Skip to main content

Bahagia dengan memberi

Dalam sebuah buku tulisan Ustaz Pahrol, ada membincangkan tentang tajuk ini. Biasa kita dengar, tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Tak silap saya, bukunya bertajuk Mukmin Profesional. Banyak lagi buku-buku lain yang membicarakan tentang tajuk ini seperti buku 'Di mana Dia di hatiku'. Manusia suka bercakap mengenai bahagia. Setiap insan di dunia ini pasti ingin bahagia dalam hidupnya. Mana mungkin ada manusia yang memilih untuk hidup sengsara. Cuma salahnya kita apabila kita meletakkan syarat tertentu untuk bahagia. Sedangkan apabila kita sudah membuat pilihan untuk bahagia, maka kita akan bahagia dengan apa yang kita ada sekarang. If you choose to be happy, then you are happy. Kadangkala syarat yang kita tetapkan untuk bahagia itu ialah ketika mempunyai gaji yang besar, pasangan yang hensem kacak bergaya, anak yang pandai, kereta mewah atau bercuti di Melbourne. Akhirnya, jika kita tidak dapat apa yang diimpikan, sehingga roh terpisah daripada jasad pun kita tidak akan pernah bahagia. 

Kali ini, mari kita fokus kepada bahagia dengan memberi. Apa yang nak diberi jika kita tidak punya apa-apa? Memberi bukannya hanya dengan wang ringgit atau harta benda mahu pun barangan yang bernilai. Memberi senyuman dan salam juga adalah sedekah. Ianya murah sahaja. Tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak. Anda hanya perlu menggerakkan otot pipi kiri dan kanan, sudah membuatkan wajah anda berada dalam keadaan senyum. Suatu ketika, saya mengajar anak-anak Tahap 1 ini, ada juga yang berpesan pada saya. ''Muallimah, jangan marah-marah nanti cepat tua''. Selepas itu, saya menjadikan ianya modal untuk saya tidak marah. "Saya bukan tak mahu garang dengan awak semua, tetapi saya mahu jaga kulit muka saya dari berkedut. Jadi, awak semua jangan buat saya marah eh.'' Kadangkala helah itu berhasil juga untuk beberapa ketika. Namun, ada juga yang tidak menghiraukan perasaan seorang guru. Begitulah antara cabarannya. 

Buat kali pertama saya mula meminati aktiviti hiking, ialah ketika berada di Kuantan. Seorang sahabat mengajak saya untuk menemaninya mendaki Bukit Pelindung. Ramai pengunjung yang berkunjung ke sana termasuk kaum Cina dan India. Lebih-lebih lagi, bukit ini berhampiran dengan kejiranan orang cina. Apabila kami baru sahaja mulakan langkah untuk mendaki, mak cik-mak cik cina ini sudah menuruni bukit untuk pulang ke rumah. Rasanya mereka ini selepas waktu Subuh lagi sudah memulakan pendakian. Sahabat saya tadi, menyapa mereka dengan ucapan good morning kepada mereka belum Islam dan memberi salam kepada mereka yang beragama Islam. Sungguh senang sekali untuk mengumpul  ganjaran kebaikan. Rupanya sahabat saya ada misi lain selain untuk menurunkan berat badannya. Hehe. Bermula dari bawah sehinggalah berjaya ke puncak. Saya juga turut termotivasi untuk berbuat demikian. Ketika ucapan salam dan selamat pagi dijawab mesra serta dibalas dengan senyuman, perasaan saya berasa sangat gembira dan bahagia. Masya-Allah.Sepanjang pendakian, tidak terasa letih dan masa terasa sebentar sahaja berlalu. Selain itu, hormon bahagia iaitu serotonin berjaya mengurangkan depresi dengan melakukan aktiviti riadah. Teringat saya dengan kisah seorang sahabat Baginda, beliau masuk ke pasar bukan bertujuan membeli atau menjual barangan, tetapi untuk menyebarkan salam kepada orang-orang di pasar. Itu juga suatu seni dalam berdakwah. Sebarkan salam. 

Bahagia ini bermula dengan diri kita dulu. Pilihan kita sendiri. Sekiranya kita bahagia, orang-orang di sekitar kita juga akan turut bahagia. Kita bahagia ketika membuatkan orang lain tersenyum. Sewaktu kita seronok memberi, kita akan diuji dengan sifat menunjuk-nunjuk atau diri terasa hebat di mata orang lain. Hati-hati. Jika tidak, kita tidak akan mendapat apa-apa kebaikan daripada amalan kita itu. Mulakan dengan niat supaya Allah swt menjaga hati kita daripada sifat mazmumah ini. Saya juga tidak terlepas untuk mengharapkan balasan ketika memberi. Walaupun tidak mengharapkan balasan itu dalam bentuk yang sama dengan apa yang diberi, saya mengharapkan diri ini dihargai. Bisikan halus daripada makhluk Allah yang terkutuk ini membuatkan saya menjadi tidak ikhlas dan berkira. Nauzubillah. Oleh itu, sekiranya pernah berasa seperti itu, cepat-cepat istighfar dan perbaharui niat. 

