Skip to main content

Sikap kita yang suka bertangguh


Assalamualaikum. Semoga berada dalam keadaan yang baik dan syukur pada Allah swt. Banyak sungguh nikmat Allah yang telah dikurniakan untuk kita. Allah langsung tidak menangguhkan urusannya untuk  mengurniakan kita dengan bekalan oksigen yang disedut setiap hari. Jika Allah berbuat demikian, pasti kita semua tidak dapat bernafas lagi di muka bumi ini. Kalau kita tak dapat bersyukur, berusahalah mencari nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Sekiranya perlu, tulislah dalam satu buku tentang 'sebab untukku bersyukur'. Buatlah senarai supaya kita menjadi hamba yang bersyukur. Jika kita ada anak yang tidak mendengar kata, syukurlah kerana kita masih ada anak. Jika ada pasangan yang membosankan atau tidak bersefahaman, syukurlah kerana kita masih punya pasangan. Namun, perlu diingat jangan biarkan masalah itu berlarutan kerana akan mengganggu emosi dalam rumah tangga. Perbaiki diri kerana setiap amanah akan ditanya oleh Allah kelak. Dalam hidup, kita perlu kreatif dan berseni untuk berhadapan dengan pelbagai ujian. 

Dalam ayat di atas, Allah berfirman dalam surah Al-Hadid ayat ke -21. Seruan kepada hambaNya supaya kita berlumba-lumba dalam mendapatkan ampunan Allah. Kemudian, beroleh syurga. Sikap kita pada hari ini pula adalah menangguh-nangguh dalam membuat kebaikan. Contohnya, kita tidak berlumba-lumba untuk solat di awal waktu. Lebih baik daripada itu, laksanakan solat jemaah. Mengajak semua ahli rumah untuk melakukan bersama. Ada juga yang menahan ucapan terima kasih kepada orang yang berjasa dalam hidup kita. Ada yang menahan memberi maaf dan memaafkan kesalahan orang lain. 

Wahai sahabat-sahabatku, usah bertangguh dalam semua urusan hidup kita yang melibatkan hubungan dengan Allah dan juga manusia. Buat yang terbaik setiap hari seolah-olah kita akan mati sebentar lagi. Solatlah seperti itu adalah solat yang terakhir buat kita. Hargai orang depan mata kita. Syukur selalu.

Muhasabah buat diri sendiri sebab setiap hari 'struggle' melawan kehendak hati yang busuk. Jauhkan diri daripada sifat mazmumah. 

Semoga Allah redha. 

Comments

Popular posts from this blog

Pahala freedom

Banyak kali dah saya mencari sesuatu nak buat supaya dapat pahala berterusan walaupun saya dah mati nanti. Dalam kelas pun, saya terangkan kepada murid tentang ini sebab ada tajuk yang berkaitan. Ada topik tentang mengingati mati dan juga tentang amal jariah dalam menuntut ilmu.  Kita tak selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa akan pergi dan tak mampu lagi nak buat ibadah seperti waktu hidup. Terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah atau infaq. Semua orang nak financial freedom, tapi kadang-kadang tidak terfikir untuk dapat pahala freedom ini.  Apa yang saya dah ada sekarang dan akan cuba lagi buat yang terbaik: 1-Ada anak soleh solehah, usaha dan doa supaya di didik menjadi anak yang boleh mendoakan ibu bapa buat selamanya.  2- Jadi guru, ajar ilmu yang baik. Buat yang terbaik dan jangan sambil lewa.  3. Guru Al-Quran, ajar betul-betul anak murid supaya boleh baca Quran dengan baik. Ajar anak sendiri juga.  ...

Bila bangun pagi

Bagaimana tidur anda semalam? Lena atau tidak. Apa pun,ucapkanlah syukur kerana diberi peluang lagi untuk terus hidup pada hari ini.  Bacalah doa bangun tidur yang anak-anak kita sudah hafal sejak tadika lagi. "Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepadaNyalah kami dibangkitkan." Anak-anak kat sekolah biasanya baca doa sebelum saja,doa sebelum makan, sebelum tidur, sebelum masuk tandas. Doa yang selepas perbuatan biasanya mereka lupa sebab tidak dibaca. Begitulah, hafal tapi tak diamalkan. Lama-lama lupa.  Jadi,amalan mudah yang kita boleh buat,kita buatlah setiap hari. Rugilah jika tak diamalkan.  Semangat! Semangat! 

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.