Skip to main content

Anugerah tak ternilai

Bismillah. Syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Alhamdulillah. Thumma alhamdulillah. Dah lama tak update blog setelah sekian lama. Ianya adalah disebabkan tidak ada perkara utama yang nak dikongsikan dan dijadikan kenangan dalam bentuk tulisan. Hari-hari berlalu dengan kelas dalam talian sambil melayan kerenah anak, menempuh fasa akhir kehamilan dengan penuh kesabaran yang ada dan makan segala macam benda yang terlintas di hati. 

Setiap kali hamil, saya sememangnya tidak ada sebarang masalah besar. Cuma setakat berat badan naik secara mendadak atau dipantau paras gula selama seminggu. Itu adalah biasa. Namun, saya tidak terlepas daripada ujian ketika melahirkan seperti kelahiran anak pertama. Azzam dilahirkan secara pembedahan (emergency czer) disebabkan berak terlalu awal. 

Walaupun impian kali ini ingin melahirkan anak secara normal pula, saya memujuk hati supaya redha atas apa sahaja nasib yang bakal saya hadapi. Normal atau pembedahan, saya redha dengan ketetapan Allah. Ditakdirkan Allah, tarikh yang dijangka kelahiran sudah berlalu iaitu pada 27 Februari. Nurse beritahu, hanya boleh tunggu sehingga lewat enam hari sahaja daripada tarikh jangka (due date). Jika belum ada tanda nak bersalin lagi, perlu serah diri ke hospital untuk dipaksa bersalin (induce). 

Empat hari lewat dari due date, saya masih lagi ke klinik untuk check up seperti biasa. Kali ini, doktor scan lagi sekali. Berdebar sungguh waktu ni, dan dalam hati doktor mungkin akan minta untuk segera ke hospital. Nak tak nak, kena bersedia mental dan fizikal. Waktu scan, tiba-tiba doktor cakap, air ketuban dah berkurang. Ada sikit je katanya, cukup-cukup makan. Dalam hati saya, baby telan ke air ketuban tu? Huhu. Doc tulis surat dan minta untuk segera ke hospital. Katanya,jangan melencong ke tempat lain ya. Hmm. 

Balik rumah, ambik beg yang dah siap packing terus ke Hospital Kajang. Panjang pula jalan ceritanya. Doktor kat hospital scan lagi sekali. Air ketuban ok je, tak ada yang kurang. Bukaan masa tu baru 2 cm. Jadi, kena balik rumah dulu. Lagi pun, wad penuh waktu tu. Datang pukul 2 petang, 5 petang baru setel. Tunggu lama sebab ramai orang. Kalau tak beranak lagi, kena datang Jumaat, iaitu hari keenam lewat dari due date. 

Malam Jumaat tu. contraction datang dengan lebih kerap. Tak boleh nak tidur tapi tahan sehingga Subuh. Lepas solat Subuh, terus ke hospital. Doc check bukaan, baru 4 cm. Kemudian, nurse suruh pegi sarapan. Nak makan pun dah tak boleh telan. Tapi kena makan, sebab bila dah masuk labour room dah tak boleh makan. Siap makan, nurse bawak ke labour room. Naik je atas katil tu, dah tak boleh pegi mana-mana. Berak kencing pun atas katil tu lah. Alhamdulillah nurse kata, boleh bawak masuk air masak. Jam waktu tu lebih kurang 8.30 pagi. 

Seorang demi seorang doktor datang untuk check bukaan. Nurse datang cucuk ubat tahan sakit, tapi tetap juga sakit macam nak mati. Walaupun orang kata, sakit nak beranak hanya satu juzuk saja daripada sakit nak mati. Bukaan dah 6 cm. Sakit makin kuat. Selang satu saat. Berpeluh-peluh. Tekak dan bibir rasa sangat kering tapi doc dah tak bagi minum banyak dah. Sakit dan ada rasa nak meneran, sehingga terberak. Rasa sangat tak ada maruah. Mengaku je depan nurse dan doc. Alhamdulillah, nurse kata tak pe, berak je. Pastu, dia ambik lap. Mulut tak berhenti sebut nama Allah, rasa sakit yang tak pernah lagi rasa sebelum ni. Dekat jam 5 petang, perkara yang dibimbangkan terjadi juga. Sejarah mungkin berulang kembali. Kata doc, jantung baby ok lagi, tapi macam tak best. Ramai doktor dan nurse datang kerumun, doktor minta saya teran dengan sekuat hati. Doktor nak vakum baby jika saya cuba teran. Tetapi, ayat yang saya dengar,'' kepala baby duk tinggi lagi ni, pelvik kecik ni tak boleh nak vakum, call bilik bedah untuk ready."

