Penyakit hfmd disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus. Ianya menular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus hfmd. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, ulcer di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. Hfmd selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung. Penyakit tangan,kaki dan mulut ini senang dijangkiti oleh kanak-kanak. Mereka mudah terdedah dengan pelbagai virus di pusat jagaan atau tempat terbuka yang lain. Mereka juga belum ada antibodi yang kuat untuk melawan jangkitan virus. Anak saya sendiri, mengalami simptom demam dengan suhu yang mencecah 39 darjah celcius. Sebelum tanda demam, sudah ada beberapa bintik merah yang muncul bahagian mulut dan di tepi bi...
Blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman penulis dan sedikit ilmu bermanfaat untuk kebaikan kita bersama. Semoga amal yang sedikit ini menjadi saham berkekalan di akhirat kelak.