Macam mana budak sekolah berkawan sebenarnya? Apabila saya lihat murid saya, sekilas dua akan menyebabkan kenangan waktu saya budak-budak dulu terimbau kembali. Ketika saya berhadapan dengan murid tahun 3, buat saya terfikir, macam mana saya waktu seusia mereka? Maka, keluarlah segala bagai bayangan mengusik jiwa itu. Mereka yang berada dalam darjah tiga ini, selalu ada masalah dengan kawan-kawan.
Ada seorang murid perempuan kelas saya, selalu menangis. Sensitif sangat gayanya. Bila saya tanya, macam-macam kerenah yang diceritakan tentang kawannya si A. Si B kawan dengan si A, maka tinggallah dia sendirian. Merajuk. Rupanya, masalah mereka bertiga ini sejak dari darjah satu lagi. Mereka seringkali bergaduh, kemudian esoknya kawan semula. Agak susah juga sebab mereka tiga orang. Jarang sekali boleh setia. Biasanya, dua orang sahaja yang boleh jadi best friends. Mengikut pengalaman saya, begitulah.
Apa yang istimewanya persahabatan budak-budak ini? Jika berlaku salah faham, mereka merajuk sebentar saja, kemudian kawan balik,seperti tidak ada apa pun berlaku. Mereka ini sangat jujur. Apabila ada saja isu, mereka sangat mementingkan kejujuran. Ada lagi, mereka ini sanggup berkorban apa sahaja demi kawan. Pernah berlaku, atau sering terjadi ialah apabila seorang buat salah, apabila ditanya sebab berbuat demikian. Jawapannya ialah, kawannya si D suruh buat, jadi saya buat. Lebih kurang begitulah. Biasa, cikgu akan bagi response kaw kaw punya. "Oh..jadi,kalau kawan awak suruh lompat dalam lubang jamban, awak lompatlah lah ye?" Mahu menguji kesetiaan kononnya. Nampak tak di sini? Mereka lebih ikut kata kawannnya berbanding orang lain. Oleh itu, pentingnya memilih rakan yang baik. Pengaruhnya amat kuat sekali.
Kadang kala, berkawan seperti budak-budak dalam kalangan orang dewasa juga terjadi. Kenapa agaknya? Satu sebabnya, sayang terlebih atau setia sangat dengan kawannya itu. Persoalannya, wujud lagi ke persahabatan seperti ini zaman sekarang. Mestilah ada. Walau pun jarang-jarang. Oleh sebab itu, ia jadi cepat merajuk. Hari ini gaduh, esok kawan balik. Tetapi hal akan menjadi sebaliknya apabila salah seorang akan bosan dengan perangai seperti ini. Jadi, ada kebaikan dan keburukannya.
Sebenarnya, persahabatan itu sangat indah. Ada suka, ada duka. Tetapi,tetap memilih untuk sentiasa menerima apa adanya. Itu namanya setia. Kata orang, ada seorang sahabat baik lebih bermakna daripada mempunyai sejuta kawan.
Kawan saya yang banyak meragam sebab dia kurang sihat. Doakan kami kuat, dan semuanya pulih kembali seperti biasa. Amin. |
lol boleh relate sgt part group kawan 3 orang tu. Dulu2 selalu jugak jadi yang terasing, lepas tu darjah 6 group kawan jadi 4 orang. Dan last2 saya jadi lebih rapat dgn yg ke-4 tu berbanding kawan2 yg sebelum tu
ReplyDeleteYa? Bila ingat balik kelakar pun ada tengok budak2 ni. Tapi itulah, kata orang kawan biar seribu,musuh jangan dicari .Giteww~~
DeleteMasaalah anak² dara ku dari sek ren .. men bawak smpi IPT huhuhu .. ada kwn² but no BFF .. diorng serik .. prefer jadi lone ranger ..
ReplyDeleteTak semua orang boleh jadi lone ranger. Tapi diorang ni mmg kuat. Kita mmg tak perlukan sesiapa,malah pergantungan hanya pada Allah.
Delete