Syukur. Syukur. Syukur. Kalau tak nak kecewa dan sedih,kena banyak bersyukur. Kalau dapat tulis semua kebaikan Allah pada kita, itu lebih baik. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Ni salah satu cara nak teruskan hidup dengan tenang. InshaAllah.
Saya berhajat untuk belikan Azzam beg sandang sebab beg lamanya dah lusuh. Guna untuk ke taska sejak dia baby lagi. Beg baru ni ialah beg sandangnya yang pertama. Boleh bawak pergi taska. Saya sempat beli kat Lazada je. Saiz pulak kecik. Tak boleh letak banyak barang. Muat 2 keping pampers dan dua pasang baju saja.
Banyak kali dah saya mencari sesuatu nak buat supaya dapat pahala berterusan walaupun saya dah mati nanti. Dalam kelas pun, saya terangkan kepada murid tentang ini sebab ada tajuk yang berkaitan. Ada topik tentang mengingati mati dan juga tentang amal jariah dalam menuntut ilmu. Kita tak selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa akan pergi dan tak mampu lagi nak buat ibadah seperti waktu hidup. Terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah atau infaq. Semua orang nak financial freedom, tapi kadang-kadang tidak terfikir untuk dapat pahala freedom ini. Apa yang saya dah ada sekarang dan akan cuba lagi buat yang terbaik: 1-Ada anak soleh solehah, usaha dan doa supaya di didik menjadi anak yang boleh mendoakan ibu bapa buat selamanya. 2- Jadi guru, ajar ilmu yang baik. Buat yang terbaik dan jangan sambil lewa. 3. Guru Al-Quran, ajar betul-betul anak murid supaya boleh baca Quran dengan baik. Ajar anak sendiri juga. ...


Comments
Post a Comment