Skip to main content

Nak usaha apa lagi?

Ada orang berusaha sibukkan diri untuk lupakan sesuatu kesedihan atau kekecewaan,namun di dalam dasar hatinya dia masih lagi simpan memori itu. Sayang pula nak lepaskan. Pelik juga. Sebenarnya, manusia seharusnya begitu. Lebih-lebih lagi wanita,yang sentiasa bertindak berdasarkan emosi dan perasaan. Saya pun tak terlepas daripada itu. Apabila saya sibuk dengan tugas, saya boleh melupakan sebentar perkara yang mengganggu fikiran saya. Walaupun,sebenarnya dalam hati masih lagi mengenangkan. Saya kira,masa itu lebih baik digunakan untuk benda baik. Betullah,ada yang mengatakan buatlah kebaikan sehingga kita penat untuk buat perkara buruk. Apabila ada masa luang,seringkali hati dilayan dengan perasaan sedih dan bermacam fikiran negatif. 

Jadi,cara untuk memastikan masa itu  digunakan dengan baik ialah dengan menyusun jadual pada hari tidak bekerja. Saya sudah tahu tapi masih tak dapat nak buat. Selepas berborak dengan seorang sahabat ni,katanya itulah yang dia buat untuk memastikan masanya diisi dengan baik. Katanya lagi,biarpun penat tapi ilmu bertambah. 

Saya seringkali berasa sangat down ketika berada di rumah tanpa berbuat apa-apa berbanding berada di luar. Mungkin hormon oksitosin berkurang sebab tidak ada kerja. Saya fikir saya akan cuba mengisi masa saya dengan lebih baik lepas ini. 

Semoga Allah redha. 

Comments

Popular posts from this blog

Pahala freedom

Banyak kali dah saya mencari sesuatu nak buat supaya dapat pahala berterusan walaupun saya dah mati nanti. Dalam kelas pun, saya terangkan kepada murid tentang ini sebab ada tajuk yang berkaitan. Ada topik tentang mengingati mati dan juga tentang amal jariah dalam menuntut ilmu.  Kita tak selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa akan pergi dan tak mampu lagi nak buat ibadah seperti waktu hidup. Terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah atau infaq. Semua orang nak financial freedom, tapi kadang-kadang tidak terfikir untuk dapat pahala freedom ini.  Apa yang saya dah ada sekarang dan akan cuba lagi buat yang terbaik: 1-Ada anak soleh solehah, usaha dan doa supaya di didik menjadi anak yang boleh mendoakan ibu bapa buat selamanya.  2- Jadi guru, ajar ilmu yang baik. Buat yang terbaik dan jangan sambil lewa.  3. Guru Al-Quran, ajar betul-betul anak murid supaya boleh baca Quran dengan baik. Ajar anak sendiri juga.  ...

Bila bangun pagi

Bagaimana tidur anda semalam? Lena atau tidak. Apa pun,ucapkanlah syukur kerana diberi peluang lagi untuk terus hidup pada hari ini.  Bacalah doa bangun tidur yang anak-anak kita sudah hafal sejak tadika lagi. "Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepadaNyalah kami dibangkitkan." Anak-anak kat sekolah biasanya baca doa sebelum saja,doa sebelum makan, sebelum tidur, sebelum masuk tandas. Doa yang selepas perbuatan biasanya mereka lupa sebab tidak dibaca. Begitulah, hafal tapi tak diamalkan. Lama-lama lupa.  Jadi,amalan mudah yang kita boleh buat,kita buatlah setiap hari. Rugilah jika tak diamalkan.  Semangat! Semangat! 

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.