Assalamualaikum. Bismillah. Semoga kita semua dapat mengucapkan syukur pada Allah yang mengurniakan pelbagai nikmat. Jika air laut dijadikan dakwat untuk menulis segala pemberian Allah , masih lagi tidak cukup untuk menulisnya. Begitu banyak sekali nikmat Allah. Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Luqman ayat 27) Kali ini, saya ingin berkongsi sedikit cerita yang sudah biasa kita dengar. Mungkin catatan kali ini adalah untuk mengulang dan mahu ingatkan kembali pada kisah Uwais al-Qarani. Siapa Uwais al Qarani yang tidak dikenali di bumi, tetapi sangat terkenal di langit? Mari kita tanya soalan ini pada diri masing-masing. Apa yang kita mahu buat dalam hidup ini? Ada orang nak baca Al-Quran banyak-banyak. Ada orang mahu solat sehingga ada tanda...
Blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman penulis dan sedikit ilmu bermanfaat untuk kebaikan kita bersama. Semoga amal yang sedikit ini menjadi saham berkekalan di akhirat kelak.