Skip to main content

Posts

Refleksi Saya Tahun 2019

Semoga refleksi yang dibuat ini dapat saya syukuri pada masa akan datang. Selain itu, dapat saya lihat pencapaian yang saya capai untuk tahun tersebut. Walapun pencapaian itu adalah kecil, tetapi wajib untuk saya hargai. Bergelar seorang ibu Tanggal 6 April 2019, seorang mujahid dilahirkan ke dunia. Fasa yang menguji nikmat sihat itu telah berjaya dilalui.  Guru akidah Sudah dua tahun saya mengajar akidah tahun 3. Topik beriman kepada hari akhirat itu semakin seronok saya ajar. Murid-murid pula begitu teruja nak tahu tentang rukun iman yang satu ini. Tahun 2020, subjek sirah dan akhlak pula yang saya ajar, mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Hoho. Pemanah tradisional Dua tahun juga saya menjadi guru pembantu bagi kelab Metra atau memanah tradisional. Kemahiran saya juga bertambah sedikit daripada tahun sudah. Apabila jurulatih mengajar anak-anak, saya juga dapat belajar daripada situ. InshaAllah, tahun 2020 akan lebih 'terer' dalam sukan sunnah ini.   ...

Ibrah memanah

Memanah merupakan sukan yang disukai oleh Nabi saw. Sukan amat penting untuk memberi kekuatan pada jasmani. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah SAW bersabda: ‘Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada Mukmin yang lemah. Satu masa Nabi saw pernah berjalan-jalan, kemudian jumpa sekumpulan sahabatnya yang sedang mengadakan pertandingan memanah, lalu Nabi saw memberi sokongan dengan sabdanya,''Lemparkanlah panahmu itu, saya bersamamu.''(Riwayat bukhari). Sukan memanah adalah kesukaan Nabi saw dan ianya sunnah Nabi saw.  Sudah dua tahun saya mengiringi pelajar memanah mengikuti pertandingan memanah peringkat antarabangsa yang dianjurkan sendiri oleh pusat. Dalam satu perkongsian malam bersama pelajar, seorang guru memberi sedikit motivasi kepada para pelajar. Beliau menegaskan bahawa setiap anak panah yang dilepaskan, kita akan dapat satu pahala. Ganjaran pahala yang dikurniakan Allah swt tidak mengambil kira anak panah tepat terkena sasaran ata...

Keadaan yang memaksa

Keadaan persekitaran sangat mempengaruhi tingkah laku seseorang. Jika kita belajar teori perkembangan kanak-kanak, faktor yang sangat mempengaruhi perkembangan ialah faktor baka dan persekitaran. Namun, apabila seseorang itu telah meningkat dewasa, keadaan persekitaran banyak mengubah sikap seseorang itu. Contoh, anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang berpecah belah, memberi kesan emosi kepada mereka. Mereka mungkin akan menjadi pendiam, pendendam dan pemarah. Sebalikya, anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang, akan melahirkan anak yang bertimbang rasa dan berakhlak mulia. Faktor baka hanya mewarisi bentuk fizikal daripada ibu bapa seperti rupa paras, intelek atau sesetengah penyakit. Selebihnya, keadaan sekeliling yang banyak menyumbang kepada perubahan tingkah laku dan emosi mereka.  Apabila kita berhadapan dengan cabaran dalam hidup, dengan tidak sengaja kita telah berjaya mengembangkan potensi diri. Ketika berdepan dengan suatu tekanan, kita...

Sabar dan redha

Assalamulaikum dan selamat pagi. Syukur pada Allah kerana masih lagi beri peluang untuk kita berpijak di atas muka buminya bagi meneruskan baki usia yang semakin singkat. Suatu hari saya melangkah masuk ke kelas 3 Maryam. Belum sempat lagi saya beri salam, seorang murid perempuan tanya saya,''Muallimah, apa beza sabar dan redha?'' Saya agak kagum dengan soalannya. Saya pun terangkan dengan ringkas kerana keadaan kelas pada ketika itu agak bising. Sabar dan redha adalah suatu sifat yang perlu ada pada orang mukmin. Sabar biasanya kita menahan diri daripada melakukan perkara yang Allah murka apabila berhadapan dengan situasi yang kita tidak suka. Orang yang sabar dalam keadaan marah dapat menahan dirinya daripada marah. Sabar bukan maksud kita menerima keadaan itu. Tetapi kita memilih untuk tahan seketika dan berfikir tindakan seterusnya. Contoh, ketika ada pelajar yang tidak bawa buku ke sekolah setiap hari. Tambahan pula, pelajar tersebut tidak fokus semasa saya...

