Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

Taaruf dengan Pemberi Ujian

Bilakah musibah wabak corona virus ini akan berakhir? Ujian buat semua manusia buat masa sekarang. Ujian untuk diri sendiri pula ialah tidak dapat memanfaatkan sebaiknya masa yang dikurniakan oleh Allah ini. Setiap hari buat perkara yang sama sahaja. Maintain. Susah nak capai hari ini adalah lebih baik daripada semalam. Dari bangkit tidur sehingga lelap semula, perkara yang sama berulang. Kalau ikutkan, sama juga rutin ketika bekerja. Ulang benda yang sama juga. Lainnya kali ini, rutin pada hari cuti. Tanpa ada tugas. Tidak boleh keluar rumah. Pasti ada hikmah besar buat mereka yang sentiasa muhasabah. Ujian adalah sesi taaruf dengan Pencipta kita. Semakin diuji, semakin kenal Allah. Semakin dekat denganNya.  Semoga Allah letakkan kita semua dalam kebaikan. I miss you my best friend. Aktiviti Azzam di kampung. Hoho..

Masih mengharap

Cuti sekolah biasanya suatu yang ditunggu-tunggu oleh seorang yang bekerja sebagai guru. Kali ini, cuti sekolah dikejutkan dengan perintah kawalan pergerakan disebabkan covid 19. Malah, dilanjutkan lagi sehingga 14 hari. Nak dekat sebulan juga cuti pada kali ini melebihi cuti hujung tahun. Bezanya, kita semua perlu berada di rumah dan tidak boleh nak keluar berjalan-jalan. Bukan nak habiskan masa, tapi manfaatkan masa. Sukar juga, banyak perkara perlu di ambil kira. Mujahadah mesti kuat. Lawan nafsu itu bukan mudah.  Bagi saya, cuti sekolah adalah waktu untuk saya bertemu dengan orang yang tersayang. Mak ayah saya, kakak saya yang menjaga mereka di kampung. Syukur dengan segala ketentuan Allah. Saya juga akan bertemu dengan sahabat saya yang sudah sekian lama menahan kerinduan. Malangnya, kali ini kami tidak dapat bertentang mata disebabkan kawalan pergerakan tersebut. Sedih sekali. Namun, saya bersyukur dia masih ingat saya. Sekurangnya, dia masih berhubung dengan saya. Walau pun

Rindu bertandang lagi

Allah yang telah menemukan kami, dan Dia juga telah pisahkan kami. Saya mengenali sahabat saya ini, dalam masa lebih kurang setahun sahaja. Atau lebih tepat, hanya 10 bulan. Namun, saya rasa cukup kenal dengannya. Walau pun pada hakikatnya, kita tidak mungkin kenal seseorang melebihi dirinya dan Pencipta kita. Terasa tidak puas bersamanya. Banyak lagi perkara kami belum berkongsi. Saya masih ada rasa malu di hadapannya. Sebab itu, banyak perkara saya rahsiakan daripadanya. Katanya, saya ini sejenis yang suka berahsia dan tidak suka berkongsi. Saya segan. Terasa nak jadi terbaik sahaja di hadapannya. Ingin menggembirakannya. Banyak kali juga, kami bergaduh atas hal-hal yang kecil. Saya yakin,satu sahaja sebabnya. Kami sensitif. Hati tisu. Kami tidak rela dengan takdir untuk saling berjauhan. Masing-masing menjadi jauh hati. Kemudian, mudah terasa dengan hal-hal remeh. Maafkan diriku ini. Kita sama-sama 'struggle' dengan kehidupan kita sekarang. Semoga dirimu beroleh kejayaaan w

