Skip to main content

Reward untuk diri

Segala puji bagi Allah. Banyak nikmat dan kurniaNya yang lain walaupun gelombang virus covid 19 telah melanda seluruh dunia. Dalam sebuah buku yang saya baca, gaji dan rezeki itu amat beza. Wang kita dapat setiap bulan itu ialah gaji. Jika tidak ada rezeki, gaji itu akan habis digunakan untuk tayar kereta yang pecah, bayar kos ubat dan banyak lagi. Gaji 10 ribu dengan 1 ribu sama sahaja. Beza dengan angka, tetapi jika hilang berkat sekali nafas sahaja ia lesap. Ada sahabat saya pernah beritahu saya, katanya, untunglah saya yang bekerja makan gaji berbanding dirinya yang bekerja sendiri. Tiap bulan, saya pasti dapat gaji. Tetapi kalau dia tak bekerja, tak ada pendapatan untuk dia. Tak saya nafikan,bekerja sendiri itu lebih banyak cabarannya. Namun, pilihan di tangan sendiri. Sekiranya mahu bekerja sendiri atau berbisnes, silakan. Saya sanggup bantu selagi mampu. Walau pun hakikatnya, gaji sendiri pun tak seberapa. 

Nak dapat sesuatu, bukannya mudah. Tidak ada benda senang di dunia ini. Nak dapat syurga pun bukan percuma. Mesti dibayar dengan segala macam ujian dan pengorbanan. Kalau masalah dalam rumah tangga pun tidak pernah selesai, usah bermimpi mahu ke syurga. Kerja saya sebagai guru swasta pun tidak mudah. Saya pernah ceritakan sebelum ini. Guru dibebankan dengan banyak tugasan sehinggakan tugas hakiki iaitu PdPc menjadi kurang berkualiti. Lama juga kami nak tunggu untuk mendapat taraf sebagai pekerja tetap. Perlu mengambil pelbagai kursus. Akhirnya, kami dapat melihat nilai angka yang masuk dalam akaun kami meningkat sedikit demi sedikit. Elaun bertambah seiring berjalannya masa. Begitulah lumrah hidup ini. Rela atau terpaksa, perlu tempuh juga. Alhamdulillah, hari ini dah masuk bonus buat pertama kali berkhidmat di sini. 

Semoga Allah redha. 


Baju melayu pertama untuk Azzam. 'Reward' untuk Azzam daripada ummi. Semoga Azzam dan ummi terus kuat dan bersemangat!


Comments

Popular posts from this blog

Pahala freedom

Banyak kali dah saya mencari sesuatu nak buat supaya dapat pahala berterusan walaupun saya dah mati nanti. Dalam kelas pun, saya terangkan kepada murid tentang ini sebab ada tajuk yang berkaitan. Ada topik tentang mengingati mati dan juga tentang amal jariah dalam menuntut ilmu.  Kita tak selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa akan pergi dan tak mampu lagi nak buat ibadah seperti waktu hidup. Terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah atau infaq. Semua orang nak financial freedom, tapi kadang-kadang tidak terfikir untuk dapat pahala freedom ini.  Apa yang saya dah ada sekarang dan akan cuba lagi buat yang terbaik: 1-Ada anak soleh solehah, usaha dan doa supaya di didik menjadi anak yang boleh mendoakan ibu bapa buat selamanya.  2- Jadi guru, ajar ilmu yang baik. Buat yang terbaik dan jangan sambil lewa.  3. Guru Al-Quran, ajar betul-betul anak murid supaya boleh baca Quran dengan baik. Ajar anak sendiri juga.  ...

Bila bangun pagi

Bagaimana tidur anda semalam? Lena atau tidak. Apa pun,ucapkanlah syukur kerana diberi peluang lagi untuk terus hidup pada hari ini.  Bacalah doa bangun tidur yang anak-anak kita sudah hafal sejak tadika lagi. "Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepadaNyalah kami dibangkitkan." Anak-anak kat sekolah biasanya baca doa sebelum saja,doa sebelum makan, sebelum tidur, sebelum masuk tandas. Doa yang selepas perbuatan biasanya mereka lupa sebab tidak dibaca. Begitulah, hafal tapi tak diamalkan. Lama-lama lupa.  Jadi,amalan mudah yang kita boleh buat,kita buatlah setiap hari. Rugilah jika tak diamalkan.  Semangat! Semangat! 

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.