepas mandi. krim dan lain-lain. 

Itulah kisahnya. Allah memberi kami pengalaman ini sebagai satu ilmu untuk dipelajari. Daripada bintik daripada gigitan nyamuk, 'chicken pox' dan jangkitan bakteria. Apabila berhadapan dengan situasi ini, kami sudah ada solusinya. InshaAllah, pertolongan Allah datang tepat pada masanya. Jom berkemas untuk balik Bangi. Bersedia untuk cabaran yang lain pula. Semangat!!!


Senyuman ikhlas daripada Azzam.

Bintik merah ini masih ada walaupun sudah lebih kurang sebulan.

Azzam berselera sangat masa kat kampung. Pipinya masyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Pahala freedom

Banyak kali dah saya mencari sesuatu nak buat supaya dapat pahala berterusan walaupun saya dah mati nanti. Dalam kelas pun, saya terangkan kepada murid tentang ini sebab ada tajuk yang berkaitan. Ada topik tentang mengingati mati dan juga tentang amal jariah dalam menuntut ilmu.  Kita tak selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa akan pergi dan tak mampu lagi nak buat ibadah seperti waktu hidup. Terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah atau infaq. Semua orang nak financial freedom, tapi kadang-kadang tidak terfikir untuk dapat pahala freedom ini.  Apa yang saya dah ada sekarang dan akan cuba lagi buat yang terbaik: 1-Ada anak soleh solehah, usaha dan doa supaya di didik menjadi anak yang boleh mendoakan ibu bapa buat selamanya.  2- Jadi guru, ajar ilmu yang baik. Buat yang terbaik dan jangan sambil lewa.  3. Guru Al-Quran, ajar betul-betul anak murid supaya boleh baca Quran dengan baik. Ajar anak sendiri juga.  ...

Bila bangun pagi

Bagaimana tidur anda semalam? Lena atau tidak. Apa pun,ucapkanlah syukur kerana diberi peluang lagi untuk terus hidup pada hari ini.  Bacalah doa bangun tidur yang anak-anak kita sudah hafal sejak tadika lagi. "Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepadaNyalah kami dibangkitkan." Anak-anak kat sekolah biasanya baca doa sebelum saja,doa sebelum makan, sebelum tidur, sebelum masuk tandas. Doa yang selepas perbuatan biasanya mereka lupa sebab tidak dibaca. Begitulah, hafal tapi tak diamalkan. Lama-lama lupa.  Jadi,amalan mudah yang kita boleh buat,kita buatlah setiap hari. Rugilah jika tak diamalkan.  Semangat! Semangat! 

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.