Skip to main content

Usrah membina rijal

Tahun lepas, usrah adalah gabungan guru-guru yang mengajar dalam darjah yang sama. Saya mengajar tahun tiga. Jadi, kumpulan usrah kami adalah dalam kalangan muallimah tahun tiga sahaja. Ada Umi, Kak Zirawatul, Kak Jue, Kak Laila, Kak Ain Madiha, Asyaza dan Kursiah. Saya ingin menulis sedikit tentang usrah kami untuk dijadikan memori dalam perjalanan hidup yang singkat ini. Saya fikir dengan cara menulis semula tentang peristiwa yang berlaku, akan membuatkan saya lebih bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Apabila baca semula, biar pun ayat tunggang langgang. Sungguh, Allah Maha Baik. Banyak sekali nikmat dan kebaikan yang diberi pada saya untuk menjadikan saya hambaNya yang lebih baik. Terasa lemahnya iman dalam jiwa ini apabila tidak bersetuju dengan setiap ketentuan yang Allah tetapkan. 

Usrah membina rijal ini diberi nama oleh Umi Kalsum, naqibah kami. Kenapa rijal? Bukannya nisa? Umi pernah beri jawapan. Tapi saya dah lupa dan tak pasti. Saya fikir, mungkin tugas para lelaki itu lagi besar untuk membangun ummah berbanding peranan para wanita. Lelaki-lelaki yang baik akan memimpin ahli keluarganya dan masyarakat menuju ke syurga Allah. MasyaAllah. 

Umi suka memetik mana-mana ayat Allah yang menjadi pilihan. Kemudian, tadabbur dan mengambil ibrah dengan mengaitkan peristiwa yang berlaku dalam hidup. Berkongsi masalah yang dihadapi dalam mendidik anak-anak. Juga mengambil inspirasi daripada kisah Nabi saw dan para sahabat. 

Jika dapat berada dalam circle ini, terasa disuntik satu semangat untuk meneruskan perjuangan dalam dakwah dan tarbiyah ini. Walaupun, masa perjumpaan usrah ini adalah waktu petang, iaitu selepas waktu bekerja. Badan dan fikiran juga sudah penat. Namun, usrah ini dianggap sebagai waktu rehat buat kami. 

Satu perkara lagi, waktu-waktu petang ketika usrah, adalah saat ketika perut minta diisi. Masa ini, tatkala perut sudah menyanyi lagu nasyid 'iman adalah mutiara..di dalam hati manusia..'. Maklumlah, perut orang beriman, nyanyi pun lagu islamik. Mengarut saja ni.  Jadi, mereka dalam kumpulan ini sentiasa bawa makanan untuk dimakan sambil mendengar pengisian. Terutamanya, ketua kami yang sangat prihatin, Kak La dan ada juga ahli-ahli lain. Ada ketika mereka bawa air mangga, air kotak, kerepek, biskut, kurma dan banyak lagi. Ohh..usrah is fun. Curi tagline Kak Jue dalam kelas Bahasa Inggeris beliau. Asalnya, "Ohh..English is fun."

Usrah adalah satu wasilah (cara) untuk mendidik hati. Banyak ilmu yang sudah tahu dan dipelajari. Namun, apabila berhadapan dengan ujian yang boleh menggoyah keyakinan pada janji Allah, seringkali saya sendiri tertewas lalu rebah. Pertarungan emosi sendiri, antara positif dan negatif, antara sangkaan baik atau buruk, membuatkan saya memerlukan seseorang yang memberi peringatan pada diri ini. Memang betul, agama itu adalah nasihat. Siapa lagi yang boleh bawa semula diri ini kembali pada Allah setelah rebah tersungkur, jika bukan sahabat dalam usrah?

Usrah sebagai nadi dalam kehidupan. Yang membangunkan diri dan orang lain. Inilah satu pasukan yang membolehkan saya bernafas kembali. Ya Rabb, tetapkan hati-hati kami di jalan dakwahMu. 

Sebuah memori yang pastinya dikenang. Rehlah di Taman Saujana Hijau Putrajaya. Kak La masak nasi kerabu lauk ketam sedap sengoti. Nikmat TuhanMu manakah lagi yang kamu dustakan? 



Azzam pun ada tu. Semoga Azzam menjadi penggerak usrah nanti. 



Sedap weh.

Kek ini sempena penutup usrah yang terakhir kami 2019. 



Comments

Popular posts from this blog

Pahala freedom

Banyak kali dah saya mencari sesuatu nak buat supaya dapat pahala berterusan walaupun saya dah mati nanti. Dalam kelas pun, saya terangkan kepada murid tentang ini sebab ada tajuk yang berkaitan. Ada topik tentang mengingati mati dan juga tentang amal jariah dalam menuntut ilmu.  Kita tak selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa akan pergi dan tak mampu lagi nak buat ibadah seperti waktu hidup. Terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah atau infaq. Semua orang nak financial freedom, tapi kadang-kadang tidak terfikir untuk dapat pahala freedom ini.  Apa yang saya dah ada sekarang dan akan cuba lagi buat yang terbaik: 1-Ada anak soleh solehah, usaha dan doa supaya di didik menjadi anak yang boleh mendoakan ibu bapa buat selamanya.  2- Jadi guru, ajar ilmu yang baik. Buat yang terbaik dan jangan sambil lewa.  3. Guru Al-Quran, ajar betul-betul anak murid supaya boleh baca Quran dengan baik. Ajar anak sendiri juga.  ...

Bila bangun pagi

Bagaimana tidur anda semalam? Lena atau tidak. Apa pun,ucapkanlah syukur kerana diberi peluang lagi untuk terus hidup pada hari ini.  Bacalah doa bangun tidur yang anak-anak kita sudah hafal sejak tadika lagi. "Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepadaNyalah kami dibangkitkan." Anak-anak kat sekolah biasanya baca doa sebelum saja,doa sebelum makan, sebelum tidur, sebelum masuk tandas. Doa yang selepas perbuatan biasanya mereka lupa sebab tidak dibaca. Begitulah, hafal tapi tak diamalkan. Lama-lama lupa.  Jadi,amalan mudah yang kita boleh buat,kita buatlah setiap hari. Rugilah jika tak diamalkan.  Semangat! Semangat! 

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.