Saya pernah terfikir bahawa kita banyak melepaskan peluang yang telah diberikan kepada kita. Iaitu masa dan ruang untuk perbaiki diri atau sesuatu keadaan.
Apabila lihat ke dalam diri sendiri, saya terbatas buat perkara itu apabila penat, tak cukup tidur atau diri sendiri tak kuat, maksudnya perlukan galakan atau sesuatu untuk berpaut. Contohnya, peluk anak sebelum tidur setiap hari, baca doa atau baca buku bersama. Benda-benda kecil tapi bermakna dan sangat memberi kesan kepada anak. Kadang kita bersifat ego, penting diri atau suka ambil mudah.
Contoh lain, anak saya si Asma' suka meragam dan kadang-kadang suka menangis tanpa sebab. Saya pernah beritahu kepada suami supaya membaca doa dan meniup ke ubun anak itu sebelum tidur atau semasa bersalam pergi sekolah sebagai satu ikhtiar. Tapi tidak pula Saya nampak dia berbuat demikian. Sebenarnya kita boleh saja nak buat tetapi kita memilih untuk tidak buat.
Saya bukan ingin menyalahkan sisi lain sedangkan diri sendiri pun banyak yang perlu diubah. Mungkin juga disebabkan berlainan pendapat.
Sekadar coretan.

Comments
Post a Comment