Banyak perkara dalam dunia ini kita sayang. Terlalu sayang. Sehinggakan tidak ingin berpisah dengannya. Bebaskan dunia daripada hatimu. Letakkan semua hal berkaitan dunia hanya di tangan. Jika tidak, dunia menjerat kita dengan pelbagai ujian. Emosi,hati dan perasaan kecewa dan sedih apabila berlaku kehilangan. Jangan sesekali masukkan dunia di hati. Sakitnya itu amat berbeza. Sakit di tangan adalah berbeza dengan sakit di hati. Sakit di hati mengambil masa yang lama untuk sembuh. Sahabat,letakkan duniamu hanya di tangan. -Reclaim your heart,Yasmin Mogahed.
Blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman penulis dan sedikit ilmu bermanfaat untuk kebaikan kita bersama. Semoga amal yang sedikit ini menjadi saham berkekalan di akhirat kelak.