Banyak kali dah saya mencari sesuatu nak buat supaya dapat pahala berterusan walaupun saya dah mati nanti. Dalam kelas pun, saya terangkan kepada murid tentang ini sebab ada tajuk yang berkaitan. Ada topik tentang mengingati mati dan juga tentang amal jariah dalam menuntut ilmu. Kita tak selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa akan pergi dan tak mampu lagi nak buat ibadah seperti waktu hidup. Terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah atau infaq. Semua orang nak financial freedom, tapi kadang-kadang tidak terfikir untuk dapat pahala freedom ini. Apa yang saya dah ada sekarang dan akan cuba lagi buat yang terbaik: 1-Ada anak soleh solehah, usaha dan doa supaya di didik menjadi anak yang boleh mendoakan ibu bapa buat selamanya. 2- Jadi guru, ajar ilmu yang baik. Buat yang terbaik dan jangan sambil lewa. 3. Guru Al-Quran, ajar betul-betul anak murid supaya boleh baca Quran dengan baik. Ajar anak sendiri juga. ...
Alhamdulillah. Tamat seminggu hari persekolahan sesi baru. Semua orang berpenat lelah dalam minggu ni. Mak ayah,anak-anak,guru-guru dan semua orang lah. Pagi-pagi dah tempuh jalan jem. Pagi-pagi guru dah kena bertugas jaga pagar. Sambut bebudak datang sekolah. Walaupun penat,senyum di bibir pasti terukir untuk menyantuni anak-anak. Gituh. Semoga penat lelah ini diganjari sebaik-baiknya di sisi Allah. Sabtu pun masih lagi perlu hadir ke sekolah. Begitulah,dunia tempat berpenat, akhirat jua tempat kita berehat. Beginilah caranya untuk pujuk hati. Kembalilah kepada ketetapan Allah. Nak menguji kesabaran kita. Jadilah apa pun, ada ujian jugak. Cuma dengan cara yang berbeza sesuai dengan kemampuan kita.