Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

Terkenal di langit

Assalamualaikum. Bismillah. Semoga kita semua dapat mengucapkan syukur pada Allah yang mengurniakan pelbagai nikmat. Jika air laut dijadikan dakwat untuk menulis segala pemberian Allah , masih lagi tidak cukup untuk menulisnya. Begitu banyak sekali nikmat Allah.  Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Luqman ayat 27) Kali ini, saya ingin berkongsi sedikit cerita yang sudah biasa kita dengar. Mungkin catatan kali ini adalah untuk mengulang dan mahu ingatkan kembali pada kisah Uwais al-Qarani. Siapa Uwais al Qarani yang tidak dikenali di bumi, tetapi sangat terkenal di langit? Mari kita tanya soalan ini pada diri masing-masing. Apa yang kita mahu buat dalam hidup ini? Ada orang nak baca Al-Quran banyak-banyak. Ada orang mahu solat sehingga ada tanda leb

Kekuatan hati wanita

Bismillah. Semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik. Kali ini, saya ingin membuat satu catatan tentang perkongsian daripada Ustazah Asma Harun bersama dengan artis terkenal, Siti Noordiana atau lebih dikenali sebagai Nana.  gambar hiasan :) Tajuk dipilih ialah Kekuatan Hati Wanita. Antara isi penting yang dapat saya kutip ialah: 1. Kita wajib bergantung harap hanya pada Allah . Hati dalam bahasa Arab adalah qalbun. Penyakit yang banyak menyerang kalangan lelaki adalah penyakit jantung. Hati adalah raja dalam diri kita. Baik hati,maka baiklah seluruhnya. Rasa sedih,gembira,marah dan segala perasaan lain datang dari hati. Iktibar daripada kisah bekas suami Nana yang meninggal akibat serangan jantung.  2. Jika ada masalah dalam hidup, jalan penyelesaiannya ialah kembali pada agama . Dalam kes rumah tangga sekali pun,jika ada masalah,bukannya perlu berhias cantik dan masak sedap-sedap untuk kembalikan cinta. Itu hanya sampingan. Siapa yang bagi rasa kasih dan cinta

Tips menggembirakan ibu bapa

Bismillah. Kali ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang tips menggembirakan ibu bapa. Ianya akan lebih berfokus kepada mereka yang mempunyai ibu bapa yang sudah menjangkau umur 60 ke atas.  Ibu saya sudah berumur 67 tahun. Ayah pula berumur 75 tahun. Kata ayah, itu adalah umurnya dalam kad pengenalan. Umur sebenar mungkin lebih daripada itu. Ayah sendiri tidak ingat tarikh lahirnya. Katanya lagi, dia lahir sebelum Jepun ada di Tanah Melayu lagi. Wallahua'lam.  Ibu bapa yang semakin menua dalam jagaan kita,kita wajib pelihara mereka dengan sebaiknya. Mereka ini telah melalui pelbagai ujian dalam hidup. Usia muda mereka dihabiskan dengan mencari rezeki dan mengerah keringat. Masa inilah mereka ingin berehat dan menghabiskan sisa usia dengan beribadah kepada Allah.  Bercakap dengan bahasa yang sangat sopan Ibu bapa yang makin berusia mempunyai hati yang sangat sensitif. Mereka mudah terluka dan kembali berkelakuan seperti keanak-anakan. Kadang-kadang, mereka muda

Sikap kita yang suka bertangguh

Assalamualaikum. Semoga berada dalam keadaan yang baik dan syukur pada Allah swt. Banyak sungguh nikmat Allah yang telah dikurniakan untuk kita. Allah langsung tidak menangguhkan urusannya untuk  mengurniakan kita dengan bekalan oksigen yang disedut setiap hari. Jika Allah berbuat demikian, pasti kita semua tidak dapat bernafas lagi di muka bumi ini. Kalau kita tak dapat bersyukur, berusahalah mencari nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Sekiranya perlu, tulislah dalam satu buku tentang 'sebab untukku bersyukur'. Buatlah senarai supaya kita menjadi hamba yang bersyukur. Jika kita ada anak yang tidak mendengar kata, syukurlah kerana kita masih ada anak. Jika ada pasangan yang membosankan atau tidak bersefahaman, syukurlah kerana kita masih punya pasangan. Namun, perlu diingat jangan biarkan masalah itu berlarutan kerana akan mengganggu emosi dalam rumah tangga. Perbaiki diri kerana setiap amanah akan ditanya oleh Allah kelak. Dalam hidup, kita perlu kreatif dan berse

Rutin dalam hidup

Assalamualaikum. Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Sebelum ini, saya pernah menulis tentang risaunya diri ini sekiranya tidak dapat memanfaatkan masa yang telah diberi ini. Hari ini adalah sama dengan semalam dan begitulah seterusnya. Akhirnya. sampainya waktu ketika nafas berada di kerongkong, kita masih begitu. Tidak buat perubahan dan penambah baikan dalam hidup. Lemahnya rasa. Itulah hakikat seorang hamba. Sudah masuk lebih kurang sebulan saya bercuti di kampung dan tak boleh keluar ke mana-mana. Antara rutin yang dapat saya kongsikan ialah: 1. Bangun awal pagi sebelum Subuh . Minum air suam segelas. Mandi siap-siap. Bersihkan diri. Tunaikan solat sunat tahajud, taubat, hajat dan lakukanlah solat sunat witir sebagai penutup. Sekiranya masih ada masa sebelum masuk waktu Subuh, bacalah Al-Quran. Menurut Ustaz Dusuki, amalan ketika dua pertiga malam ini dapat menaikkan darjat kita di sisi Allah. Solat dan baca Quran pada waktu ini adalah tidak sama dengan waktu lain.