Skip to main content

Perginya Sebutir Mutiara

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus menjalankan amanah sebagai hamba Allah dan khalifah di atas muka bumi ini. 

Sejak akhir-akhir ni, banyak khabar kematian orang terdekat yang diterima. Mengingatkan diri ini bahawa dunia ini hanya sementara. Ajal itu datang bila-bila masa. Baru semalam, boleh datang kerja dan bercakap dengan kita. Esoknya,sudah dijemput Allah.  

Entri kali ni, nak abadikan sedikit coretan berkenaan perginya seorang sahabat,kakak,rakan sekerja yang peribadinya sangat mulia dan disanjung ramai orang sehinggalah hari pengebumiannya.

Saya sendiri terkejut mendapat berita daripada group sekolah selepas beberapa hari saya bersalin.  Arwah masih lagi sempat masuk bekerja dan mengajar macam biasa memandangkan sekolah baru sahaja dibuka secara bersemuka. 

Arwah juga mengandungkan seorang khalifah berusia lapan bulan. Khabar mengatakan arwah mengalami pendarahan dalam kandungan pada jam 3 pagi. Kemudian, terus dikejarkan ke Hospital Serdang. Anak dalam kandungan telah meninggal dunia, ibunya pula tenat akibat pendarahan terlalu banyak. Wallahua'lam. Tak lama kemudian,ibu juga mengikut langkah bayi lelakinya. Keduanya dijemput Allah dalam sekelip mata. Meninggal dalam keadaan jihad di jalan Allah. Syahid adalah hadiah yang terbaik untuk orang yang disayangi Allah. 

Arwah seorang guru yang sangat baik, taat pada suami, turut menjaga ibunya yang berkerusi roda. Arwah meninggalkan dua anak perempuan di Tahun 4 dan tahun 3 tak silap saya. 

Pemergian arwah, Kak Siti Fatimah sangat memberi kesan pada semua.  Mendengar cerita daripada sahabat yang lain, pada hari pengebumiannya,ramai orang yang hadir,hujan renyai-renyai, wajahnya bersih dan kelihatan seperti tidur sahaja. Inilah yang dikatakan kematian yang menghidupkan.  

Selamat beristirehat kak Fatimah. Semoga mendapat syurga atas segala pengorbanan dan penat lelahmu. Semoga kita berjumpa lagi. Rindu rasanya untuk bersama lagi. 



Arwah Kak Fatimah (berpurdah). Ambik gambar ni masa satu group dalam team building 2020 bersamanya. Kenal beliau sejak 2014 lagi,sebelum bekerja bersama, iaitu masa kursus Based. Kami berpasangan dalam ujian tersebut. Alhamdulillah jumpa lagi pada tahun 2018 ketika saya berpindah ke Al Amin Bangi. Semoga ada lagi pertemuan di syurga Allah. Al fatihah (di baca) untuk arwah. 


Comments

Popular posts from this blog

Pahala freedom

Banyak kali dah saya mencari sesuatu nak buat supaya dapat pahala berterusan walaupun saya dah mati nanti. Dalam kelas pun, saya terangkan kepada murid tentang ini sebab ada tajuk yang berkaitan. Ada topik tentang mengingati mati dan juga tentang amal jariah dalam menuntut ilmu.  Kita tak selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa akan pergi dan tak mampu lagi nak buat ibadah seperti waktu hidup. Terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah atau infaq. Semua orang nak financial freedom, tapi kadang-kadang tidak terfikir untuk dapat pahala freedom ini.  Apa yang saya dah ada sekarang dan akan cuba lagi buat yang terbaik: 1-Ada anak soleh solehah, usaha dan doa supaya di didik menjadi anak yang boleh mendoakan ibu bapa buat selamanya.  2- Jadi guru, ajar ilmu yang baik. Buat yang terbaik dan jangan sambil lewa.  3. Guru Al-Quran, ajar betul-betul anak murid supaya boleh baca Quran dengan baik. Ajar anak sendiri juga.  ...

Bila bangun pagi

Bagaimana tidur anda semalam? Lena atau tidak. Apa pun,ucapkanlah syukur kerana diberi peluang lagi untuk terus hidup pada hari ini.  Bacalah doa bangun tidur yang anak-anak kita sudah hafal sejak tadika lagi. "Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepadaNyalah kami dibangkitkan." Anak-anak kat sekolah biasanya baca doa sebelum saja,doa sebelum makan, sebelum tidur, sebelum masuk tandas. Doa yang selepas perbuatan biasanya mereka lupa sebab tidak dibaca. Begitulah, hafal tapi tak diamalkan. Lama-lama lupa.  Jadi,amalan mudah yang kita boleh buat,kita buatlah setiap hari. Rugilah jika tak diamalkan.  Semangat! Semangat! 

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.