Bilakah musibah wabak corona virus ini akan berakhir? Ujian buat semua manusia buat masa sekarang. Ujian untuk diri sendiri pula ialah tidak dapat memanfaatkan sebaiknya masa yang dikurniakan oleh Allah ini. Setiap hari buat perkara yang sama sahaja. Maintain. Susah nak capai hari ini adalah lebih baik daripada semalam. Dari bangkit tidur sehingga lelap semula, perkara yang sama berulang. Kalau ikutkan, sama juga rutin ketika bekerja. Ulang benda yang sama juga. Lainnya kali ini, rutin pada hari cuti. Tanpa ada tugas. Tidak boleh keluar rumah. Pasti ada hikmah besar buat mereka yang sentiasa muhasabah. Ujian adalah sesi taaruf dengan Pencipta kita. Semakin diuji, semakin kenal Allah. Semakin dekat denganNya.
Semoga Allah letakkan kita semua dalam kebaikan.
I miss you my best friend.
Comments
Post a Comment