Ada ke orang nak baca blog ni? Sahabat paling rapat sendiri pernah cakap, dia tak suka baca blog saya. Tak faham. Tiba-tiba,rasa down. Kenapa saya tulis di blog? Saya tak ada apa-apa akaun media sosial. Harapannya, nak sebarkan ilmu. Walaupun penulisan tak seberapa, lebih baik kita tulis perkara yang kita tahu. Yang pernah alami sendiri. Kalau mati hari ni, ada peninggalan dalam bentuk tulisan untuk anak saya. Dan orang-orang yang digerakkan hati oleh Allah untuk buka dan baca. Itu saja. InshaAllah.
Bagaimana tidur anda semalam? Lena atau tidak. Apa pun,ucapkanlah syukur kerana diberi peluang lagi untuk terus hidup pada hari ini. Bacalah doa bangun tidur yang anak-anak kita sudah hafal sejak tadika lagi. "Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepadaNyalah kami dibangkitkan." Anak-anak kat sekolah biasanya baca doa sebelum saja,doa sebelum makan, sebelum tidur, sebelum masuk tandas. Doa yang selepas perbuatan biasanya mereka lupa sebab tidak dibaca. Begitulah, hafal tapi tak diamalkan. Lama-lama lupa. Jadi,amalan mudah yang kita boleh buat,kita buatlah setiap hari. Rugilah jika tak diamalkan. Semangat! Semangat!
Comments
Post a Comment