Skip to main content

#moveon

Kekecewaan tentang perkara yang dilalui pada masa lalu sangat menghantui hati dan perasaan. Ia menyebabkan seseorang itu tidak dapat meneruskan fokus utama dalam hidup. Buang segala rasa kecewa. Maafkan. Apatah lagi apabila kecewa dengan manusia. Saya pernah mengalami kekecewaan yang masih saya rasa hingga sekarang. Mengganggu. Saya pernah berharap pertemuan saya dengan orang pernah kecewakan saya itu tidak berlaku. Namun, ia sebenarnya mengajar saya untuk lebih matang dengan kehidupan. 

Saya selalu membayangkan, apabila menghadapi sesuatu musibah, saya ingin pergi ke suatu tempat yang sangat jauh untuk tenangkan diri. Sebenarnya, perasaan itu ialah keinginan untuk lari daripada masalah. Saya yakin ada juga sahabat-sahabat yang pernah fikir seperti itu. Perlukah kita pergi semata-mata takut untuk hadapi masalah itu? Fikiran yang kurang rasional ini datang apabila kita sudah malas, putus asa dan tidak lagi mahu berusaha mengatasi masalah tersebut.

Ustazah Asma Harun, penceramah bebas yang semakin popular sekarang ini, katanya tidak semua masalah perlu diselesaikan. Kadang-kadang, masalah itu hanya datang untuk menguji kita. Katanya lagi, seseorang yang merasakan masalahnya itu tidak lagi ada penyelesaian, kembalilah kepada Allah swt. Lakukan solat sunat taubat. Istighfar. Terus bersangka baik padaNya. Pujuk hati bahawa setiap kesukaran yang datang, pasti akan berakhir. Malah, dalam Surah Al-Insyirah, Allah swt berfirman, sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Ayat ini diulang sebanyak dua kali dapat menunjukkan kepada kita bahawa penegasan Allah swt tentang perkara ini. Surah ini mampu memujuk hati kita yang sedih, kecewa dan terluka itu sekiranya kita faham dan mengamalkannya. Seterusnya, Allah swt meneruskan ayatnya dalam surah yang sama, apabila kita telah selesai suatu perkara, kemudian kita perlu beralih dengan tugasan atau amal yang lain pula dengan bersungguh-sungguh. 


Apa maksudnya? Maksudnya, setelah kita menangis dan bersedih hati, cepat-cepat meneruskan tugasan yang lain supaya kita tidak leka dalam kesedihan. Menangislah puas-puas jika itu boleh melegakan hati. Seterusnya, mengadulah pada Allah swt. Teruskan kewajipan yang lain pula tanpa menyimpan lagi kesedihan dalam hati. La tahzan, Allah bersama kita. 


''Menangislah puas-puas jika itu boleh melegakan hati. Seterusnya, mengadulah pada Allah swt. Teruskan kewajipan yang lain pula tanpa menyimpan lagi kesedihan dalam hati. Move on''. 

Dalam perkongsian oleh penceramah yang sama. Kisahnya, ada seorang lelaki yang mengadu tentang anaknya yang begitu liar. Remaja yang mengamalkan pergaulan bebas dan minum arak. Hakikatnya, pada waktu kecil anak ini telah diasuh dengan didikan agama yang baik. Namun, akhlaknya berubah dan makin hari makin buruk adabnya dengan ibu bapa. Menurut ustazah lagi, jika kita menerima musibah yang sangat berat sedangkan kita sudah menjadi hamba Allah swt yang baik, semak kita punya rukun islam. Adakah kita telah melaksanakannya dengan ikhlas dan sempurna? Lelaki tadi, si ayah kepada remaja tersebut menangis dan mengadu di hadapan Allah swt supaya Dia menunjukkan kesilapannya sehingga anaknya berubah menjadi liar. Akhirnya, beliau mendapat ilham tentang pengeluaran zakat harta yang tidak disempurnakan olehnya. Beliau bukan tidak membayar zakat, tetapi setelah bisnesnya berjaya dan membangun, beliau tidak meninggikan kadar bayaran kepada pusat zakat. Dipendekkan kisah, anaknya tadi sudah berubah menjadi anak soleh setelah beliau membayar semua zakatnya yang tidak terlunas sejak bertahun-tahun. Ini adalah antara contoh musibah yang berlaku akibat kesilapan kita. Kadang-kadang, ujian yang datang adalah kifarah (pembalasan) akibat khilaf kita sendiri.

Muhasabah diri sentiasa. Perbaiki amalan. Upgrade diri. Jika kita berasa tidak puas hati dan kecewa yang melampau, maka kita tidak akan berjaya. Orang kita benci itu tidak pernah peduli tentang perasaan kita. Dia sudah maju ke depan, kita pula baru terhegeh-hegeh menyapu air mata dan mengubati hati yang luka. Kita tidak punya masa yang lama untuk hidup. Masa yang ada melebihi kewajipan dan tanggungjawab. Wahai sahabat dan diriku sendiri, jangan sedih terlalu lama. Move on.  

First time saya makan makanan ala Korea ni. Saya ni, perut orang kampung. Makan ikan singgang dan ulam cicah budu hehe. Baru saya sedar, makan banyak-banyak ni boleh menghilangkan rasa sedih rupanya. #ketinggalanzaman


Comments

Popular posts from this blog

Pahala freedom

Banyak kali dah saya mencari sesuatu nak buat supaya dapat pahala berterusan walaupun saya dah mati nanti. Dalam kelas pun, saya terangkan kepada murid tentang ini sebab ada tajuk yang berkaitan. Ada topik tentang mengingati mati dan juga tentang amal jariah dalam menuntut ilmu.  Kita tak selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa akan pergi dan tak mampu lagi nak buat ibadah seperti waktu hidup. Terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah atau infaq. Semua orang nak financial freedom, tapi kadang-kadang tidak terfikir untuk dapat pahala freedom ini.  Apa yang saya dah ada sekarang dan akan cuba lagi buat yang terbaik: 1-Ada anak soleh solehah, usaha dan doa supaya di didik menjadi anak yang boleh mendoakan ibu bapa buat selamanya.  2- Jadi guru, ajar ilmu yang baik. Buat yang terbaik dan jangan sambil lewa.  3. Guru Al-Quran, ajar betul-betul anak murid supaya boleh baca Quran dengan baik. Ajar anak sendiri juga.  ...

Bila bangun pagi

Bagaimana tidur anda semalam? Lena atau tidak. Apa pun,ucapkanlah syukur kerana diberi peluang lagi untuk terus hidup pada hari ini.  Bacalah doa bangun tidur yang anak-anak kita sudah hafal sejak tadika lagi. "Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepadaNyalah kami dibangkitkan." Anak-anak kat sekolah biasanya baca doa sebelum saja,doa sebelum makan, sebelum tidur, sebelum masuk tandas. Doa yang selepas perbuatan biasanya mereka lupa sebab tidak dibaca. Begitulah, hafal tapi tak diamalkan. Lama-lama lupa.  Jadi,amalan mudah yang kita boleh buat,kita buatlah setiap hari. Rugilah jika tak diamalkan.  Semangat! Semangat! 

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.