Skip to main content

"Hfmd? Jangan risau..."

Penyakit hfmd disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus. Ianya menular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus hfmd. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, ulcer di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. Hfmd selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Penyakit tangan,kaki dan mulut ini senang dijangkiti oleh kanak-kanak. Mereka mudah terdedah dengan pelbagai virus di pusat jagaan atau tempat terbuka yang lain. Mereka juga belum ada antibodi yang kuat untuk melawan jangkitan virus. Anak saya sendiri, mengalami simptom demam dengan suhu yang mencecah 39 darjah celcius. Sebelum tanda demam, sudah ada beberapa bintik merah yang muncul bahagian mulut dan di tepi bibir. Sebarang bintik yang muncul sebenarnya agak sukar untuk dikenal pasti sama ada ianya adalah chicken pox atau jangkitan bakteria. Apabila ke klinik, doktor hanya membekalkan ubat demam untuk mengurangkan suhu sahaja. Jadi, saya terpaksa ke klinik yang lain untuk mengesahkan anak saya benar-benar terkena jangkitan lain. Apabila doktor berpengalaman yang sudah banyak menerima kes yang sama, sekilas pandang sahaja, beliau sudah mengesahkan anak saya dijangkiti hfmd. 

Penyakit ini sememangnya perlukan kuarantin lebih kurang 7 hingga 10 hari. Ianya tidak berbahaya kepada kanak-kanak tersebut sekiranya tidak berlaku sebarang dehidrasi. Pastikan anak makan makanan yang berkhasiat dan minum yang cukup sahaja. Namun, agak merisaukan hati ibu bapa ialah anak-anak menangis dan tidak mahu makan sekiranya terdapat ulser dalam mulut. Pujuk anak makan walau pun sedikit supaya proses penyembuhan berlaku dengan lancar. 

Antara langkah penjagaan yang boleh diambil kira ialah memastikan kebersihan diri, di rumah atau pusat jagaan. Tetapi sekiranya kebersihan sudah dijaga, tetap juga dijangkiti,ianya di luar kuasa kita. Tatkala Allah kata jadi, maka jadilah. Berserah sahaja pada Tuhan setelah kita berusaha dan berikhtiar. Ubat yang dibekalkan untuk penyakit ini ialah ubat antibiotik, krim, dan paling penting calamine lotion untuk mengurangkan gatal. Pastikan juga kuku anak anda sentiasa rapi dan pendek. 

Apabila anak sakit, ujiannya bukan sahaja pada anak tetapi untuk ibu bapanya juga. Sabar adalah kuncinya. Persoalannya, mampukah ujian yang dihadapi ini boleh menyelamatkan kita di akhirat kelak?


Bintik merah yang kecil muncul di bahagian mulut lebih cepat sembuh.


Calamine lotion yang digunakan untuk mengurangkan keradangan pada kulit. Ianya cecair warna putih. Apabila ditepek, kelihatan seperti pakai bedak sejuk.


Bintik yang besar di lutut menyebabkan Azzam merangkak tanpa kena pada lantai. Ia berisi air, melepuh dan akhirnya kering.


Alhamdulillah, Azzam dah baik daripada hfmd. Demam dan batuk pula datang menyerang.

 "Tidak ada daya dan kekuatanku melainkan dengan izin Allah". 

Pesanan buat diri saya dan orang-orang yang pernah atau sedang mengalaminya. 


Comments

Popular posts from this blog

Pahala freedom

Banyak kali dah saya mencari sesuatu nak buat supaya dapat pahala berterusan walaupun saya dah mati nanti. Dalam kelas pun, saya terangkan kepada murid tentang ini sebab ada tajuk yang berkaitan. Ada topik tentang mengingati mati dan juga tentang amal jariah dalam menuntut ilmu.  Kita tak selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa akan pergi dan tak mampu lagi nak buat ibadah seperti waktu hidup. Terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah atau infaq. Semua orang nak financial freedom, tapi kadang-kadang tidak terfikir untuk dapat pahala freedom ini.  Apa yang saya dah ada sekarang dan akan cuba lagi buat yang terbaik: 1-Ada anak soleh solehah, usaha dan doa supaya di didik menjadi anak yang boleh mendoakan ibu bapa buat selamanya.  2- Jadi guru, ajar ilmu yang baik. Buat yang terbaik dan jangan sambil lewa.  3. Guru Al-Quran, ajar betul-betul anak murid supaya boleh baca Quran dengan baik. Ajar anak sendiri juga.  ...

Bila bangun pagi

Bagaimana tidur anda semalam? Lena atau tidak. Apa pun,ucapkanlah syukur kerana diberi peluang lagi untuk terus hidup pada hari ini.  Bacalah doa bangun tidur yang anak-anak kita sudah hafal sejak tadika lagi. "Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepadaNyalah kami dibangkitkan." Anak-anak kat sekolah biasanya baca doa sebelum saja,doa sebelum makan, sebelum tidur, sebelum masuk tandas. Doa yang selepas perbuatan biasanya mereka lupa sebab tidak dibaca. Begitulah, hafal tapi tak diamalkan. Lama-lama lupa.  Jadi,amalan mudah yang kita boleh buat,kita buatlah setiap hari. Rugilah jika tak diamalkan.  Semangat! Semangat! 

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.