Skip to main content

Secebis kisah

Betullah. Ujian ini benda yang berulang-ulang saja. Orang lain dah pernah alaminya. Tiba masa kita, dapat juga la merasa. Sebab itu, jangan risau. Usah khuatir.

Saya nak menulis sesuatu tentang persahabatan. Namun, rasa seperti tak layak nak tulis. Sahabat tersayang saya, ada tulis satu manuskrip tentang persahabatan. Dia minta saya sambung beberapa bahagian untuk melengkapkan manuskrip tersebut. Dua tahun sudah berlalu tapi saya masih belum sentuh lagi manuskrip itu.

Pertama, saya tidak mahir menulis. Tulis ikut suka itu boleh. Namun, nak hasilkan sebuah penulisan yang bagus, belum capai tahap itu lagi. Kedua, pengalaman ketika ada seorang sahabat yang sangat rapat membuat saya bersedih hati selepas kami mengikut takdir masing-masing. Kami masih lagi berhubung. Tapi, banyak perkara membuat kami semakin jauh. Saya sayang sahabat itu. Dia banyak tolong saya. Tahu kebaikan mahu pun keburukan saya. Disebabkan komitmen dan amanah yang sangat banyak, saya tidak dapat lagi menjalani hidup bersamanya. Menatap wajahnya selalu. Bertugas bersama. Menepuk bahu saya ketika saya menangis. Lelah rasanya. Sepi tanpanya. Sesekali dalam kesibukan kerja, saya rasa kosong. Tidak tahu bagaimana ingin mengisi kekosongan itu. Ianya tidak sama dengan adanya sahabat yang lain. Adanya pasangan hidup. Sukar untuk saya nyatakan perasaan itu. Ianya sangat beda. Namun, saya teruskan juga walau payah untuk menghadapi hari- hari mendatang tanpanya. 

Apabila rindukan kebersamaan yang dulu, saya rasa sayu. Mahu menitiskan air mata. Rindu itu datang tanpa dipinta. Saya pendamkan sahaja. Hanya meninggalkan pesanan di whatapps bertanya khabar dan menyatakan rindu padanya. Sejak kami berpisah, saya menjadi sensitif. Seolah- olah masih tidak dapat menerima hakikat ini. Saya lambat move on. Manusia sememangnya tidak suka akan suatu perubahan. Sudah tidak ada lagi zon selesa. Setiap hari, pergantungan hanya pada Allah supaya urusan berjalan dengan baik. Ianya berupa ujian bagi saya. 

Sudah pasti terkandung beribu hikmah di sebalik kejadian. Maafkan diriku wahai sahabat. Sepanjang perkenalan kita, saya bersedia menjadi pendengar untuknya. Sentiasa berusaha menjadi terbaik buatnya. Sehingga suatu masa, jika saya tidak dapat bantunya, saya rasa sangat kecewa. Manisnya ukhuwah. Namun, perlu atas dasar kasih sayang keranaNya. Bukan sebab lain. Bukan kerana ada udang di sebalik mee. Kita pasti diuji dengan perkara yang kita sayang. Semuanya atas kehendak Allah. Salah saya jika saya tidak meletakkan Allah dalam persahabatan ini. Saya harus muhasabah. Jika ukhuwah ini diuji dengan perpisahan. Kemudian, diuji dengan kesetiaan apabila berjauhan. Adakah saya dapat menjadi teman setia untuknya sehingga akhir hayat ini? Fitrah manusia ingin berteman dan tidak mahu keseorangan. Harapan kita bukan pada seorang sahabat. Apabila kehilangan, Allah jua tempat mengadu. Allah jua yang tidak pernah meninggalkan kita. Sahabatku, maafkan diriku atas segalanya. 

Bukan manusia yang memberi jalan keluar di setiap permasalahan kita. Mereka hanya perantaraan sahaja. Mereka dihantar oleh Allah untuk membantu kita memperbaiki diri. Baiki hubungan dengan Pencipta dan manusia. Maka, terjadilah sebuah pertemuan dengan orang itu. 

Kepada sahabatku, maafkan diriku. Cerita ini hanya secebis dalam perjalanan hidup kita. Walau pun masa yang diberi untuk kita bersama adalah sebentar sahaja, namun memberi kesan yang mendalam pada hati. Semoga masih ada lagi ruang dan waktu untuk kita menyuburkan lagi ukhuwah kita.

Gambar ni diambil oleh sahabat saya,katanya boleh buat cover buku. Berangan je la dulu.

Ukhuwah ada di mana-mana. Mukhayyam guru dan staf 2020.



Comments

  1. Inginku abadikan kisah ini dalam perjalanan hidupku. Tempat yang ada sekarang ini adalah di blog ini. Hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Penutup 2024

Sedikit coretan untuk diri sendiri terutamanya. Sebagai muhasabah diri untuk terus bertahan di jalan hidup masing-masing.  Pertama, kita perlu yakin dan berani apa saja yang kita buat pasti akan dapat balasannya suatu hari nanti. . Kebaikan mahupun kejahatan semua diambil kira dan dicatat. Jadi, jangan pernah berkira dengan membuat kebaikan . Buatlah baik semampu kita. Buat jahat jangan sekali.  Next, apa sahaja halangan, ujian ataupun kita nak best sikit kita sebut cabaran hidup yang kita hadapi, bergantung kuatlah hanya pada Allah . Jangan pernah berharap pada makhluk. Apabila namanya makhluk ciptaan, mereka sendiri juga perlukan sesuatu untuk berpaut. Kita ni asalnya lemah dan selamanya lemah. Jangan bermimpi nak jadi kuat. Betul, Allah akan hadirkan manusia-manusia lain di sekeliling kita tetapi bukannya pergantungan 100% kepada mereka. Berdoa dan berharap hanya pada Allah. Kita hanya perlukan sedikit nasihat dan sokongan daripada ahli keluarga dan sahabat. Selebihnya, h...

Patau

Bismillah. Lama sungguh saya tidak menjenguk blog ini. Coretan kali ini ialah sekadar catatan pengalaman dalam hidup di dalam dunia fana ini untuk tatapan hari tua nanti. Tahun 2024 tahun ujian buat saya dan keluarga kecil kami. Sungguh berat sekali ujian ini.  Hujung december lepas, 2023 saya disahkan hamil buat kali ketiga. Rancangnya, ini adalah kandungan saya yang terakhir disebabkan saya akan elective czer buat kali ketiga. Dan, akan memandulkan diri sendiri dengan kaedah pemandulan kekal iaitu ikat peranakan atau bilateral tubal ligation (btl).  Apabila kandungan masuk 23-25 minggu, saya akan buat detail scan untuk setiap anak untuk memastikan keadaan baby sihat dan normal sebaik saja dilahirkan. Keputusan mendapati ada beberapa abnormal pada otak, jantung dan juga buah pinggang. Doktor atau sonografer di klinik swasta mencadangkan untuk buat detail scan buat kali kedua dalam masa dua minggu lagi. Waktu ini, saya tidak begitu risau tentang ini kerana anak kami sebel...

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.