Mendoakan dari jauh

Semua orang dalam dirinya, lebih tepat dalam hatinya ada suis baik atau jahat. Fitrahnya, manusia itu inginkan kebaikan. Manusia yang kita jumpa di lorong-lorong pun inginkan kebaikan. Namun, ada sesetengah keadaan yang mereka hadapi, dan terpaksa terjerumus dalam kancah yang tidak baik itu. Siapa yang perlu bertanggungjawab? Tentunya, mereka sendiri. Kemudian, orang orang di sekelilingnya, ahli keluarga dan kita tidak terkecuali jika membiarkan mereka hanyut dengan dunia jahat itu. Nauzu billah.  Di saat ini, buat sahabatku yang tersayang. Daku hanya mampu memerhati dan mendoakan dari jauh. Semoga dirimu baik-baik sahaja. Sungguh, aku rindukan kebersamaan kita yang dahulu. Jika berubahnya sikap dan tutur kataku kepadamu, memori kita yang dahulu tetap ada di hatiku. Sentiasa merindukanmu.  Buat Azzam, anak solehku. Tolong makan apa sahaja ummi masak. Makan nasi, makan biskut, roti, buah dan sayur. Jangan memilih makanan. Ya Allah, bagilah Azzam selera nak makan. Amin.  Sem

Reward untuk diri

Segala puji bagi Allah. Banyak nikmat dan kurniaNya yang lain walaupun gelombang virus covid 19 telah melanda seluruh dunia. Dalam sebuah buku yang saya baca, gaji dan rezeki itu amat beza. Wang kita dapat setiap bulan itu ialah gaji. Jika tidak ada rezeki, gaji itu akan habis digunakan untuk tayar kereta yang pecah, bayar kos ubat dan banyak lagi. Gaji 10 ribu dengan 1 ribu sama sahaja. Beza dengan angka, tetapi jika hilang berkat sekali nafas sahaja ia lesap. Ada sahabat saya pernah beritahu saya, katanya, untunglah saya yang bekerja makan gaji berbanding dirinya yang bekerja sendiri. Tiap bulan, saya pasti dapat gaji. Tetapi kalau dia tak bekerja, tak ada pendapatan untuk dia. Tak saya nafikan,bekerja sendiri itu lebih banyak cabarannya. Namun, pilihan di tangan sendiri. Sekiranya mahu bekerja sendiri atau berbisnes, silakan. Saya sanggup bantu selagi mampu. Walau pun hakikatnya, gaji sendiri pun tak seberapa.  Nak dapat sesuatu, bukannya mudah. Tidak ada benda senang di dunia

Sukarnya memaafkan

Aku tak akan mengulangi kesalahan yang sama. Memberi harapan pada makhluk yang bernama manusia  tidak akan memberi kebahagiaan. Jika bahagia, ianya hanya sekejap. Tak akan bertahan lama. Adakalanya, aku perlu pentingkan diri sendiri. Aku tidak mahu melukai dan terluka. Hidup hanya sekadar atas nama ikatan. Tidak seperti persahabatan, setia tidak mengenal apa pun tujuan. Jika perkahwinan, ianya tidak mudah. Aku boleh bertahan tapi tidak redha. Aku boleh sabar mengikut rentak tapi tak tahu sampai bila. Jadi, aku akan teruskan dengan suasana ini. Sampai bila? Sehingga ajal menjemput. Bersediakah berhadapan dengan Allah? 

Covid 19 bukan sekadar penyakit

Semua orang tahu, sekarang ini dunia diuji dengan penyakit daripada coronavirus atau lebih popular dengan nama covid 19. Banyak tips yang dikongsi daripada semua pihak terutamanya media sosial. Bagaimana mahu menghadapi ujian covid 19 ini? Jaga kebersihan dan jaga wuduk. Sentiasa berzikir dengan zikir yang diajar oleh Nabi saw. Usah panik. Namun, agak sedih juga kerana ujian ini telah menyebabkan banyak nikmat Allah ditarik. Tiada lagi nikmat bersalaman,solat berjemaaah dan tawaf di Kota Mekah. Semoga ada hikmah di sebalik ujian ini. 

