Skip to main content

Feloles

Hari yang sangat memenatkan. Terasa pendek sahaja. Cepat masa berlalu. Dan masih banyak lagi kerja yang masih belum dapat disiapkan. Kertas kerja, surat,rancangan mengajar pun tak terbuat. Sungguh,tidak ada daya upayaku melainkan Allah. 

Terlalu banyak tugasan sampingan yang perlu dibuat. Jawatan dalam organisasi sekolah dan "non-stop activities" di sekolah menyebabkan tugasan hakiki sedikit terabai. Iaitu mengajar dan mendidik. Masuk kelas tanpa persediaan rapi. Terlambat beberapa minit. Tidak menyediakan aktiviti yang kreatif dan menarik untuk murid. Masalah murid yang aktif, lambat belajar, tak mahu beri kerjasama dan buat bising dalam kelas masih juga tak dapat diatasi. Apabila masuk kelas, fikiran guru pula berada di luar kelas. Memikirkan berapa banyak lagi kerja lain yang belum siap. Perkara yang saya ceritakan ini ialah semua kelemahan saya dan mungkin ada guru lain yang mengalaminya. Semoga Allah memberkati dan mengampunkan kekhilafan seorang guru yang tidak dapat menunaikan hak mereka dengan sepenuhnya kepada murid. Maafkan muallimah. 

Alhamdulillah, dalam kesibukan ada juga masa untuk berehat. Rehat dengan usrah. Pertemuan dengan sahabat usrah dengan sajian makanan rohani. Walaupun badan sudah penat, makanan untuk rohani wajib dipenuhi. 

Dengan izin Allah,masa dan tarikh hari ini yang tidak mungkin akan berulang lagi akan diberkati olehNya. Masih adakah hari esok untuk kita sambung tugas-tugas ini?

Moga Allah redha. 


Thank you sis Hanim yang meminjamkan telefon mahalnya untuk saya selfie.  Hasilnya sangat memberangsangkan. Terima kasih menceriakan hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

Penutup 2024

Sedikit coretan untuk diri sendiri terutamanya. Sebagai muhasabah diri untuk terus bertahan di jalan hidup masing-masing.  Pertama, kita perlu yakin dan berani apa saja yang kita buat pasti akan dapat balasannya suatu hari nanti. . Kebaikan mahupun kejahatan semua diambil kira dan dicatat. Jadi, jangan pernah berkira dengan membuat kebaikan . Buatlah baik semampu kita. Buat jahat jangan sekali.  Next, apa sahaja halangan, ujian ataupun kita nak best sikit kita sebut cabaran hidup yang kita hadapi, bergantung kuatlah hanya pada Allah . Jangan pernah berharap pada makhluk. Apabila namanya makhluk ciptaan, mereka sendiri juga perlukan sesuatu untuk berpaut. Kita ni asalnya lemah dan selamanya lemah. Jangan bermimpi nak jadi kuat. Betul, Allah akan hadirkan manusia-manusia lain di sekeliling kita tetapi bukannya pergantungan 100% kepada mereka. Berdoa dan berharap hanya pada Allah. Kita hanya perlukan sedikit nasihat dan sokongan daripada ahli keluarga dan sahabat. Selebihnya, h...

Patau

Bismillah. Lama sungguh saya tidak menjenguk blog ini. Coretan kali ini ialah sekadar catatan pengalaman dalam hidup di dalam dunia fana ini untuk tatapan hari tua nanti. Tahun 2024 tahun ujian buat saya dan keluarga kecil kami. Sungguh berat sekali ujian ini.  Hujung december lepas, 2023 saya disahkan hamil buat kali ketiga. Rancangnya, ini adalah kandungan saya yang terakhir disebabkan saya akan elective czer buat kali ketiga. Dan, akan memandulkan diri sendiri dengan kaedah pemandulan kekal iaitu ikat peranakan atau bilateral tubal ligation (btl).  Apabila kandungan masuk 23-25 minggu, saya akan buat detail scan untuk setiap anak untuk memastikan keadaan baby sihat dan normal sebaik saja dilahirkan. Keputusan mendapati ada beberapa abnormal pada otak, jantung dan juga buah pinggang. Doktor atau sonografer di klinik swasta mencadangkan untuk buat detail scan buat kali kedua dalam masa dua minggu lagi. Waktu ini, saya tidak begitu risau tentang ini kerana anak kami sebel...

Bulatan gembira itu!

Bismillah..segala puji bagi Allah yang mengatur setiap gerak langkah kita setiap masa. Dia sentiasa jaga kita walaupun kita seringkali lupa padaNya. Ampunkan kami Ya Allah.  Kali ni saya nak cerita bagaimana saya mengenali usrah atau saya panggil bulatan gembira. Tidak semua yang tahu kecuali sahabat terdekat sahaja. Semoga terselit sedikit ibrah melalui perjalanan hidup saya ini. Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Ibu ayah bekerja sendiri. Sejak kecil, saya melihat  mereka berhempas pulas bekerja mengerah keringat demi membesarkan tujuh anak. Antara kerja yang pernah mereka buat ialah kerja sawah, menanam ubi keledek, tembakau, kacang tanah, jagung dan sayuran yang lain. Tanaman ini bersilih ganti mengikut musim. Saya masih ingat kami berlari-lari dan bermain dalam petak sawah, penuh dengan lumpur sambil menangkap ikan. Sungguh indahnya waktu itu. Terima kasih wahai ibu dan ayah kerana besarkan kami dengan penuh kasih sayang.  Seperti kanak-kanak ya...