Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

Muhasabah

Apabila lihat kembali ke belakang, banyak perkara yang berlaku adalah ketetapan terbaik buat diri saya. (mungkin juga buat kita semua). Saya sedar, Allah sebaik-baik Perancang. Ketika saya sudah putus asa, tidak mahu lagi berusaha dan merancang ,tetapi Allah tak pernah berhenti merancang untuk saya. Tugas saya ialah, menerima dengan hati terbuka bahawa semuanya ada hikmah. Ada kebaikan di sebalik kejadian. Susah hidup sekarang,susah lagi hidup mak ayah saya dulu. Memang cabarannya tidak sama. Namun, ingatlah wahai Anis, Allah uji sesuai dengan kemampuan kita. Susah hidup saya sekarang,ramai lagi orang susah di luar sana. Tak ada makanan,rumah tak ada air dan elektrik. Tandas pun tak ada. Kata Ustaz Ebit, "apa saya nak jawab depan Allah nanti?". Saya wajibnya bersyukur. Menangisi benda yang belum ada, sedangkan banyak lagi nikmat lain Allah bagi. Orang kata, kita kena syukur nikmat yang kecik-kecik dulu sebelum yang lebih besar. Contoh, bekalan oksigen yang kita dapat. Ki

Zaman 20-an telah berlalu

Hari ini,terimbau pula kenangan masa zaman muda dulu. Kononnya sekarang dah tua. Sikit la. Bila dah masuk 30-an ni, pelbagai cabaran pula perlu dihadapi. Semuanya kerana Allah ingin naikkan darjat kita di sisiNya. Gambar ini diambil di Teluk Cempedak pada tahun 2016 Seronok dan syukur dapat mengenali mereka yang ada dalam gambar di atas. Salah seorang daripada mereka berdua ini telah selamat mendirikan rumah tangga beberapa bulan lepas. Malang sekali saya tak dapat hadiri majlisnya kerana kesihatan Azzam tidak mengizinkan. Hanya mampu mendoakan dari jauh. Rasanya, waktu ini adalah kali terakhir saya keluar bersama mereka. Kemudian, saya berhijrah ke tempat lain. Dia adalah sahabat yang saya kenal sejak dari universiti lagi. Berjodoh paling lama dengannya. Dapat bekerja bersama beberapa tahun. Sahabat saya seorang lagi ini amat saya kagumi dalam diam. Saya bersamanya ditugaskan menjalankan aktiviti krs di sekolah. Dia sangat mahir mengajar murid dengan pelbagai kemahiran krs