Dipendekkan cerita, saya terus ditolak ke bilik bedah.  Di sana, doktor masih beri peluang untuk teran tapi rasa sudah tak ada tenaga lagi. Doktor bagi pilihan, ''nak teran atau anak awak keluar dan anak awak tak nangis. Nak teran ke nak operation?'' Sedangkan waktu tu contraction masih lagi ada, tapi rasa nak meneran berkurang. Nak kena buat pilihan ke sedangkan nyawa anak saya mungkin dalam bahaya. Sudah tentu, seorang ibu akan pilih untuk menyelamatkan anaknya terlebih dahulu. Saya redha dan pilih untuk dibedah. 

Pembedahan hanya makan masa lebih kurang sejam lebih. Akhirnya,lahirlah seorang permata yang dinantikan pada jam 6 petang seberat 3.25kg.  Semuanya sihat dan selamat. Baby tak perlu ditahan wad dan boleh terus bersama ibu. Lepas dibedah,tak boleh bergerak dan makan minum selama 6 jam. Terasa hari Jumaat itu paling lama dalam hidup. 

Bersalin secara pembedahan banyak penjagaan perlu dilakukan. Kena sabar dan tabah hadapi fasa postnatal pula. 

Alhamdulillah,semua staff di Hospital Kajang banyak membantu dan mesra dengan pesakit. Setiap orang lain pengalaman. Setiap anak lain pula ujiannya. Semoga sakit yang dirasa dapat menghapuskan dosa yang menggunung. Semoga anak yang dilahirkan menjadi penyejuk mata penawar dihati buat ummi dan walid. 

Sekian saja coretan kali ini. Hargai ibu kita sementara mereka masih ada. InshaAllah.

          Dah kena botakkan separuh.

Nama diberi, Asma' Adawiyah binti Muhamad Amirul. Terima kasih atas anugerah yang tak ternilai ini, ya Allah.



 

Comments

Popular posts from this blog

Pahala freedom

Banyak kali dah saya mencari sesuatu nak buat supaya dapat pahala berterusan walaupun saya dah mati nanti. Dalam kelas pun, saya terangkan kepada murid tentang ini sebab ada tajuk yang berkaitan. Ada topik tentang mengingati mati dan juga tentang amal jariah dalam menuntut ilmu.  Kita tak selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa akan pergi dan tak mampu lagi nak buat ibadah seperti waktu hidup. Terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah atau infaq. Semua orang nak financial freedom, tapi kadang-kadang tidak terfikir untuk dapat pahala freedom ini.  Apa yang saya dah ada sekarang dan akan cuba lagi buat yang terbaik: 1-Ada anak soleh solehah, usaha dan doa supaya di didik menjadi anak yang boleh mendoakan ibu bapa buat selamanya.  2- Jadi guru, ajar ilmu yang baik. Buat yang terbaik dan jangan sambil lewa.  3. Guru Al-Quran, ajar betul-betul anak murid supaya boleh baca Quran dengan baik. Ajar anak sendiri juga.  ...

Bila bangun pagi

Bagaimana tidur anda semalam? Lena atau tidak. Apa pun,ucapkanlah syukur kerana diberi peluang lagi untuk terus hidup pada hari ini.  Bacalah doa bangun tidur yang anak-anak kita sudah hafal sejak tadika lagi. "Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepadaNyalah kami dibangkitkan." Anak-anak kat sekolah biasanya baca doa sebelum saja,doa sebelum makan, sebelum tidur, sebelum masuk tandas. Doa yang selepas perbuatan biasanya mereka lupa sebab tidak dibaca. Begitulah, hafal tapi tak diamalkan. Lama-lama lupa.  Jadi,amalan mudah yang kita boleh buat,kita buatlah setiap hari. Rugilah jika tak diamalkan.  Semangat! Semangat! 

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.