Skip to main content

Senyuman yang mahal

Assalamualaikum semua! Bagi salam pada semua tapi rasanya saya syok sendiri je kat sini. Hajat di hati nak buat blog ni sebagai buah tangan kepada orang-orang yang pernah hadir dalam hidup saya. Semua 'post' di sini berkisar tentang pengalaman saya yang diselitkan dengan serba sedikit pengajaran dan hikmah. Saya banyak belajar daripada mereka. Tidak kisahlah mereka yang sebaya, budak-budak atau orang lama. Tiada pertemuan yang sia-sia. Allah menemukan kita dengan seseorang itu pasti ada sebabnya. Dalam kisah saya ada cerita mereka. Saya bercita-cita untuk lulus dalam  universiti yang dinamakan universiti kehidupan. Ada seorang rakan sekerja saya, berpangkat mak cik pada saya. Semua orang panggil beliau dengan panggilan Ummi. Katanya, beliau belajar sampai STPM saja. Tidak ada ilmu banyak mana pun. Tapi dia punya pengalaman, masyaAllah. Macam-macam ilmu beliau ada. Ilmu mengajar itu satu. Boleh berbahasa Inggeris dengan fasih. Cara nak masak rendang pun ada. Seronok berborak dengannya. Macam-macam benda saya boleh tahu. 

Sahabat-sahabatku yang disayangi, sekolah saya baru sahaja mengadakan hari takrim atau hari anugerah kecemerlangan murid. Tahun ini, banyak kelainan daripada tahun sebelumnya. Tahun-tahun sudah, hari takrim menggabungkan semua darjah dalam satu hari sahaja. Tahun ini pula, diadakan secara berkala. Kurang la penat cikgu-cikgu. Selain itu, semua murid pada tahun ini dapat anugerah. Cara ini dapat menaikkan semangat murid-murid yang kurang berpotensi dalam pelajaran atau aktiviti luar. 

Kali ini, saya ditugaskan berada dalam Unit Hadiah. Tahun lepas pun Unit Hadiah juga hehe. Pada hari kejadian, saya ditugaskan untuk memegang dulang hadiah di atas pentas. Saya suka kerja yang mudah dan ada pergerakan ini. Tidaklah rasa bosan. Sepanjang saya pegang dulang itu, wajah saya agak kaku sebab saya tidak tahu untuk senyum di hadapan ramai orang. Hasilnya, dalam setiap gambar pelajar yang naik pentas menerima hadiah, gambar saya semuanya masam mencuka. Haha. Tidak senyum langsung. Serius. Sedangkan,di belakang pentas suara saya yang paling gelak besar.


Hari yang berbeza, wajah yang sama.

Senyuman yang manis datang daripada hati yang ikhlas. Biasa kita dengar, senyum itu sedekah. Senangnya nak dapat pahala kan?  Senyumlah pada semua orang sama ada kita kenal orang tersebut atau tidak. Jangan pula kita senyum walaupun ketika berseorangan. Nanti orang kata kita tidak waras. Haha. Senyumlah selalu. Jika hati sedang sedih, juga senyum. Jika sedang bahagia, apatah lagi. Senyum juga mesti bertempat. 

Tiada istilah senyuman mahal. Memang ada jenis orang yang tidak suka senyum. Wajahnya sentiasa serius. Kita yang tengok pun, rasa tak nak tegur. Kita fikir, mungkin dia sedang ada masalah. Peranan kita ialah sebarkan senyuman. Murahkan senyuman anda. Sekiranya senyuman kita yang manis sampai ke telinga itu tidak terbalas, bersangka baik sajalah. Esok-esok, kalau terserempak lagi, kita sedekahkan senyuman. 

Sahabatku yang manis, tidak dinafikan sukarnya kita nak hulurkan senyuman di saat kita penat, tengah sibuk dan fikir macam-macam benda. Meskipun begitu, tidak salah jika kita murahkan senyuman walau apa jua keadaan sekali pun. Aura kita yang ceria itu akan terpancar memberi sinaran kepada orang di sekeliling kita. Orang tengok kita pun senang hati. Ayuh, senyum!

Team hadiah yang 'awesome', diketuai oleh Kak Zirawatul Ain. 

Comments

Popular posts from this blog

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.

Penutup 2024

Sedikit coretan untuk diri sendiri terutamanya. Sebagai muhasabah diri untuk terus bertahan di jalan hidup masing-masing.  Pertama, kita perlu yakin dan berani apa saja yang kita buat pasti akan dapat balasannya suatu hari nanti. . Kebaikan mahupun kejahatan semua diambil kira dan dicatat. Jadi, jangan pernah berkira dengan membuat kebaikan . Buatlah baik semampu kita. Buat jahat jangan sekali.  Next, apa sahaja halangan, ujian ataupun kita nak best sikit kita sebut cabaran hidup yang kita hadapi, bergantung kuatlah hanya pada Allah . Jangan pernah berharap pada makhluk. Apabila namanya makhluk ciptaan, mereka sendiri juga perlukan sesuatu untuk berpaut. Kita ni asalnya lemah dan selamanya lemah. Jangan bermimpi nak jadi kuat. Betul, Allah akan hadirkan manusia-manusia lain di sekeliling kita tetapi bukannya pergantungan 100% kepada mereka. Berdoa dan berharap hanya pada Allah. Kita hanya perlukan sedikit nasihat dan sokongan daripada ahli keluarga dan sahabat. Selebihnya, h...

Bertumbuh

Bertumbuh ialah salah sebuah buku yang saya baca. Ianya dipinjam daripada seorang sahabat. Buku ini sejenis buku motivasi santai ditulis oleh penulis dari Indonesia. Saya pun tak catat pula nama beliau. Saya baca dalam penghujung tahun lepas.  Saya ingin berkongsi serba sikit berkenaan kandungan atau ilmu yang ada dalam buku tersebut. Kata penulis, kita tak perlu berubah menjadi orang yang lain. Sebab, lama-kelamaan kita akan jadi seperti kita yang dulu juga. Iaitu yang hina, malas, sombong, syok sendiri, angkuh dan lain lain.  Perkara yang kita perlu buat ialah bertumbuh. Dalam konteks, menjadikan masalah dan pengalaman dalam hidup kita untuk fokus pada matlamat, jiwa jadi besar, tidak mudah mengalah, matang, berani, dan banyak lagi nilai positif yang lain. Bertumbuh itu besar, besar amal, besar ikhtiar, besar tawakal dan syukur pada Allah. Kita tidak pernah terlambat untuk melakukan semua itu . Ciri-ciri bertumbuh yang ditulis dalam buku ini ada lima. Satu...