Skip to main content

Tips menggembirakan ibu bapa

Bismillah. Kali ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang tips menggembirakan ibu bapa. Ianya akan lebih berfokus kepada mereka yang mempunyai ibu bapa yang sudah menjangkau umur 60 ke atas. 

Ibu saya sudah berumur 67 tahun. Ayah pula berumur 75 tahun. Kata ayah, itu adalah umurnya dalam kad pengenalan. Umur sebenar mungkin lebih daripada itu. Ayah sendiri tidak ingat tarikh lahirnya. Katanya lagi, dia lahir sebelum Jepun ada di Tanah Melayu lagi. Wallahua'lam. 

Ibu bapa yang semakin menua dalam jagaan kita,kita wajib pelihara mereka dengan sebaiknya. Mereka ini telah melalui pelbagai ujian dalam hidup. Usia muda mereka dihabiskan dengan mencari rezeki dan mengerah keringat. Masa inilah mereka ingin berehat dan menghabiskan sisa usia dengan beribadah kepada Allah. 

Bercakap dengan bahasa yang sangat sopan
Ibu bapa yang makin berusia mempunyai hati yang sangat sensitif. Mereka mudah terluka dan kembali berkelakuan seperti keanak-anakan. Kadang-kadang, mereka mudah marah dan juga mudah menangis. Dalam Al-Quran, Allah ada menyebut:

Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian Dia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya) dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah dia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. (An-Nahl:70)

Sentiasa berborak dengan mereka
Pada lewat usia, mereka suka bercakap tentang kisah lama mereka. Ayah saya sendiri, beliau suka mengimbau kenangan yang lama sewaktu muda-muda. Hati menjadi lebih sayu apabila ayah saya suka menceritakan bahawa masanya sudah tak lama lagi. Ramai kawannya yang lain sudah lama meninggalkan dunia yang fana ini. Menurutnya, Allah mengizinkannya merasai bezanya waktu muda berbanding sekarang. Jika dulu badan sihat, makan dalam kuantiti yang banyak dan boleh bergerak dengan pantas. Bezanya sekarang, selalu sakit sana sini, lemah, makan tak boleh nak laju-laju, makan makanan yang lembik dan banyak ubat yang perlu dimakan setiap hari. Itu tanda-tanda yang Allah bagi supaya manusia sedar, waktu yang tinggal sudah semakin singkat. Tapi, jika seseorang yang tidak sempat merasai usia tua, pasti susah untuk mereka menginsafi diri. Terasa diri masih muda dan kuat. Pasti, lambat lagi nak mati. Itu hanya fikiran bagi orang-orang yang kurang mengingati mati. Jadi, tugas kita sebagai anak, berilah lebih masa untuk bercakap-cakap dengan mereka selagi masih ada peluang. 

Bersama ayah waktu cuti PKP
Cukupkan keperluan mereka 
Beri mereka makan apa sahaja mereka mahu makan selagi ianya tidak mengganggu kesihatan. Cukupkan segala keperluan ubatan, makanan dan pakaian setakat kita mampu. Pada usia begini, bukannya duit kita yang mereka dambakan, tetapi perhatian dan kasih sayang daripada anak-anak. Saya yakin, kita semua diuji dengan pelbagai komitmen bagi meneruskan kelangsungan hidup di bandar. Namun, cari masa untuk hubungi mereka melalui pelbagai alat teknologi yang kita miliki pada hari ini. 

Sahabat yang dirahmati Allah semua, tiga tips ini sahaja bagi saya sangat penting untuk kita penuhi buat ibu ayah yang meniti usia tua. Ada juga tips yang lain seperti sentiasa mendoakan mereka dan lain-lain. Namun, saya cuba menggariskan tiga perkara ini sahaja. Semoga bermanfaat untuk semua lebih-lebih lagi untuk diri saya sendiri. 

Tamat. 

Comments

Popular posts from this blog

Pahala freedom

Banyak kali dah saya mencari sesuatu nak buat supaya dapat pahala berterusan walaupun saya dah mati nanti. Dalam kelas pun, saya terangkan kepada murid tentang ini sebab ada tajuk yang berkaitan. Ada topik tentang mengingati mati dan juga tentang amal jariah dalam menuntut ilmu.  Kita tak selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa akan pergi dan tak mampu lagi nak buat ibadah seperti waktu hidup. Terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah atau infaq. Semua orang nak financial freedom, tapi kadang-kadang tidak terfikir untuk dapat pahala freedom ini.  Apa yang saya dah ada sekarang dan akan cuba lagi buat yang terbaik: 1-Ada anak soleh solehah, usaha dan doa supaya di didik menjadi anak yang boleh mendoakan ibu bapa buat selamanya.  2- Jadi guru, ajar ilmu yang baik. Buat yang terbaik dan jangan sambil lewa.  3. Guru Al-Quran, ajar betul-betul anak murid supaya boleh baca Quran dengan baik. Ajar anak sendiri juga.  ...

Bila bangun pagi

Bagaimana tidur anda semalam? Lena atau tidak. Apa pun,ucapkanlah syukur kerana diberi peluang lagi untuk terus hidup pada hari ini.  Bacalah doa bangun tidur yang anak-anak kita sudah hafal sejak tadika lagi. "Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepadaNyalah kami dibangkitkan." Anak-anak kat sekolah biasanya baca doa sebelum saja,doa sebelum makan, sebelum tidur, sebelum masuk tandas. Doa yang selepas perbuatan biasanya mereka lupa sebab tidak dibaca. Begitulah, hafal tapi tak diamalkan. Lama-lama lupa.  Jadi,amalan mudah yang kita boleh buat,kita buatlah setiap hari. Rugilah jika tak diamalkan.  Semangat! Semangat! 

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.