Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2022

#makananmenyatukankita

'Makanan menyatukan kita' dijadikan satu tagline oleh rakan guru kami di sekolah. Biasalah, kat tempat kerja semua akan sibuk dengan urusan  masing-masing. Waktu rehat pun tak sama. Ikut kelas.  Apabila ada makan-makan, atau kami bawa potluck, semua akan berkumpul juga sebab nak makan. Sudah tentu.  Rasulullah saw juga sangat menyarankan kita memberi makan kepada orang lain. Banyak kelebihannya. Rezeki akan bertambah itu sudah semestinya. Alhamdullilah, diberi rezeki bekerja dalam suasana yang baik dan orang-orang yang baik.  Tagline ini  juga mengingatkan diri saya untuk selalu bersedekah, memberi makan kepada orang lain walaupun sebuku roti atau air mineral. Semoga istiqamah.  Gambar hiasan. Masuk pertandingan memasak sempena Minggu Bahasa Melayu bersama Aisyah dan Afifah. Kenangan sungguh sebab saya tak pandai masak. Masakan pula berasaskan sagu. Hebat semua. 

Saya paling tak suka kelas akhlak

 Minggu lepas, apabila saya  melangkah masuk ke dalam kelas 2 Fatimah, ada suara sumbang menjengah telinga ini. Sakit hati pula dengar. Seorang murid lelaki ni berkata," masa apa sekarang ya? Oh ya, kelas akhlak. Saya paling tak suka kelas akhlak".  Dengar saja ayat tu, terus ego saya sebagai guru tercabar. Saya terus balas balik,'' patut lah awak ni tak de akhlak dalam kelas, keja tak siap, bermain-main masa guru mengajar. Awak kata sayang Nabi saw, tapi awak sendiri tak hormat majlis ilmu. Apatah lagi nak hormat guru.'' Murid itu balas semula kata-kata saya dengan perkataan yang tidak enak didengari. Saya buat-buat tak dengar dan teruskan pengajaran.  Apa yang keluar daripada mulut saya, saya cuba kawal. Saya juga ingatkan semua murid supaya niat datang sekolah untuk belajar semata-mata kerana Allah. Di sebalik peristiwa ini, mungkin juga Allah nak menegur saya supaya menjadi pendidik yang lebih baik. Bersemangat dan tak mudah putus asa mendidik murid sepert

Bila dah tiba masanya

     Anak saya, Asma' baru saja boleh berjalan beberapa langkah tapi laju jugak. Puteri kesayangan ni dah pun berusia setahun 8 bulan. Biasa lah, mak mak akan risau bila perkembangan anak agak lambat. Minggu lepas, baru kena jumpa Pemulihan Cara Kerja kat klinik Bangi. Namun sebenarnya saya yakin dia akan boleh berjalan, cuma belum tiba masanya. Membesarkan anak yang ini memang banyak teruji. Sejak baby lagi, dia susah nak menyusu. disembur-semburnya keluar susu. Susah tidur. Sakit semua badan saya sampai sekarang.  Tapi, kehadiran Asma' dalam hidup ummi banyak hikmahnya. Terima kasih Allah. Alhamdulillah.  Anak-anak adalah ujian buat semua ibu bapa di dunia ini. Pudarnya hidup ini tanpa mereka. 

Sudah sekian lama

 Bismillah. Lama sungguh dah tak menaip dan menulis di sini. Terlalu banyak benda telah berlalu seiring dengan masa yang berlari sangat pantas. Apabila menoleh semula ke belakang, banyak juga saya berjaya laluinya dengan baik walaupun banyak cabaran. Fasa hidup pun silih berganti, Ujian juga silih berganti. Datang dan pergi. Kadang bila tak menulis, saya hanya membaca dan mendengar. Belek buku-buku lama. Nak beli, tengok bajet bulanan juga.     Apabila diri sendiri tak ada motivasi, letih dengan aktiviti rutin pun menyebabkan malas nak buat semua benda. Normal dah tu. Banyak juga perkara yang Allah tunjuk sendiri depan mata, untuk mengajar diri ini lebih bersyukur. Rasa malu sangat dengan Allah. Sedangkan orang lain diuji dengan ujian yang lebih hebat lagi, tapi rileks je. Tabiat manusia jugak, sikit pun mesti ada, iaitu suka bandingkan hidup sendiri dengan orang lain. Pada hal kita sama je. Struggle dengan apa yang diperjuangkan dalam hidup. Ujian yang Allah bagi berbeza sesuai dengan