Skip to main content

Posts

Jual tart

Assalamualaikum semua. Sekarang, cita-cita untuk balik ke kampung dan berhenti kerja masih ada. Nak jadi suri rumah sambil buat bisnes online kononnya. Tapi, semuanya terserah kepada takdir jugak. Jadi, cubaan kali ini adalah untuk jual kuih tart sempena puasa dan raya.  Susah jugak nak jual sebabnya tak dapat nak buat servis hantar ke rumah. Hanya test market dalam facebook untuk kawan sekampung dan kena self pick up. Maklum lah, tak ada kenderaan nak ke sana sini, dalam pantang pulak tu dan musim pkp kat kawasan kota bharu pulak. Kalau ada rezeki tak ke mana. Ni rupanya kuih tart tersebut. Saya beli dan jual semula dengan kadar untung  yang sangat rendah saja.  Ada tiga jenis. Tart nenas, cadburry dan blueberry.  Harga:  tart nenas 50 biji RM 28 tart cudburry 50 bjji RM 30  tart blueberry 50 biji RM 28 Sekian. Saja nak abadikan kat sini. 

Botak lagi

 Bismillah. Salam Ramadhan ke 6. Semoga Alah menerima ibadah puasa kita. Pagi ni, anakanda Azzam dibotakkan lagi setelah cubaan untuk menggunting rambutnya semalam gagal. Dia memang susah untuk gosok  gigi dan gunting rambut. Potong kuku masih boleh berjaya lagi. Apa pun, terima kasih kat bak (abang ipar) dan mama (kakak saya) kerana berjaya botakkan Azzam. Tak pelah, asalkan kemas dan bergaya.                                                                                           sebelum selepas  Pagi pagi lagi dah nangis eh. merah hidung, makin sepet mata tu. Duk baik-baik kat taska. Love you. 

Azzam masuk taska Jannatul Firdaus

 Alhamdulillah. Syukur. Banyak benda pula nak tulis. Tapi nak guna tajuk yang berbeza,entri lain lain.  Tu bermakna banyak sangat rezeki Allah bagi berbanding ujianNya. Masih segar dalam sanubari kesakitan kat labour room pada bulan lepas.  Namun, Allah gantikan dengan rezeki yang  banyak selepas kesakitan nak beranak itu.  Ujian tak akan putus. Lepas ni, ada cabaran lain lagi. Dah lumrah hidup di dunia, pasti akan diuji.  Azzam masuk taska dekat kampung untuk sementara. Bukan kami tak mampu nak jaga dia,tapi untuk kebaikan Azzam juga. Kat rumah, tak ada aktiviti untuk dia. Lagi pun, dia dah biasa ke taska di Bangi. Saya pula boleh fokus kat Asma'.  Azzam nampak lebih matang dan berdikari sejak ada adik. Semoga jadi anak yang baik. Maafkan umi sebab ada hak Azzam yang umi tak dapat tunaikan. Umi sayang Azzam.  Azzam versi botak. 

Beg baru Azzam

Syukur. Syukur. Syukur.  Kalau tak nak kecewa dan sedih,kena banyak bersyukur. Kalau dapat tulis semua kebaikan Allah pada kita, itu lebih baik. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain.  Ni salah satu cara nak teruskan hidup dengan tenang. InshaAllah.  Saya berhajat untuk belikan Azzam beg sandang sebab beg lamanya dah lusuh. Guna untuk ke taska sejak dia baby lagi. Beg baru ni ialah beg sandangnya yang pertama. Boleh bawak pergi taska. Saya sempat beli kat Lazada je.  Saiz pulak kecik. Tak boleh letak banyak barang. Muat 2 keping pampers dan dua pasang baju saja.  Mula-mula dia tak nak pakai.  Kemudian, baru seronok dapat beg baru. Terima kasih Allah atas rezeki yang Kau Kurniakan. Alhamdulillah.  Beg gambar lion.  Argghh..  x

Nikmat muda sebelum tua

Alhamdulillah. Banyaknya nikmat yang Allah kurniakan. Hari ni dah Ramadhan ke 4. Semoga diberi kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah puasa sehingga tamat.   Ayah dah semakin uzur. Dah tak dapat puasa sebab buka puasa saja, kaki tangan akan cramp. Sempat puasa dua hari. Semua orang pujuk supaya ayah tak perlu puasa disebabkan tahap kesihatan yang kurang baik. Nanti boleh bayar fidyah. Berapa umur ayah?  Tak pasti, dalam ic beliau lahir pada tahun 1945. Zaman dulu kala,orang buat ic tak ikut tarikh lahir macam sekarang. Naseb baik ada ic. Huhu.  Ya Allah, kasihanilah orang tua kami sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kecil. Rahmatilah mereka.  Amin.  

Perginya Sebutir Mutiara

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus menjalankan amanah sebagai hamba Allah dan khalifah di atas muka bumi ini.  Sejak akhir-akhir ni, banyak khabar kematian orang terdekat yang diterima. Mengingatkan diri ini bahawa dunia ini hanya sementara. Ajal itu datang bila-bila masa. Baru semalam, boleh datang kerja dan bercakap dengan kita. Esoknya,sudah dijemput Allah.   Entri kali ni, nak abadikan sedikit coretan berkenaan perginya seorang sahabat,kakak,rakan sekerja yang peribadinya sangat mulia dan disanjung ramai orang sehinggalah hari pengebumiannya. Saya sendiri terkejut mendapat berita daripada group sekolah selepas beberapa hari saya bersalin.  Arwah masih lagi sempat masuk bekerja dan mengajar macam biasa memandangkan sekolah baru sahaja dibuka secara bersemuka.  Arwah juga mengandungkan seorang khalifah berusia lapan bulan. Khabar mengatakan arwah mengalami pendarahan dalam kandungan pada jam 3 pagi. Kemudian,...

Anugerah tak ternilai

Bismillah. Syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Alhamdulillah. Thumma alhamdulillah. Dah lama tak update blog setelah sekian lama. Ianya adalah disebabkan tidak ada perkara utama yang nak dikongsikan dan dijadikan kenangan dalam bentuk tulisan. Hari-hari berlalu dengan kelas dalam talian sambil melayan kerenah anak, menempuh fasa akhir kehamilan dengan penuh kesabaran yang ada dan makan segala macam benda yang terlintas di hati.  Setiap kali hamil, saya sememangnya tidak ada sebarang masalah besar. Cuma setakat berat badan naik secara mendadak atau dipantau paras gula selama seminggu. Itu adalah biasa. Namun, saya tidak terlepas daripada ujian ketika melahirkan seperti kelahiran anak pertama. Azzam dilahirkan secara pembedahan (emergency czer) disebabkan berak terlalu awal.  Walaupun impian kali ini ingin melahirkan anak secara normal pula, saya memujuk hati supaya redha atas apa sahaja nasib yang bakal saya hadapi. Normal atau pembedahan, saya redha dengan ketetapa...