Aku tak akan mengulangi kesalahan yang sama. Memberi harapan pada makhluk yang bernama manusia tidak akan memberi kebahagiaan. Jika bahagia, ianya hanya sekejap. Tak akan bertahan lama. Adakalanya, aku perlu pentingkan diri sendiri. Aku tidak mahu melukai dan terluka. Hidup hanya sekadar atas nama ikatan. Tidak seperti persahabatan, setia tidak mengenal apa pun tujuan. Jika perkahwinan, ianya tidak mudah. Aku boleh bertahan tapi tidak redha. Aku boleh sabar mengikut rentak tapi tak tahu sampai bila. Jadi, aku akan teruskan dengan suasana ini. Sampai bila? Sehingga ajal menjemput. Bersediakah berhadapan dengan Allah?
Banyak kali dah saya mencari sesuatu nak buat supaya dapat pahala berterusan walaupun saya dah mati nanti. Dalam kelas pun, saya terangkan kepada murid tentang ini sebab ada tajuk yang berkaitan. Ada topik tentang mengingati mati dan juga tentang amal jariah dalam menuntut ilmu. Kita tak selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa akan pergi dan tak mampu lagi nak buat ibadah seperti waktu hidup. Terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah atau infaq. Semua orang nak financial freedom, tapi kadang-kadang tidak terfikir untuk dapat pahala freedom ini. Apa yang saya dah ada sekarang dan akan cuba lagi buat yang terbaik: 1-Ada anak soleh solehah, usaha dan doa supaya di didik menjadi anak yang boleh mendoakan ibu bapa buat selamanya. 2- Jadi guru, ajar ilmu yang baik. Buat yang terbaik dan jangan sambil lewa. 3. Guru Al-Quran, ajar betul-betul anak murid supaya boleh baca Quran dengan baik. Ajar anak sendiri juga. ...
Comments
Post a Comment