Skip to main content

Family first.

Catatan ini dah lama ditulis tetapi tidak dipublish. Perginya ayah tercinta Ogos lepas, 2023. Ayah seorang pendengar yang baik, suka bergurau dan pastinya seorang yang penyayang. Lelaki yang paling dpercayai, lelaki no 1 dalam hidup seorang anak perempuan, ialah seorang ayah. Rindu ayah. Bila balik kampung, seperti ayah masih ada. Kelibatnya seperti masih ada. Saya bersyukur saya sempat menyantuni ayah sepanjang sisa-sisa hidupnya. Walaupun tak sempat berada di sisinya sewaktu ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Terlalu banyak kenangan bersama ayah. Impian saya ialah saya nak menyatukan hati kami adik beradik walaupun ayah sudah tidak ada. Saya mahu kita semua berkumpul di syurga Allah. 



Bismillah. 


     Sebenarnya tak ada idea nak tulis apa. Tapi sesekali teringin juga. Dalam hidup ni, keutamaan saya adalah membahagiakan kedua orang tua dan menyatukan hati adik-beradik. 

    Semua adik beradik dah berkeluarga dan saya risau jika sekiranya kami tak dapat nak mengeratkan hubungan setelah ibu ayah dah tiada. Jadi, entri kali ni nak kongsi cara yang saya sudah cuba usahakan untuk mengukuhkan hubungan antara kami semua. 


1. Buat BBQ setiap kali berkumpul di kampung


2. Berkelah di pantai / bermalam di chalet


3. Menyambut hari lahir bersama 


4. Bawa anak buah keluar makan 


5. Buat surprise hari jadi

Sentiasalah berdoa mohon kepada Allah supaya ikatan kekeluargaan ni tidak dicemari dengan perkara yang tidak baik. Kumpulkan kami semua di syurgaMu. Amin. 



Comments

Popular posts from this blog

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.

Penutup 2024

Sedikit coretan untuk diri sendiri terutamanya. Sebagai muhasabah diri untuk terus bertahan di jalan hidup masing-masing.  Pertama, kita perlu yakin dan berani apa saja yang kita buat pasti akan dapat balasannya suatu hari nanti. . Kebaikan mahupun kejahatan semua diambil kira dan dicatat. Jadi, jangan pernah berkira dengan membuat kebaikan . Buatlah baik semampu kita. Buat jahat jangan sekali.  Next, apa sahaja halangan, ujian ataupun kita nak best sikit kita sebut cabaran hidup yang kita hadapi, bergantung kuatlah hanya pada Allah . Jangan pernah berharap pada makhluk. Apabila namanya makhluk ciptaan, mereka sendiri juga perlukan sesuatu untuk berpaut. Kita ni asalnya lemah dan selamanya lemah. Jangan bermimpi nak jadi kuat. Betul, Allah akan hadirkan manusia-manusia lain di sekeliling kita tetapi bukannya pergantungan 100% kepada mereka. Berdoa dan berharap hanya pada Allah. Kita hanya perlukan sedikit nasihat dan sokongan daripada ahli keluarga dan sahabat. Selebihnya, h...

Bertumbuh

Bertumbuh ialah salah sebuah buku yang saya baca. Ianya dipinjam daripada seorang sahabat. Buku ini sejenis buku motivasi santai ditulis oleh penulis dari Indonesia. Saya pun tak catat pula nama beliau. Saya baca dalam penghujung tahun lepas.  Saya ingin berkongsi serba sikit berkenaan kandungan atau ilmu yang ada dalam buku tersebut. Kata penulis, kita tak perlu berubah menjadi orang yang lain. Sebab, lama-kelamaan kita akan jadi seperti kita yang dulu juga. Iaitu yang hina, malas, sombong, syok sendiri, angkuh dan lain lain.  Perkara yang kita perlu buat ialah bertumbuh. Dalam konteks, menjadikan masalah dan pengalaman dalam hidup kita untuk fokus pada matlamat, jiwa jadi besar, tidak mudah mengalah, matang, berani, dan banyak lagi nilai positif yang lain. Bertumbuh itu besar, besar amal, besar ikhtiar, besar tawakal dan syukur pada Allah. Kita tidak pernah terlambat untuk melakukan semua itu . Ciri-ciri bertumbuh yang ditulis dalam buku ini ada lima. Satu...