Skip to main content

The day you went away

Pertama kali saya dengar lagu 'the day you went away' ini ialah ketika menuntut di UM Terengganu lebih kurang sepuluh tahun yang lepas. Apabila saya masuk sahaja bilik sahabat saya, dia selalu dengar lagu ini. Jadi, saya pun terjebak sama. Lagu ini memang tersimpan dalam handphone saya. Rindu betul zaman belajar. Sama-sama makan meggi kari,minum air vico dan bersengkang mata siapkan assignment berkumpulan. Tetapi sayalah orang pertama yang suka tidur awal. Tabiat itu saya masih amalkan sehingga sekarang. Tidur dan bangun awal. Kalau tidak cukup tidur, semuanya jadi tidak tentu arah pada esoknya. Teringat lagi ketika saya baru bergelar seorang ibu. Saya tidak dapat lelapkan mata kerana asyik terjaga apabila baby menangis. Esoknya, saya jadi moody. Masalahnya, kalau saya qada tidur pada esoknya, masih juga tidak dapat tidur kerana kepala sangat pening. Betapa indahnya nikmat tidur itu. Kata orang, katil yang empuk tidak dapat membeli tidur yang lena. Allah swt yang mengurniakan kita sebuah tidur yang lena.  Sebab itulah, kebesaran Allah menciptakan siang untuk bekerja manakala malam untuk berehat dan beribadah.

Lagu ini menceritakan saat mengalami perpisahan dengan kekasihnya. Sedih dan sunyi tatkala kekasihnya meninggalkannya sendirian. Namun, dia pasrah di atas hal yang terjadi. Mungkin dia kehilangan orang yang disayang untuk dapatkan orang yang lebih baik. Apabila dia rindukan kekasihnya, dia sangat mengingati hari perpisahan itu. Menangis. Itulah yang saya faham serba sedikit lirik lagunya. Saya kurang mahir Bahasa Inggeris. Dengan rakan sekerja pun,saya cakap loghat Kelantan saja.

Namun,bagi saya apabila dengar lagu ini saya terbayangkan saat meninggalkan dunia ini. Kata seorang Ustaz Wadi Anuar, ketika beliau terlantar di hospital akibat kemalangan yang menyebabkan bahagian kepalanya retak dan bahu patah,ramai sahabat yang datang ziarah dan memberi semangat untuk teruskan kehidupan. Beliau ketika itu, berfikir dan berkata-kata dalam hati, "buat apa dengan dunia? Saya tak teringin dengan dunia".

Ya. Tidak ada apa pun dalam dunia ini yang menyebabkan kita sayang untuk tinggalkannya. Namun, untuk berhadapan denganNya juga kita tidak sanggup membawa bebanan dosa yang terlalu banyak. Pertemuan itu pasti terjadi jua. Pada saat Allah bertanya, apa yang engkau buat dengan usia yang Aku pinjamkan padamu? Kelu rasa lidah ini hendak berkata. Sungguh, tidak mampu rasanya untuk berhadapan denganMu Ya Tuhan.

Pada hari kita meninggalkan dunia ini, akan diingati paling lama sebulan atau tiga bulan sahaja oleh orang yang kita sayang. Selepas itu, mereka yang masih hidup ini akan teruskan hidupnya, kita akan dilupakan di alam barzakh sana. Tidak ada apa yang berharga di dunia ini. Anak, sahabat mahupun pasangan sendiri belum tentu akan mengingati kita dengan mengirimkan doa buat kita. Cuma yang tinggal hanyalah amalan kita sahaja.

Di sebalik lagu-lagu yang kita gemari, cuba mencari ibrah atau pengajaran untuk memotivasikan diri kita. Jangan sesekali berlebihan dalam berhibur. Dengar sekadar menghilangkan letih dan juga stress tanpa melalaikan kewajipan sebagai hamba Allah.

P/s: Lagu ini sangat mengingatkan saya pada hari terakhir saya dan seorang sahabat, sebelum takdir memisahkan kami. Semoga dia sihat selalu, dan bersama orang - orang yang terbaik.



Comments

Popular posts from this blog

Penutup 2024

Sedikit coretan untuk diri sendiri terutamanya. Sebagai muhasabah diri untuk terus bertahan di jalan hidup masing-masing.  Pertama, kita perlu yakin dan berani apa saja yang kita buat pasti akan dapat balasannya suatu hari nanti. . Kebaikan mahupun kejahatan semua diambil kira dan dicatat. Jadi, jangan pernah berkira dengan membuat kebaikan . Buatlah baik semampu kita. Buat jahat jangan sekali.  Next, apa sahaja halangan, ujian ataupun kita nak best sikit kita sebut cabaran hidup yang kita hadapi, bergantung kuatlah hanya pada Allah . Jangan pernah berharap pada makhluk. Apabila namanya makhluk ciptaan, mereka sendiri juga perlukan sesuatu untuk berpaut. Kita ni asalnya lemah dan selamanya lemah. Jangan bermimpi nak jadi kuat. Betul, Allah akan hadirkan manusia-manusia lain di sekeliling kita tetapi bukannya pergantungan 100% kepada mereka. Berdoa dan berharap hanya pada Allah. Kita hanya perlukan sedikit nasihat dan sokongan daripada ahli keluarga dan sahabat. Selebihnya, h...

Kejayaan kecil bagi orang biasa-biasa

Assalamualaikum. Harap semua baik-baik saja. Segala rasa syukur hanyalah pada Allah atas pinjaman anggota badan yang sihat dan segala macam nikmat lain.  Jika ditulis dengan air laut sebagai dakwat sekalipun, masih tak cukup lagi nak senaraikan nikmat Allah ini.  Sejak saya menghadiri satu bengkel penulisan yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya dapat sedikit gambaran untuk menulis. Jadi, terhasillah blog ini yang hanya dijadikan tempat pengumpulan rasa dan perasaan dalam bentuk tulisan. Hanya dibaca oleh diri saya sendiri dan beberapa orang terdekat. Jumlah pengikut juga ada kosong (0). Hihi.  Saya ada seorang sahabat yang juga bekerja di tempat yang sama dengan saya. Beliau juga suka membaca dan menulis. Ada beberapa buah buku saya pinjam daripada beliau. Beliau ada berkongsi dengan saya iklan untuk hantar kepada sebuah web yang juga pengumpul dan menjual buku-buku inspirasi dari Malaysia dan Indonesia. Artikel yang dapat tersiar dalam laman web tersebut akan...

Bulatan gembira itu!

Bismillah..segala puji bagi Allah yang mengatur setiap gerak langkah kita setiap masa. Dia sentiasa jaga kita walaupun kita seringkali lupa padaNya. Ampunkan kami Ya Allah.  Kali ni saya nak cerita bagaimana saya mengenali usrah atau saya panggil bulatan gembira. Tidak semua yang tahu kecuali sahabat terdekat sahaja. Semoga terselit sedikit ibrah melalui perjalanan hidup saya ini. Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Ibu ayah bekerja sendiri. Sejak kecil, saya melihat  mereka berhempas pulas bekerja mengerah keringat demi membesarkan tujuh anak. Antara kerja yang pernah mereka buat ialah kerja sawah, menanam ubi keledek, tembakau, kacang tanah, jagung dan sayuran yang lain. Tanaman ini bersilih ganti mengikut musim. Saya masih ingat kami berlari-lari dan bermain dalam petak sawah, penuh dengan lumpur sambil menangkap ikan. Sungguh indahnya waktu itu. Terima kasih wahai ibu dan ayah kerana besarkan kami dengan penuh kasih sayang.  Seperti kanak-kanak ya...