Banyak perkara dalam dunia ini kita sayang. Terlalu sayang. Sehinggakan tidak ingin berpisah dengannya. Bebaskan dunia daripada hatimu. Letakkan semua hal berkaitan dunia hanya di tangan. Jika tidak, dunia menjerat kita dengan pelbagai ujian. Emosi,hati dan perasaan kecewa dan sedih apabila berlaku kehilangan. Jangan sesekali masukkan dunia di hati. Sakitnya itu amat berbeza. Sakit di tangan adalah berbeza dengan sakit di hati. Sakit di hati mengambil masa yang lama untuk sembuh. Sahabat,letakkan duniamu hanya di tangan. -Reclaim your heart,Yasmin Mogahed.
Banyak kali dah saya mencari sesuatu nak buat supaya dapat pahala berterusan walaupun saya dah mati nanti. Dalam kelas pun, saya terangkan kepada murid tentang ini sebab ada tajuk yang berkaitan. Ada topik tentang mengingati mati dan juga tentang amal jariah dalam menuntut ilmu. Kita tak selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa akan pergi dan tak mampu lagi nak buat ibadah seperti waktu hidup. Terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah atau infaq. Semua orang nak financial freedom, tapi kadang-kadang tidak terfikir untuk dapat pahala freedom ini. Apa yang saya dah ada sekarang dan akan cuba lagi buat yang terbaik: 1-Ada anak soleh solehah, usaha dan doa supaya di didik menjadi anak yang boleh mendoakan ibu bapa buat selamanya. 2- Jadi guru, ajar ilmu yang baik. Buat yang terbaik dan jangan sambil lewa. 3. Guru Al-Quran, ajar betul-betul anak murid supaya boleh baca Quran dengan baik. Ajar anak sendiri juga. ...
Comments
Post a Comment