Dalam satu pembacaan, saya juga sudah lupa tajuk bukunya. Oh, buku tulisan Bonda Nor yang bertajuk Pujuklah Hati. Saya sangat terinspirasi dengan tulisannya. Menurutnya, kita tidak lagi boleh berpegang kepada what you give, you get back atau what you give you get more. Jarang sekali kita dapat mentafsir bentuk balasan yang Allah swt kurniakan kepada kita. Adakala, kita dapat balik semula atau lebih daripada kita beri. Suatu ketika, saya pernah menghadiahkan sejumlah wang kepada seorang cleaner sekolah disebabkan dia mengalami sakit kaki lalu tidak dapat bekerja. Esoknya, partner saya dalam kelab memanah menyerahkan satu sampul di dalamnya berisi wang. Katanya, itu adalah upah bekerja untuk tahun lepas. Seusai dia berlalu, saya membelek sampul tersebut, di dalamnya terdapat sejumlah wang. Masya-Allah. Dua kali ganda daripada wang yang saya sedekahkan kepada cleaner sekolah. Adakalanya kita tidak dapat balik apa yang kita beri, kerana Allah swt ingin menguji ketulusan hambaNya. Kadangkala, bentuk balasan yang Allah swt beri juga dalam bentuk kesihatan yang baik, anak yang pandai dan sihat, dikelilingi oleh sahabat yang baik, majikan yang baik dan banyak lagi rezeki lain. Jadi, tidak ada langsung kerugian jika kita selalu memberi. Memberi tanpa mengharapkan balasan daripada manusia, tetapi mengharapkan redha Allah swt. Bunyinya bukan mudah, tetapi insha-Allah boleh. 

Sedekah yang utama adalah kepada ahli keluarga, sahabat handai, jiran dan orang-orang di sekitar kita. 

Comments

Popular posts from this blog

Penutup 2024

Sedikit coretan untuk diri sendiri terutamanya. Sebagai muhasabah diri untuk terus bertahan di jalan hidup masing-masing.  Pertama, kita perlu yakin dan berani apa saja yang kita buat pasti akan dapat balasannya suatu hari nanti. . Kebaikan mahupun kejahatan semua diambil kira dan dicatat. Jadi, jangan pernah berkira dengan membuat kebaikan . Buatlah baik semampu kita. Buat jahat jangan sekali.  Next, apa sahaja halangan, ujian ataupun kita nak best sikit kita sebut cabaran hidup yang kita hadapi, bergantung kuatlah hanya pada Allah . Jangan pernah berharap pada makhluk. Apabila namanya makhluk ciptaan, mereka sendiri juga perlukan sesuatu untuk berpaut. Kita ni asalnya lemah dan selamanya lemah. Jangan bermimpi nak jadi kuat. Betul, Allah akan hadirkan manusia-manusia lain di sekeliling kita tetapi bukannya pergantungan 100% kepada mereka. Berdoa dan berharap hanya pada Allah. Kita hanya perlukan sedikit nasihat dan sokongan daripada ahli keluarga dan sahabat. Selebihnya, h...

Kejayaan kecil bagi orang biasa-biasa

Assalamualaikum. Harap semua baik-baik saja. Segala rasa syukur hanyalah pada Allah atas pinjaman anggota badan yang sihat dan segala macam nikmat lain.  Jika ditulis dengan air laut sebagai dakwat sekalipun, masih tak cukup lagi nak senaraikan nikmat Allah ini.  Sejak saya menghadiri satu bengkel penulisan yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya dapat sedikit gambaran untuk menulis. Jadi, terhasillah blog ini yang hanya dijadikan tempat pengumpulan rasa dan perasaan dalam bentuk tulisan. Hanya dibaca oleh diri saya sendiri dan beberapa orang terdekat. Jumlah pengikut juga ada kosong (0). Hihi.  Saya ada seorang sahabat yang juga bekerja di tempat yang sama dengan saya. Beliau juga suka membaca dan menulis. Ada beberapa buah buku saya pinjam daripada beliau. Beliau ada berkongsi dengan saya iklan untuk hantar kepada sebuah web yang juga pengumpul dan menjual buku-buku inspirasi dari Malaysia dan Indonesia. Artikel yang dapat tersiar dalam laman web tersebut akan...

Bulatan gembira itu!

Bismillah..segala puji bagi Allah yang mengatur setiap gerak langkah kita setiap masa. Dia sentiasa jaga kita walaupun kita seringkali lupa padaNya. Ampunkan kami Ya Allah.  Kali ni saya nak cerita bagaimana saya mengenali usrah atau saya panggil bulatan gembira. Tidak semua yang tahu kecuali sahabat terdekat sahaja. Semoga terselit sedikit ibrah melalui perjalanan hidup saya ini. Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Ibu ayah bekerja sendiri. Sejak kecil, saya melihat  mereka berhempas pulas bekerja mengerah keringat demi membesarkan tujuh anak. Antara kerja yang pernah mereka buat ialah kerja sawah, menanam ubi keledek, tembakau, kacang tanah, jagung dan sayuran yang lain. Tanaman ini bersilih ganti mengikut musim. Saya masih ingat kami berlari-lari dan bermain dalam petak sawah, penuh dengan lumpur sambil menangkap ikan. Sungguh indahnya waktu itu. Terima kasih wahai ibu dan ayah kerana besarkan kami dengan penuh kasih sayang.  Seperti kanak-kanak ya...