Umrah untuk tersayang

Bismillah. Segala puji bagi Allah swt dan selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad saw. Alhamdulillah, Dia masih lagi bagi peluang untuk kita perbaiki diri dan pada masa yang sama mengajak orang lain ke arah kebaikan. Teringat tentang satu taklimat tarbiyah, yang saya hadiri pada tahun 2016. Islah  nafsak wad'u ghairak yang disampaikan oleh Syeikh Hamid. Nanti jika ada peluang, saya akan cerita tentang ini dalam slot yang lain.  Setiap tahun, sejak saya pindah ke Bangi, saya menulis senarai perkara yang saya hendak capai dalam tahun tersebut. Kemudian, saya tampal kertas tersebut pada pintu almari baju. Pintu almari saya sentiasa terbuka sebab senang bagi saya untuk ambil pakaian. Selain itu juga, saya dapat melihat kembali sasaran yang saya gariskan untuk tahun tersebut. Moga menjadi satu doa dan azam bagi saya untuk terus berusaha ke arah itu.  Ada satu impian saya yang juga merupakan impian ibu saya. Sudah dua tahun satu tulis impian tersebut ...

Orang beriman selalu diuji

Bismillah..assalamualaikum. Semoga semua baik-baik sahaja. Rasa syukur dipanjatkan kepada Allah swt kerana masih diberi peluang untuk terus hidup di dunia ini. Selagi kita hidup, selagi itu kita akan terus diuji. Apabila kita beriman padaNya, kita pasti akan diuji untuk membuktikan keimanan kita hanyalah kepada Dia Yang Maha Esa. Allahuakbar.  Sudah dua hari saya mula bekerja bagi sesi 2020 walaupun kita belum lagi masuk ke dalam tahun itu. Kerja seorang guru memang semakin hari semakin mencabar. Apabila dunia semakin maju, penggunaan ICT sangat diketengahkan dalam semua pendokumentasian. Ianya termasuklah pengisian data murid, keputusan ujian atau segala bagai pentaksiran di sekolah. Impaknya, kerja guru makin bertambah. Kata-kata, guru itu adalah kerani, doktor, jururawat atau 'cleaner' semakin saya hadam. Semua kerja di dunia ini adalah milik seorang guru. Bunyinya agak hebat juga. Di situlah,  ujian untuk kami dalam mendidik anak bangsa.  Setelah pulang darip...

Bintik merah

Bismillah..segala rasa syukur hanyalah milik Allah subhanahu wa taala. Sungguh hinanya diri ini apabila berdiri di hadapanMu. Segala ilmu dunia dan akhirat hanyalah milik Dia. Nikmat Allah itu sangat luas. Jika jari ini dicelup dalam segelas air, dan diangkat itu sahaja ilmu kita. Selebihnya adalah kepunyaan Allah.  Sejak saya bergelar seorang ibu, semuanya kali pertama bagi saya. Ilmu 'parenting' sangat diperlukan. Apabila anak demam atau sakit, mulalah saya tidak senang hati. Perasaan ihsan seorang ibu itu jika boleh mahu digantikan dirinya yang sakit berbanding anaknya yang sakit. Tidak sampai hati apabila Azzam batuk sehingga dia tidak dapat tidur yang nyenyak.  Baru-baru ini, tangan dan kaki Azzam mengalami bengkak-bengkak merah. Pada mulanya, saya beranggapan akibat gigitan nyamuk. Kemudian, bengkak merah tadi keluar menjadi bintik-bintik, berisi air dan beberapa hari ianya pecah. Saya ada juga bertanya rakan sekerja berkenaan ini, ada yang mengatakan terkena ja...