Skip to main content

Terkenal di langit

Assalamualaikum. Bismillah. Semoga kita semua dapat mengucapkan syukur pada Allah yang mengurniakan pelbagai nikmat. Jika air laut dijadikan dakwat untuk menulis segala pemberian Allah , masih lagi tidak cukup untuk menulisnya. Begitu banyak sekali nikmat Allah. 

Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Surah Luqman ayat 27)

Kali ini, saya ingin berkongsi sedikit cerita yang sudah biasa kita dengar. Mungkin catatan kali ini adalah untuk mengulang dan mahu ingatkan kembali pada kisah Uwais al-Qarani. Siapa Uwais al Qarani yang tidak dikenali di bumi, tetapi sangat terkenal di langit?

Mari kita tanya soalan ini pada diri masing-masing. Apa yang kita mahu buat dalam hidup ini? Ada orang nak baca Al-Quran banyak-banyak. Ada orang mahu solat sehingga ada tanda lebam di dahi. Bagi yang banyak harta, mahu sedekah dan infaq di jalan Allah. Bermacam-macam perkara yang kita nak buat untuk membayar syurga nanti. Bagi Uwais al-Qarani, beliau tidak punya semua yang dinyatakan. Namun, pemuda ini telah disebut-sebut namanya oleh Nabi saw kepada para sahabat. Dan kita tahu, baginda tidak pernah berjumpa dengan Uwais al-Qarani. 

Rasullulah saw pernah berpesan kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra bahawa akan lahir di kalangan tabiin seorang yang sangat makbul doa yang akan lahir di zaman kamu (zaman selepas kewafatan Rasullulah saw) 

Tabiin ini maksudnya orang yang hidup setelah para sahabat Nabi saw. Mereka ini mungkin bersama sahabat yang hidup zaman Nabi saw tetapi  tabiin tidak pernah bertemu Nabi saw. Antaranya ialah Uwais al-Qarani. Semua orang tahu kisah ini. Jika buat carian di Google, pasti ada kisah Uwais al-Qarani. 

Secara ringkas, Uwais al-Qarani seorang yang bijak. Uwais al-Qarani mahu menunaikan hajat ibunya yang tercinta untuk menunaikan haji di Mekah. Kemudian, beliau membela seekor anak lembu. Setiap hari, Uwais akan mendukung lembu tersebut ke atas bukit, rumah kecil untuk lembu itu. Lama kelamaan, lembunya makin membesar dan Uwais tetap mendukung lembu tersebut. Akhirnya, Uwais menjadi seorang yang kuat dan berotot. 

Tiba musim haji, Uwais mendukung ibunya dari Yaman ke Mekah. Suatu perjalanan yan sangat jauh tanpa sebarang kenderaan. Uwais mendoakan supaya ibunya redha ke atasnya. Jika ibunya redha, itu ialah peluang baginya untuk masuk syurga. Itulah matlamat hidup Uwais, mendapat keredhaan ibunya

Di bumi,Uwais langsung tidak dipedulikan oleh orang-orang di sekitarnya. Tambahan pula, Uwais ada penyakit sopak, miskin dan tidak ada harta atau rupa. Namun, dengan tekad yang kuat demi mendapat redha Allah, namanya disebut-sebut oleh penghuni langit. 

Jika dihayati kisah ini, kita tak perlu kejar nama,pangkat atau rupa untuk mendapatkan redha Allah. Buat baik dalam ruang lingkup kehidupan kita. Tidak pula menghebahkan dalam media sosial supaya orang tahu kebaikan kita. Sebenarnya ia tidak perlu. 

Satu perkara lagi,kita suka menunjukkan gambar gambar kita di media sosial. Saya pernah baca, tanya pada diri perlu ke kita kongsi perkara tersebut dengan orang ramai. Sebelum kongsi,fikir apa kebaikan yang orang lain dapat setelah membaca 'post' kita itu. Semua perlu dimulakan dengan niat. Jika niat untuk melahirkan rasa syukur dengan anak,makanan dan sebagainya, ianya tidak jadi masalah. Asalkan tidak keterlaluan. Tapi jika ada niat atau tujuan selain daripada itu,ianya menjadi saham dosa bagi kita. Oleh itu,berpada-padalah. Di doakan semoga tangan kita menulis dan berkongsi perkara yang baik sahaja. 

Biarlah kita tak terkenal di dunia, tetapi sangat tinggi darjatnya di sisi Allah. Inilah sirah yang penuh ibrah. 

Semoga Allah redha. 
#buatbaiksampaimati

Bagaimana mahu mencorakkan anak di zaman ini? Bantulah kami Ya Allah.
@gambar hiasan

Comments

Popular posts from this blog

Penutup 2024

Sedikit coretan untuk diri sendiri terutamanya. Sebagai muhasabah diri untuk terus bertahan di jalan hidup masing-masing.  Pertama, kita perlu yakin dan berani apa saja yang kita buat pasti akan dapat balasannya suatu hari nanti. . Kebaikan mahupun kejahatan semua diambil kira dan dicatat. Jadi, jangan pernah berkira dengan membuat kebaikan . Buatlah baik semampu kita. Buat jahat jangan sekali.  Next, apa sahaja halangan, ujian ataupun kita nak best sikit kita sebut cabaran hidup yang kita hadapi, bergantung kuatlah hanya pada Allah . Jangan pernah berharap pada makhluk. Apabila namanya makhluk ciptaan, mereka sendiri juga perlukan sesuatu untuk berpaut. Kita ni asalnya lemah dan selamanya lemah. Jangan bermimpi nak jadi kuat. Betul, Allah akan hadirkan manusia-manusia lain di sekeliling kita tetapi bukannya pergantungan 100% kepada mereka. Berdoa dan berharap hanya pada Allah. Kita hanya perlukan sedikit nasihat dan sokongan daripada ahli keluarga dan sahabat. Selebihnya, h...

Patau

Bismillah. Lama sungguh saya tidak menjenguk blog ini. Coretan kali ini ialah sekadar catatan pengalaman dalam hidup di dalam dunia fana ini untuk tatapan hari tua nanti. Tahun 2024 tahun ujian buat saya dan keluarga kecil kami. Sungguh berat sekali ujian ini.  Hujung december lepas, 2023 saya disahkan hamil buat kali ketiga. Rancangnya, ini adalah kandungan saya yang terakhir disebabkan saya akan elective czer buat kali ketiga. Dan, akan memandulkan diri sendiri dengan kaedah pemandulan kekal iaitu ikat peranakan atau bilateral tubal ligation (btl).  Apabila kandungan masuk 23-25 minggu, saya akan buat detail scan untuk setiap anak untuk memastikan keadaan baby sihat dan normal sebaik saja dilahirkan. Keputusan mendapati ada beberapa abnormal pada otak, jantung dan juga buah pinggang. Doktor atau sonografer di klinik swasta mencadangkan untuk buat detail scan buat kali kedua dalam masa dua minggu lagi. Waktu ini, saya tidak begitu risau tentang ini kerana anak kami sebel...

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.