Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

Curhat

     Bismillah. Syukur kepada Allah atas segala nikmatNya yang tidak terkira. Alhamdulillah. Maafkan hambaMu ini kerana kufur atas segala pemberianMu. Sudah terlalu lama membiarkan diri berasa kecewa untuk menerima apa yang telah dirancang olehMu.       Manusia yang tidak bersedia macam saya, akan terus rebah apabila mendapat sesuatu yang tidak terduga. Malah tidak ada dalam perancangan. Suatu nikmat namun dipandang juga oleh saya sebagai suatu ujian. Sungguh, saya tidak bersedia dengan perancangan Allah dengan secara tiba-tiba ini. Namun, Allah memang akan menguji ketika saya berasa sangat termotivasi dan senang dengan apa yang ada. Allah..lemah rasanya untuk mencari kekuatan semula. Rasa takut, sedih dan segala macam perasaan hadir.      Pelbagai perancangan dibuat untuk 2020 ini untuk stabilkan kerjaya dan ekonomi. Tetapi, Allah jua sebaik-baik perancang apabila perkara lain yang menjengah dahulu. Allah sememangnya tidak pernah meninggalkan hambaNya. Allah menghadirkan ujian untuk s