Skip to main content

Pahala freedom

Banyak kali dah saya mencari sesuatu nak buat supaya dapat pahala berterusan walaupun saya dah mati nanti. Dalam kelas pun, saya terangkan kepada murid tentang ini sebab ada tajuk yang berkaitan. Ada topik tentang mengingati mati dan juga tentang amal jariah dalam menuntut ilmu. 

Kita tak selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa akan pergi dan tak mampu lagi nak buat ibadah seperti waktu hidup. Terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah atau infaq. Semua orang nak financial freedom, tapi kadang-kadang tidak terfikir untuk dapat pahala freedom ini. 


Apa yang saya dah ada sekarang dan akan cuba lagi buat yang terbaik:

1-Ada anak soleh solehah, usaha dan doa supaya di didik menjadi anak yang boleh mendoakan ibu bapa buat selamanya. 

2- Jadi guru, ajar ilmu yang baik. Buat yang terbaik dan jangan sambil lewa. 

3. Guru Al-Quran, ajar betul-betul anak murid supaya boleh baca Quran dengan baik. Ajar anak sendiri juga. 

4. Ada beberapa barang yang saya beli untuk keluarga dan mereka boleh gunakan selagi barang itu masih berfungsi, tetapi bukan selamanya. Nanti dah rosak, dah tak boleh guna. Contoh: ada wakaf motosikal, meja makan, mesin basuh, periuk noxxa, meja serbaguna, sofa, cuckoo. Beli telekung dan hadiahkan kepada ahli keluargaa, Belanja keluarga makan. 


Saya harap saya istiqamah dan sabar menghadapi semua ujian. Terima kasih atas semuanya Ya Allah. 

Comments

Popular posts from this blog

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.

Bertumbuh

Bertumbuh ialah salah sebuah buku yang saya baca. Ianya dipinjam daripada seorang sahabat. Buku ini sejenis buku motivasi santai ditulis oleh penulis dari Indonesia. Saya pun tak catat pula nama beliau. Saya baca dalam penghujung tahun lepas.  Saya ingin berkongsi serba sikit berkenaan kandungan atau ilmu yang ada dalam buku tersebut. Kata penulis, kita tak perlu berubah menjadi orang yang lain. Sebab, lama-kelamaan kita akan jadi seperti kita yang dulu juga. Iaitu yang hina, malas, sombong, syok sendiri, angkuh dan lain lain.  Perkara yang kita perlu buat ialah bertumbuh. Dalam konteks, menjadikan masalah dan pengalaman dalam hidup kita untuk fokus pada matlamat, jiwa jadi besar, tidak mudah mengalah, matang, berani, dan banyak lagi nilai positif yang lain. Bertumbuh itu besar, besar amal, besar ikhtiar, besar tawakal dan syukur pada Allah. Kita tidak pernah terlambat untuk melakukan semua itu . Ciri-ciri bertumbuh yang ditulis dalam buku ini ada lima. Satu...

Muhasabah

Apabila lihat kembali ke belakang, banyak perkara yang berlaku adalah ketetapan terbaik buat diri saya. (mungkin juga buat kita semua). Saya sedar, Allah sebaik-baik Perancang. Ketika saya sudah putus asa, tidak mahu lagi berusaha dan merancang ,tetapi Allah tak pernah berhenti merancang untuk saya. Tugas saya ialah, menerima dengan hati terbuka bahawa semuanya ada hikmah. Ada kebaikan di sebalik kejadian. Susah hidup sekarang,susah lagi hidup mak ayah saya dulu. Memang cabarannya tidak sama. Namun, ingatlah wahai Anis, Allah uji sesuai dengan kemampuan kita. Susah hidup saya sekarang,ramai lagi orang susah di luar sana. Tak ada makanan,rumah tak ada air dan elektrik. Tandas pun tak ada. Kata Ustaz Ebit, "apa saya nak jawab depan Allah nanti?". Saya wajibnya bersyukur. Menangisi benda yang belum ada, sedangkan banyak lagi nikmat lain Allah bagi. Orang kata, kita kena syukur nikmat yang kecik-kecik dulu sebelum yang lebih besar. Contoh, bekalan oksigen yang kita dapat. Ki...