Skip to main content

Kesabaran yang terbatas

Biasa kita dengar, "senanglah cakap sabar sebab tak pernah rasa macam saya rasa". Apabila ada orang lain meluahkan masalah kepada kita, ayat yang mampu keluar daripada mulut ialah "sabar, sabar dan sabar". Betul. Kita tidak tahu apa yang dia alami. Kesukaran dan masalahnya hanya dia yang tahu. Dan hanya Allah yang Maha Tahu. Namun, kita cuba untuk faham keadaannya dan cuba mencadangkan beberapa solusi. Tetapi akhirnya, bergantung kepada individu tersebut mahu ikut atau pun tidak. Allah juga berfirman, bermaksud  " tidak ada yang mampu mengubah nasib suatu kaum itu, melainkan dia sendiri".

Ketika bertanya khabar tentang sahabat saya, dia meluahkan masalahnya pada saya. Saya tahu, saya juga naif tentang kehidupan. Belum cukup ilmu dan pengalaman. Meskipun begitu, saya cuba memberi kata-kata motivasi dan solusi kepada masalahnya itu. Kadang-kadang, kita perlu cuba meletakkan diri kita di tempat dia. Jangan sesekali bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita tidak tahu di sebalik kesenangan yang kita nampak, sudah bermacam dugaan yang dihadapinya. Mungkin kita hanya lihat pada luarannya sahaja. Ujian kita pasti berbeza. Setiap orang tidak sama cabarannya. Namun, bukan kita sahaja pernah alami perkara itu. Sebelum kita hadapi,ramai lagi orang di luar sana mengalami benda yang sama. Ianya adalah perkara yang diulang-ulang sahaja. Jika kita rasa susahnya hidup kita sekarang, susah lagi hidup mak ayah kita dahulu. Bekerja dan berhempas pulas mengerah keringat demi sesuap rezeki. 

Letakkan rasa empati pada seseorang. Sifat ihsan. Orang putih kata, "put yourself in someone's shoes". Apabila kita rasa tiada orang yang boleh faham kita, mengadulah terus pada Allah swt. 'Confirm' hati akan terasa lega. Tidak ada sesiapa yang akan 'mengejek' atau pun menambah perisa apabila mendengar masalah kita. Tiada yang berpeluang untuk melakukan dosa mengumpat. Berserah sahaja kepada Ilahi. Bagi sesetengah orang, dia perlu juga meluahkan pada orang yang dipercayainya, barulah lega hati dan perasaan. Pilihan di tangan kita sendiri. Asalkan kita tidak tenggelam dengan air mata sendiri. Akhir sekali, berputus asa kerana tiada tempat untuk berpaut. Jadi, fikirlah secara rasional berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Dalam Al-Quran Allah swt menyuruh kita cari jalan dengan sabar dan solat. Allah juga menyuruh kita sabar dan tingkatkan kesabaran. Mahu atau tidak,rela atau terpaksa, sabar adalah langkah paling utama sebelum mengambil langkah lain bagi mengatasi isu yang dihadapi. Setiap sahabat yang saya kenali, mereka mempunyai peranan yang berbeza. Ada seorang sahabat yang sudah lama saya kenal, apabila saya menceritakan masalah yang saya hadapi, dia sentiasa mengutarakan pendapat yang bernas dan praktikal selain teruskan berdoa pada Allah swt. Ada sahabat yang lain pula,saya hanya mampu mendengar luahan cerita daripadanya sahaja. Jadi pendengar yang baik, tetapi tidak pula saya selesa untuk menceritakan hal saya kepadanya. Begitulah fungsi orang-orang yang hadir dalam hidup kita. Lama atau sekejap, kita wajib menunaikan hak kepadanya. 

Sabar itu sebenarnya ada 'limit' atau tidak? Jawapannya, tidak ada. Ianya bergantung kepada tahap keimanan kita dan keupayaan kita menghadapinya. Perlu diingatkan, tidak semua masalah harus diselesaikan. Kadang-kadang, Allah swt sengaja menguji kita supaya kita dekat dengannya. Oleh itu, perbanyak istighfar di saat merasakan sudah tidak ada jalan untuknya. InshaAllah, di setiap kelelahan kita akan di catat sebagai amalan kebajikan. 

Saya semakin kaku menghadapi kerenah anak-anak tahun satu. Setiap pagi, seorang anak murid saya tidak mahu masuk ke kelas. Dia mahu ke kelas abangnya di tahun lima. Ada ketika saya terpaksa memegangnya dengan kuat kerana dia meronta-ronta mahu keluar dari kelas. Saya juga menemaninya makan sewaktu rehat. Semua pujukan dan ugutan langsung tidak berhasil. Semoga suatu hari dia akan berubah. Saya juga tidak dapat fokus pada pengajaran sekiranya dia ada dalam kelas tersebut. Tambahan pula, anak-anak lain juga terganggu. Belum lagi termasuk dengan yang ingin ke tandas dan minum air semasa belajar. Sungguh, kesabaran tercabar jua. Teringat lagi ketika baru menceburkan diri dalam bidang ini, saya seorang yang tidak suka pada kanak-kanak. Tidak tahu sebabnya saya masih menjadi guru sehingga hari ini. Suatu hikmah paling besar dalam hidup saya. Semoga Allah  swt sentiasa meletakkan kita dalam kebaikan. 


Sesegar hijau daunan. Sungguh nyaman sehingga membuatkan Azzam terlena. 




Comments

Popular posts from this blog

Pahala freedom

Banyak kali dah saya mencari sesuatu nak buat supaya dapat pahala berterusan walaupun saya dah mati nanti. Dalam kelas pun, saya terangkan kepada murid tentang ini sebab ada tajuk yang berkaitan. Ada topik tentang mengingati mati dan juga tentang amal jariah dalam menuntut ilmu.  Kita tak selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa akan pergi dan tak mampu lagi nak buat ibadah seperti waktu hidup. Terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah atau infaq. Semua orang nak financial freedom, tapi kadang-kadang tidak terfikir untuk dapat pahala freedom ini.  Apa yang saya dah ada sekarang dan akan cuba lagi buat yang terbaik: 1-Ada anak soleh solehah, usaha dan doa supaya di didik menjadi anak yang boleh mendoakan ibu bapa buat selamanya.  2- Jadi guru, ajar ilmu yang baik. Buat yang terbaik dan jangan sambil lewa.  3. Guru Al-Quran, ajar betul-betul anak murid supaya boleh baca Quran dengan baik. Ajar anak sendiri juga.  ...

Bila bangun pagi

Bagaimana tidur anda semalam? Lena atau tidak. Apa pun,ucapkanlah syukur kerana diberi peluang lagi untuk terus hidup pada hari ini.  Bacalah doa bangun tidur yang anak-anak kita sudah hafal sejak tadika lagi. "Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepadaNyalah kami dibangkitkan." Anak-anak kat sekolah biasanya baca doa sebelum saja,doa sebelum makan, sebelum tidur, sebelum masuk tandas. Doa yang selepas perbuatan biasanya mereka lupa sebab tidak dibaca. Begitulah, hafal tapi tak diamalkan. Lama-lama lupa.  Jadi,amalan mudah yang kita boleh buat,kita buatlah setiap hari. Rugilah jika tak diamalkan.  Semangat! Semangat! 

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.