Skip to main content

Rindu bertandang lagi

Allah yang telah menemukan kami, dan Dia juga telah pisahkan kami. Saya mengenali sahabat saya ini, dalam masa lebih kurang setahun sahaja. Atau lebih tepat, hanya 10 bulan. Namun, saya rasa cukup kenal dengannya. Walau pun pada hakikatnya, kita tidak mungkin kenal seseorang melebihi dirinya dan Pencipta kita. Terasa tidak puas bersamanya. Banyak lagi perkara kami belum berkongsi. Saya masih ada rasa malu di hadapannya. Sebab itu, banyak perkara saya rahsiakan daripadanya. Katanya, saya ini sejenis yang suka berahsia dan tidak suka berkongsi. Saya segan. Terasa nak jadi terbaik sahaja di hadapannya. Ingin menggembirakannya. Banyak kali juga, kami bergaduh atas hal-hal yang kecil. Saya yakin,satu sahaja sebabnya. Kami sensitif. Hati tisu. Kami tidak rela dengan takdir untuk saling berjauhan. Masing-masing menjadi jauh hati. Kemudian, mudah terasa dengan hal-hal remeh. Maafkan diriku ini. Kita sama-sama 'struggle' dengan kehidupan kita sekarang. Semoga dirimu beroleh kejayaaan wahai sahabatku. Tamat belajar, dan dapat kerja yang bagus. Kerja yang lebih baik dariku. Hidup dengan lebih stabil dan mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat. 

Saat ini, saya sungguh merinduinya. Menulis tentang sahabat sendiri, pasti tidak sama seperti apa yang ada dalam hati. Hanya Allah yang tahu. Banyak perkara yang berlaku di luar kuasa kita. Saya serahkan segalanya pada Allah. Satu masa, saya rasa seperti orang berputus asa. Di perbodohkan dengan suasana. Iman naik turun. Akhirnya, hanya mampu membiarkan sahaja dan teruskan hidup. Kadang, terasa hipokrit. Pura-pura kuat, tetapi sebenarnya tidak. Jika sesiapa sentuh rasa hati ini, pasti air mata akan laju mengalir tanpa diminta. Ya Allah, aku tidak kuat meneruskan hidup ini. Kehilangan sahabatku ini, terasa sekali bagiku. Sudah masuk tiga tahun, tetapi seperti semalam sahaja kami masih gelak ketawa bersama. Ya Allah, lindungilah dia. 

Semoga Allah redha persahabatan kita. 


Comments

Popular posts from this blog

Pahala freedom

Banyak kali dah saya mencari sesuatu nak buat supaya dapat pahala berterusan walaupun saya dah mati nanti. Dalam kelas pun, saya terangkan kepada murid tentang ini sebab ada tajuk yang berkaitan. Ada topik tentang mengingati mati dan juga tentang amal jariah dalam menuntut ilmu.  Kita tak selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa akan pergi dan tak mampu lagi nak buat ibadah seperti waktu hidup. Terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah atau infaq. Semua orang nak financial freedom, tapi kadang-kadang tidak terfikir untuk dapat pahala freedom ini.  Apa yang saya dah ada sekarang dan akan cuba lagi buat yang terbaik: 1-Ada anak soleh solehah, usaha dan doa supaya di didik menjadi anak yang boleh mendoakan ibu bapa buat selamanya.  2- Jadi guru, ajar ilmu yang baik. Buat yang terbaik dan jangan sambil lewa.  3. Guru Al-Quran, ajar betul-betul anak murid supaya boleh baca Quran dengan baik. Ajar anak sendiri juga.  ...

Bila bangun pagi

Bagaimana tidur anda semalam? Lena atau tidak. Apa pun,ucapkanlah syukur kerana diberi peluang lagi untuk terus hidup pada hari ini.  Bacalah doa bangun tidur yang anak-anak kita sudah hafal sejak tadika lagi. "Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepadaNyalah kami dibangkitkan." Anak-anak kat sekolah biasanya baca doa sebelum saja,doa sebelum makan, sebelum tidur, sebelum masuk tandas. Doa yang selepas perbuatan biasanya mereka lupa sebab tidak dibaca. Begitulah, hafal tapi tak diamalkan. Lama-lama lupa.  Jadi,amalan mudah yang kita boleh buat,kita buatlah setiap hari. Rugilah jika tak diamalkan.  Semangat! Semangat! 

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.