Amanah akan ditanya

Sekarang ni,isu virus covid 19 semakin menular. Banyak juga kes yang membawa kematian. Sehingga Mac,mencatat 4 ribu lebih kematian. Impian nak Mekah juga jadi terbantut. Harapan masih ada. Moga kiriman ujian dalam bentuk ini adalah suatu teguran kasih sayang Allah. Bukannya murka Allah. Tapi ianya berikutan banyak isu yang mencemarkan kesucian tanah suci. Allah menarik nikmat tawaf di kaabah. Ampunkan kami Tuhan. Semua guru di sekolah pula sedang berusaha menyiapkan kpi masing-masing bagi melengkapkan sasaran kerja tahunan (SKT). Hebat sungguh sekolah kami ni. Tarikh hantarnya pula adalah dalam cuti sekolah ini. Kelam kabut jugalah semua nak siapkan sebelum bercuti. Jika nak difikirkan, kenapa perlu buat semua ini? Nak buat pelarasan gaji ke? Untuk dapatkan bonus tahunan? Mungkin, ada hikmahnya. Allah jua sebaik penilai. Orang atasan hanya menilai luaran sahaja. Mereka tidak tahu kerja di belakang tabir yang sudah kita buat tanpa dimasukkan dalam sasaran kerja tahunan tersebut. Pa

Diam sahaja

Azzam yang semakin membesar. Ada banyak perkara, apabila saya tidak tahu untuk memberi maklum balas,saya diam sahaja. Saya tidak punya jawapan. Pernah sekali, dalam kelas saya ditanya soalan oleh pensyarah, saya diam sebab tak tahu jawapan. Kata pensyarah tersebut,jika tidak tahu beritahu saja tidak tahu. Tambahan pula waktu itu saya mengantuk dan sudah tidak fokus. Sungguh, dalam hidup ini kita tidak punya semua jawapan kepada semua persoalan. Kadang, perlu ikut sahaja dan tak perlu fikirkan sehingga beri tekanan. Ikut sahaja pergerakan takdir yang ditetapkan. Namun,terus mengejar impian kita tanpa fokus pada masalah 100%. Don't just follow your dream, but chase them.  Perlu persiapkan Azzam menjadi penolong agama Allah suatu masa nanti. Semoga Allah redha.

Feloles

Hari yang sangat memenatkan. Terasa pendek sahaja. Cepat masa berlalu. Dan masih banyak lagi kerja yang masih belum dapat disiapkan. Kertas kerja, surat,rancangan mengajar pun tak terbuat. Sungguh,tidak ada daya upayaku melainkan Allah.  Terlalu banyak tugasan sampingan yang perlu dibuat. Jawatan dalam organisasi sekolah dan "non-stop activities" di sekolah menyebabkan tugasan hakiki sedikit terabai. Iaitu mengajar dan mendidik. Masuk kelas tanpa persediaan rapi. Terlambat beberapa minit. Tidak menyediakan aktiviti yang kreatif dan menarik untuk murid. Masalah murid yang aktif, lambat belajar, tak mahu beri kerjasama dan buat bising dalam kelas masih juga tak dapat diatasi. Apabila masuk kelas, fikiran guru pula berada di luar kelas. Memikirkan berapa banyak lagi kerja lain yang belum siap. Perkara yang saya ceritakan ini ialah semua kelemahan saya dan mungkin ada guru lain yang mengalaminya. Semoga Allah memberkati dan mengampunkan kekhilafan seorang guru yang tidak dap

Nak usaha apa lagi?

Ada orang berusaha sibukkan diri untuk lupakan sesuatu kesedihan atau kekecewaan,namun di dalam dasar hatinya dia masih lagi simpan memori itu. Sayang pula nak lepaskan. Pelik juga. Sebenarnya, manusia seharusnya begitu. Lebih-lebih lagi wanita,yang sentiasa bertindak berdasarkan emosi dan perasaan. Saya pun tak terlepas daripada itu. Apabila saya sibuk dengan tugas, saya boleh melupakan sebentar perkara yang mengganggu fikiran saya. Walaupun,sebenarnya dalam hati masih lagi mengenangkan. Saya kira,masa itu lebih baik digunakan untuk benda baik. Betullah,ada yang mengatakan buatlah kebaikan sehingga kita penat untuk buat perkara buruk . Apabila ada masa luang,seringkali hati dilayan dengan perasaan sedih dan bermacam fikiran negatif.  Jadi,cara untuk memastikan masa itu  digunakan dengan baik ialah dengan menyusun jadual pada hari tidak bekerja. Saya sudah tahu tapi masih tak dapat nak buat. Selepas berborak dengan seorang sahabat ni,katanya itulah yang dia buat untuk mema