Skip to main content

Stress ke sekarang?

Dalam menjalani kehidupan, ada sahaja perkara berlaku di luar jangkaan. Di sini, ada beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan. Ianya adalah berdasarkan pengalaman sendiri, orang sekeliling dan juga berdasarkan pembacaan. Selamat menelaah.

1. Kenali diri sendiri ketika menghadapi situasi yang sukar.

Kenali diri anda. Ada sesetengah orang, apabila berada dalam keadaan yang stress dan sukar,mereka suka meluahkan perasaan mereka. Dengan luahan itu,terasa lebih lega dan bersemangat. Namun, ada orang tidak suka meluahkan. Mereka lebih suka menghadapi situasi itu sendiri kerana dia tahu dia boleh tanganinya. Mereka yang tidak suka meluahkan masalah mereka kepada orang lain, kerana akan menyebabkan kemarahan dilepaskan kepada orang tidak bersalah, atau mungkin aura yang negatif itu akan tersebar kepada yang lain. Jadi, lebih baik ambil masa untuk bertenang dahulu, kemudian fikir langkah seterusnya. 

2. Tinggalkan sebentar pekerjaan itu.

Jika waktu itu kita letih kerana mengemas rumah yang bersepah. Baru sahaja kemas, sepah semula. Tinggalkan dulu kerja itu, pergi ambil angin di luar sambil makan aiskrim. Pasti, boleh kurangkan lelah itu. Ingat. Jangan sesekali harapkan pujian atau penghargaan orang. Pergi beli KFC,makan bawah pokok. Itu lagi best berbanding menunggu orang lain datang nak belanja kita. Value yourself. Kerana dirimu begitu berharga.

3. Pergi tidur.

Apabila ada masa, tidur la. Ambil masa untuk berehat. Tidur mampu menghilangkan resah sebentar. Walau pun bangun sahaja daripada tidur kita masih berada di atas tilam yang sama, masalah masih tidak selesai, namun tidur mampu menstabilkan emosi. Selepas itu, barulah boleh fikir dengan rasional. Ada sesetengah situasi, kita tetap tak dapat tidur walaupun sudah terlampau penat. Contohnya, ketika menjaga anak yang sakit. Bersabarlah. Syukurlah dengan nikmat tidur yang Allah kurniakan sebelum ini.

4. Makan.

Makan mesti cukup. Penat macam mana sekali pun, kena makan. Itu fitrah manusia. Asbab daripada itu, kita akan dapat tenaga dan ceria semula. Apabila lapar, rasa nak 'telan' orang saja. Makan, makan dan makan setakat hilang lapar, jangan terlalu kenyang.

5. Ingat Allah.

Setiap apa yang berlaku, itu ujian daripada Allah. Banyak zikir atau doa yang boleh kita amalkan. Antaranya, ucapan hauqalah. لاحول ولاقوة الاباالله. "Tidak ada dan kekuatanku melainkan dengan izin Allah."

Bijak kawal situasi dan emosi.
Fikir rasional.
Ingat Allah dan Rasulullah.
InshaAllah, kita lulus ujian ini.
Wallahua'lam.


Berdepan dengan ujian, kita tak diberi banyak pilihan. Tenang atau gelisah? Terima atau bantah?


Comments

Popular posts from this blog

Pahala freedom

Banyak kali dah saya mencari sesuatu nak buat supaya dapat pahala berterusan walaupun saya dah mati nanti. Dalam kelas pun, saya terangkan kepada murid tentang ini sebab ada tajuk yang berkaitan. Ada topik tentang mengingati mati dan juga tentang amal jariah dalam menuntut ilmu.  Kita tak selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa akan pergi dan tak mampu lagi nak buat ibadah seperti waktu hidup. Terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah atau infaq. Semua orang nak financial freedom, tapi kadang-kadang tidak terfikir untuk dapat pahala freedom ini.  Apa yang saya dah ada sekarang dan akan cuba lagi buat yang terbaik: 1-Ada anak soleh solehah, usaha dan doa supaya di didik menjadi anak yang boleh mendoakan ibu bapa buat selamanya.  2- Jadi guru, ajar ilmu yang baik. Buat yang terbaik dan jangan sambil lewa.  3. Guru Al-Quran, ajar betul-betul anak murid supaya boleh baca Quran dengan baik. Ajar anak sendiri juga.  ...

Bila bangun pagi

Bagaimana tidur anda semalam? Lena atau tidak. Apa pun,ucapkanlah syukur kerana diberi peluang lagi untuk terus hidup pada hari ini.  Bacalah doa bangun tidur yang anak-anak kita sudah hafal sejak tadika lagi. "Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepadaNyalah kami dibangkitkan." Anak-anak kat sekolah biasanya baca doa sebelum saja,doa sebelum makan, sebelum tidur, sebelum masuk tandas. Doa yang selepas perbuatan biasanya mereka lupa sebab tidak dibaca. Begitulah, hafal tapi tak diamalkan. Lama-lama lupa.  Jadi,amalan mudah yang kita boleh buat,kita buatlah setiap hari. Rugilah jika tak diamalkan.  Semangat! Semangat! 

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.