Skip to main content

Rutin dalam hidup

Assalamualaikum. Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Sebelum ini, saya pernah menulis tentang risaunya diri ini sekiranya tidak dapat memanfaatkan masa yang telah diberi ini. Hari ini adalah sama dengan semalam dan begitulah seterusnya. Akhirnya. sampainya waktu ketika nafas berada di kerongkong, kita masih begitu. Tidak buat perubahan dan penambah baikan dalam hidup. Lemahnya rasa. Itulah hakikat seorang hamba.

Sudah masuk lebih kurang sebulan saya bercuti di kampung dan tak boleh keluar ke mana-mana. Antara rutin yang dapat saya kongsikan ialah:

1. Bangun awal pagi sebelum Subuh. Minum air suam segelas. Mandi siap-siap. Bersihkan diri. Tunaikan solat sunat tahajud, taubat, hajat dan lakukanlah solat sunat witir sebagai penutup. Sekiranya masih ada masa sebelum masuk waktu Subuh, bacalah Al-Quran. Menurut Ustaz Dusuki, amalan ketika dua pertiga malam ini dapat menaikkan darjat kita di sisi Allah. Solat dan baca Quran pada waktu ini adalah tidak sama dengan waktu lain. Ini juga amalan para nabi dan sahabat pada suatu masa dahulu.

2. Bersenam. Selepas Subuh, perut saya ini cepat lapar. Jadi, ambil dulu roti, biskut atau apa saja makanan yang ada sebagai alas perut. Kemudian, buat senaman yang kita suka. Biasanya, saya akan buat senaman aerobik selama 15-30 minit. Ikut saja video yang di upload daripada Youtube. Badan nak juga sihat memandangkan kita duduk sahaja di rumah kan? Exercise itu wajib, ringan atau berat terpulang ikut kemampuan diri. Janji, istiqamah. Semoga badan sihat dan jauh daripada penyakit. 

3. Sediakan makanan ikut waktu makan. Sediakan makanan atau masakan untuk keluarga. Jika mampu, buatlah bersama. Kemudian, makan bersama-sama.

4. Solat sunat Dhuha. Lakukan solat sunat Dhuha. Tidak ada alasan jika tak nak buat sebab tidak bekerja. Masa luang terlalu banyak . Dua rakaat saja pun.

5. Kerja rumah seperti uruskan anak, basuh pakaian, atau kemas rumah. Ada juga yang perlu bekerja dari rumah. Buatlah semua ini kerana Allah.

6. Baca Al-Quran. Ambil masa sekerap mungkin untuk baca Al-Quran. Jika mampu, dan mintalah dengan Allah supaya kita berjaya khatam Al-Quran ketika cuti PKP ini.

7. Eratkan hubungan dengan ahli keluarga. Banyakkan berkomunikasi dan aktiviti bersama dengan mereka. Pada hari biasa, kita tidak berpeluang untuk buat banyak aktiviti dengan mereka. Jadi, usah sia-siakan peluang yang diberi ini.

8. Banyakkan berdoa. 

9. Menulis. Tulis pengalaman dalam hidup supaya tidak terkubur bersama dengan kita apabila mati nanti.

Ini sahaja yang dapat dikongsikan pada kali ini. Tingkatkan rasa syukur pada Allah.  Hargai apa yang ada depan mata. Kekal positif. Semoga kita beroleh manfaat bersama. Jumpa lagi.


Ustaz Tarmizi  Hj Ali pernah kongsi, arwah ayahandanya mendidik keluarga mereka dengan Al-Quran. Sehinggakan seingat beliau, mereka adik beradik kurang bercakap dengan ayahandanya sendiri kerana masing-masing sibuk membaca Al-Quran. MasyaAllah hebat. -gambar hiasan

Comments

Popular posts from this blog

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.

Bertumbuh

Bertumbuh ialah salah sebuah buku yang saya baca. Ianya dipinjam daripada seorang sahabat. Buku ini sejenis buku motivasi santai ditulis oleh penulis dari Indonesia. Saya pun tak catat pula nama beliau. Saya baca dalam penghujung tahun lepas.  Saya ingin berkongsi serba sikit berkenaan kandungan atau ilmu yang ada dalam buku tersebut. Kata penulis, kita tak perlu berubah menjadi orang yang lain. Sebab, lama-kelamaan kita akan jadi seperti kita yang dulu juga. Iaitu yang hina, malas, sombong, syok sendiri, angkuh dan lain lain.  Perkara yang kita perlu buat ialah bertumbuh. Dalam konteks, menjadikan masalah dan pengalaman dalam hidup kita untuk fokus pada matlamat, jiwa jadi besar, tidak mudah mengalah, matang, berani, dan banyak lagi nilai positif yang lain. Bertumbuh itu besar, besar amal, besar ikhtiar, besar tawakal dan syukur pada Allah. Kita tidak pernah terlambat untuk melakukan semua itu . Ciri-ciri bertumbuh yang ditulis dalam buku ini ada lima. Satu...

Muhasabah

Apabila lihat kembali ke belakang, banyak perkara yang berlaku adalah ketetapan terbaik buat diri saya. (mungkin juga buat kita semua). Saya sedar, Allah sebaik-baik Perancang. Ketika saya sudah putus asa, tidak mahu lagi berusaha dan merancang ,tetapi Allah tak pernah berhenti merancang untuk saya. Tugas saya ialah, menerima dengan hati terbuka bahawa semuanya ada hikmah. Ada kebaikan di sebalik kejadian. Susah hidup sekarang,susah lagi hidup mak ayah saya dulu. Memang cabarannya tidak sama. Namun, ingatlah wahai Anis, Allah uji sesuai dengan kemampuan kita. Susah hidup saya sekarang,ramai lagi orang susah di luar sana. Tak ada makanan,rumah tak ada air dan elektrik. Tandas pun tak ada. Kata Ustaz Ebit, "apa saya nak jawab depan Allah nanti?". Saya wajibnya bersyukur. Menangisi benda yang belum ada, sedangkan banyak lagi nikmat lain Allah bagi. Orang kata, kita kena syukur nikmat yang kecik-kecik dulu sebelum yang lebih besar. Contoh, bekalan oksigen yang kita dapat. Ki...